Saturday 1 April 2017

One-shot : Tulips


" If nature has made you for a giver, your hands are born open, and so is your heart; and though there may be times when your hands are empty, your heart is always full , and you can give things out of that : warm things, kind things, sweet things, help and comfort and laughter and sometimes gay, kind laughter is the best help of all."- A Little Princess, Frances Hodgson Burnett



PROLOGUE

Tulip;
Primary Significance: perfect love.
The is one of the world’s most easily recognized and loved flowers. The tulip originated centuries ago in Persia and Turkey, where it played a significant role in the art and culture of the time. Tulips were considered to be the flowers of God by the Turks due to their beauty and perfection.

They are not too elegant, too romantic, too big, too small, or too bright;

the tulip is always just right.


Mug berisi kopi panas itu dibawa ke tepi bibir. Aroma dari biji kopi menerobos masuk ke dalam hidung . Dia menghela nafas panjang . Baris-baris ayat di surat putih itu dibaca sekali lagi sebelum diselitkan di antara helaian muka surat buku di ribanya . Buku hardcover hitam yang berada di riba itu ditutup . Talinya diikat . Kedudukan skaf jingga yang melilit tubuh diperbetulkan kedudukannya. Pandangan dilempar jauh ke taman tulip kecil miliknya yang sedang mekar di hadapan matanya . Dia mengukir segaris senyuman tatkala mengerling sekilas ke arah cincin perak yang masih tersarung di jari manisnya. 


You're better to get up and finish your packing if you're going to see him.





Tunas tulip yang terakhir ditanam kemas ke dalam tanah yang lembap. Dah masuk bulan Oktober . Tulip biasanya ditanam antara pertengahan September hingga pertengahan November pada setiap tahun. Tanah yang lembap membolehkan tulip ditanam secara meluas pada waktu ini.


" Eddie, mari minum teh."

" Baik ,bos."


Peluh yang berlumba turun di dahi dilap dengan kain yang tergantung di leher . Apron berkebunnya diletakkan di tepi .Eddie melabuhkan punggung di kerusi kayu di meja taman yang terdapat di kedai bunga itu . Teh ais dihirup perlahan . Lelaki separuh umur yang menjadi bosnya itu dipandang.


" Abang Xan cari tunas tulip ungu . Kami nak buat taman tulip nanti ."

" Oh, ye. Bagus lah tu . Nanti boleh semai kat sini. "

" Boleh semai kat sini? Wah , seronoknya , nanti saya boleh tolong."

" Apa pulak tak boleh .. "


Eddie menghirup sisa teh yang berbaki di gelas lutsinar itu. Titis-titis air dari ais yang mencair di dalam gelas berlumba turun . Isteri bosnya menyertai mereka. Wanita separuh umur itu mengukir senyum kepada Eddie . Eddie sekadar mengangguk kecil membalas senyuman .


" Eh, mak cik bersiap ni nak ke mana?"

" Nak jemput anak saudara kami di lapangan terbang . Dia nak datang bercuti di sini . "

" Oh..patutlah bos nak tutup kedai awal pun . Kalau macam tu, saya mintak diri dulu . Esok, lepas saya selesaikan urusan saya, saya datang sini."

" Ye lah. Jaga diri."

" Baik.."


We don't meet people by accident,
They are meant to cross our path for a reason.



Headphone di kepala diturunkan ke leher. Gadis muda yang duduk bersebelahan dengannya dipandang . Pramugari yang baru berlalu sekadar mengangguk kecil kepadanya .


" Maaf . Apa yang cik cakap tadi?"

"Encik suka bunga tulip ke? "

" Hah?"


Jari telunjuk gadis itu mengarah kepada jurnal hardcover hitam yang dipenuhi dengan catatan tentang bunga tulip yang sedang dipegangnya .


"Ni? Boleh lah . Ada projek sikit dengan tulip ni . "

" oh..okay."


Gadis di sebelahnya itu mengukir segaris senyuman  dan kembali menyambung bacaan novelnya yang tertunda . Headphone di leher disarungkan kembali ke telinga . Anak mata difokuskan kembali ke halaman jurnal milik adiknya itu  namun fikirannya sudah lama menerawang entah ke mana . Gadis itu , menyenangkan . Dia membuat isyarat agar pengiringnya yang berada di kerusi di barisan sebelah , agar tidak berbuat apa-apa . Dia menyatakan dia selesa untuk berada di sebelah gadis itu selama 2 jam yang akan datang  sebelum mereka tiba ke destinasi.


Sometimes you will never know the value of a moment until it becomes a memory.


Troli yang bersusun secara bertingkat yang melepasi kepalanya dengan tunas tulip ungu yang baru disemai dalam dulang polymer bergoyang apabila terlanggar sesuatu di hadapannya . Guni baja . Dia mengalihkan guni-guni baja itu ke tepi sebelum kembali menyambung tugas yang tergendala. Sebelum dia sempat ke trolinya, sekali lagi trolinya bergoyang menyebabkan tanah yang terdapat dalam dulang semaian jatuh ke kepalanya bersama tunas-tunas tulip . Mendengar bunyi bising di hadapan bilik semaian, pemilik kedai bunga itu keluar dari pejabatnya . Lelaki separuh abad itu tergamam seketika apabila melihat Eddie sudah terduduk di lantai bersama timbunan kecil tanah di kepalanya . Dia segera meluru ke arah Eddie .


" Yang-"

" Saya tak apa-apa . Bos sepatutnya check orang yang langgar troli ni ."

" Ara ! Kamu tak apa-apa?"

" Maaf, saya tak sengaja . Maaf . Pak cik."


Gadis muda itu merapatkan kedua-dua belah tangan membuat isyarat maaf ke arah Eddie . Eddie sekadar mengukir senyum sambil tangannya sibuk membersihkan topi berkebunnya yang diselaput tanah . Dia membantu Ara yang mengutip tunas-tunas tulip yang berteraburan di lantai .


" Maaf, saya terlanggar troli awak tadi . Saya tak perasan ada troli ."

" Tak apa . Salah saya letak tengah laluan ."


Gadis itu menunduk memandang lantai sambil tangan membersihkan sisa tanah yang masih terlekat pada hujung skirt labuhnya .


" Saya Ed. "

" Ara . "


Eddie mengangguk perlahan .


" Tak pernah nampak pun sebelum ni .."

" Datang bercuti . Melawat pak cik dan mak cik . "

" Oh, Selamat datang ke Papillon ."


Pemilik kedai bunga itu keluar dengan satu sampul surat putih berukuran A4 . Sampul surat putih yang siap dicop itu bertukar tangan . Ara mengerling ke arah baris-baris ayat yang tertera di atas sampul surat putih itu .


" Saya pulang dulu . Nanti ramai yang cari ." Berseloroh.

" Baik lah . Hati-hati ."


Pemilik kedai itu mengangguk kecil kepada Eddie . Dia membalas anggukan tersebut . Eddie memasukkan sampul surat itu ke dalam beg silangnya dan mula melangkah pergi dan mula menghilang di sebalik orang ramai yang lalu-lalang di laluan pejalan kaki di hadapan kedai itu.


" Pak cik , kenapa sampul surat tadi ada cop rasmi ?"

" Urusan kerajaan .."

" Pak cik .."

" Nanti kamu tanya Eddie sendiri . Dah, mari masuk . "




Pintu pagar kecil yang diperbuat daripada stainless steel berwarna keemasan itu ditolak oleh pengawal pintu. Pengawal yang berseragam berwarna lavender muda itu menunduk hormat . Dia melangkah masuk menuju ke arah kereta hitam yang siap menunggunya . Pakaian yang kotor berdebu itu diganti dengan pakaian rasmi yang bersih . Badan disandarkan ke tempat duduk di kerusi belakang . Kelopak mata terkatup perlahan . Penat . Pemandu peribadinya yang sedia maklum dengan rutin hariannya memperlahankan kereta yang sedang dipandu , sekadar untuk memberi peluang kepada dia yang terlena  setelah seharian bekerja . Mentari mula melabuhkan tirai di kaki langit . Membiaskan cahaya jingga ke seluruh alam .



Pintu bilik diketuk .  Pemegang pintu yang berwarna keemasan itu ditolak perlahan oleh pengawal yang sedang berdiri di kanan kiri pintu.Dia melangkah ke arah lelaki yang leka dengan kertas-kertas yang berlapis-lapis di atas meja . Tangan kanannya memegang pen, tanda tangan diturunkan . Dia sekadar memerhati lelaki itu tanpa suara .


" Tak nak duduk ke?"

Senyuman terukir segaris. Sampul surat putih yang bertulis ' URUSAN RASMI ' itu diletakkan diatas timbunan kertas yang belum dicop pengesahan.


" Makan malam dah siap . Saya singgah dapur tadi, makanan favourite abang malam ni .."

" Ada-ada je kamu ni, Ed . "


Pen dikembalikan ke pen holder . Xan menyertai langkah Eddie meninggalkan bilik kerjanya dan menuju ke ruang makan .






Dia kembali ke lapangan terbang yang semakin penuh dengan pelancong berbanding 5 tahun lalu sewaktu mula-mula dia menjejakkan kaki ke Pappillon . Dia suka akan Pappillon . Sebuah negara yang masih diperintah oleh raja. Sebuah negara kecil yang segalanya cukup sederhana tapi mencukupi segalanya . Pappillon yang bersih dan bandar penuh dengan ciri kedesaan , idea dari arkitek-arkitek Pappillon sendiri . Dia menoleh ke arah pasangan pelancong yang sedang membaca risalah tulip di sebelahnya. Kebanyakkan pelancong yang datang pada waktu ini adalah untuk menyertai perasmian taman tulip diraja yang akan dibuka pada lawatan umum dalam masa 2 hari lagi . Taman yang bakal beroperasi itu adalah hasil titik peluh seseorang yang sangat dikenalinya . Seseorang yang sangat dekat di hatinya . Tapi amat jauh dari pandangan mata, gapaian tangan. 

Dia tersenyum sendiri .


Your efforts are finally going to be worth, Ed. Aren't you happy?


Bagasi berwarna biru muda yang bercorak rama-rama itu ditarik menuju ke arah pasangan tua yang sedang melambai-lambaikan tangan ke arahnya . Langkah kakiknya semakin laju . Erat dia memeluk kedua-dua pasangan itu . Sungguh dia rindu akan mereka . Selepas tiga tahun , baru dia kembali ke Pappillon . Ke Pappillon yang penuh cerita . Ke musim luruh terindah dalam hidupnya .



" Selamat kembali ke Pappillon, Ara.."






Hujan renyai yang turun , masih tiada tanda-tanda mahu berhenti . Awan di langit masih kelabu . Dia mundar-mandir di pejabat pak ciknya . Untuk ke sekian kali, Ara mengerling ke arah jam di dinding . Sudah masuk seminggu dia di Pappillon . Ini kali pertama , dia ke Pappillon namun seakan sudah sekian lama dia di sini . Seakan kehidupannya sudah sebati di sini . Dia sudah mengenali pak cik dan mak cik penjual di pasar , penjuru mana kedai buah , gerai street food mana yang sedap dan mak cik dan pak cik mana yang menawarkan harga ikan yang paling murah tetapi berkualiti, Ara melabuhkan punggung di sofa berwarna perang di penjuru pejabat . Dia melepaskan keluhan kecil. Mak cik masuk sambil membawa resit-resit pembelian baja.



" Kamu tunggu Eddie ke?"

" Dia cuti ke hari ni, mak cik ?"

" Hari ni dia bekerja di bakeri seberang jalan . Setiap Rabu dan Khami-"



Tanpa sempat mak ciknya menghabiskan perkataan, Ara sudah mencapai payung yang tersangkut di pintu sambil menjinjit beg kertas yang baru diterima pagi tadi . Beria-ia dia menyuruh ibunya mengepos buku skrap taman-taman bunga miliknya untuk ditunjukkan kepada Eddie.



" Aish budak ni.."



Mak ciknya hanya sekadar mampu menggeleng kepala.




Love is when the other person's  happiness is more important than your own.




Lapisan kerak pai sebesar tapak tangan orang dewasa disusun berlapis-lapis di selang-seli dengan krim vanilla dan pisang, krim coklat , sos coklat dan cip dan diletakkan krim putar untuk topping teratas kerak pai setinggi lima lapis itu. Eddie tersenyum puas. Chef pastri yang dari tadi asyik memerhatikan Eddie datang mendekati.




" Wah, kalah lah saya kali ni .."

"Mana ada chef..ni pun resipi chef jugak, kan ?"

" Untuk siapa ni , Eddie?"

" Ara , anak saudara Pak cik Joe. Chef kenal?"

" Mana tak kenalnya, kalau dah setiap kali datang, setiap jenis pastri di kedai ni dia beli.."




Eddie ketawa. Chef pastri yang sudah beruban putih itu turut tersenyum.




" Boleh saya tanya?"

" Apa dia chef?"

" Dia tak tahu ke yang..Eddie ni.."



Isteri chef yang menjaga kaunter masuk ke dapur .


" Eddie, Cik Ara kat depan ."

" Oh ya? Baiklah . "


Eddie mengambil pai untuk diberikan kepada Ara. Dia memandang ke arah chef yang masih menunggu jawapan darinya .


" Susah saya nak buat kawan dengan dia kalau dia tahu siapa saya . Nanti lah saya bagitahu sendiri , buat masa ni, chef tolong rahsiakan , ya? Kesian saya , tak ada kawan.." Berseloroh.

" Baik lah, Eddie. "


Eddie meninggalkan chef pastri.







Lama dia berdiri di hadapan kedai bakeri yang sering dikunjunginya itu suatu ketika dahulu. Memerhati setiap pengunjung di dalam kedai yang seakan tidak sedar akan kehadirannya . Haruman dari pastri yang baru keluar dari oven , yang masih panas , yang diletakkan di rak ,cukup untuk membuatkan kakinya melangkah ke hadapan . Haruman yang masih sama, Pastri yang sama . Kemanisan yang sama , Suasana yang sama . Senyuman dari isteri chef pastri . Dan pelukan yang masih hangat membaluti seluruh tubuhnya tatkala dia melangkah masuk ke kedai itu , Isteri chef yang sudah seperti ibu keduanya di sini . Di sebuah negara yang asing , Sungguh , terasa seperti baru semalam dia menjejakkan kaki ke sini bersama mak ciknya . Diperkenalkan kepada chef pastri dan isterinya oleh Ed . Sungguh, dia merindui wanita asing yang semakin hari semakin tua, dimamah usia. Mak cik Anne.


" Maaf mak cik, saya baru balik."

" Tak apa, Ara. Tak apa. "


Punggung dilabuhkan ke kerusi kayu yang terdapat di dalam kedai itu. Dia memerhati keadaan sekeliling . Senyumannya terukir tatkala terpandang akan contengan yang pernah ditulis olehnya dan juga Eddie sewaktu mereka berdua diminta untuk menjaga kedai . Mungkin mak cik Anne tak perasan . Mungkin juga mak cik Anne nak buat kenangan . Entah .


Dia masih ingat, hari itu, dia sedang sibuk membuat kira-kira di kaunter juruwang setelah kedai tamat waktu operasi . Eddie yang tadi asyik menyapu di bahagian hadapan kedai, masuk sambil bersiul riang . Dia tak ambil pusing . Tetapi apabila Eddie mula menconteng wajahnya dengan gula aising, dia meletakkan pen dan mula mengejar Eddie . Dia masih ingat, dia mengejar Eddie di sekeliling kedai dan akhirnya mereka terduduk di kerusi kayu itu kerana penat . Eddie bangun dan mencapai marker lalu menulis sesuatu di dinding kosong bersebelahan rak roti.



A faint clap of thunder
Clouded skies
Perhaps rain comes?
If so, will you stay here with me?



Eddie memandangnya ke arahnya sambil mengangkat kening. Ara bangun dari tempat dia duduk dan berjalan menuju ke arah Eddie. Marker bertukar tangan.


A faint clap of thunder
Even if rain comes or not
I will stay here
Together with you




Dia memusingkan badan menghadap ke luar cermin kaca, tempat dia duduk .  Pandangannya kembali menala ke luar kedai . Sekadar memerhatikan setiap langkah dan gerak-geri orang yang lalu-lalang di luar kedai .


Segelas cawan coklat panas yang ditambah marshmallow yang dipanggang dihidangkan di hadapannya bersama kerak pai kesukaannya . Masih lima lapis. Ara tersenyum kepada mak cik yang sudah duduk menyertainya.


" Tahun ni ada belon udara panas. Mungkin sebab kamu balik ke sini.."

" Mak cik ni, ada pulak macam tu .. Siapa lah saya ni mak cik ."

" Betul.. Lepas kamu pergi, tiga tahun lepas, tak ada belon udara panas. Tak ada majlis keraian macam ni. Lepas .."



Mak cik Anne terhenti kata. Cuba membaca reaksi dari keterlanjuran kata-katanya tadi terhadap wanita muda di hadapannya .



"Maafkan mak cik."

" Tak apa mak cik."



Pandangan wanita tua itu jatuh ke jari manis Ara yang masih tersarung cincin.



" Saya masih suka Pappillon . Masih rindu orang Pappillon. "









Hampir sebulan Ara di Pappillon yang sudah menjadi seperti negaranya sendiri . Berkali-kali ibunya membuat panggilan telefon, menyuruhnya pulang namun dia betah tinggal di Pappillon. Anak mata menala ke langit yang membiru . Hari yang cerah . Orang ramai memenuhi jalan-jalan di bandar untuk meraikan hari lahir Putera Mahkota . Ara tak pernah melihat rupa paras Putera Mahkota . Adapun banner yang tergantung di bandar, hanyalah sekadar wajah Tuanku dan Ratu Permaisuri. Melalui cerita mak ciknya, keluarga diraja terdiri daripada empat anggota keluarga iaitu Tuanku, Ratu Permaisuri , Putera Mahkota dan Putera Bongsu . Kata mak cik, Putera Bongsu, seusia dengannya. Kalau terserempak tepi jalan, mungkin mereka boleh berkawan, seloroh mak cik. Waktu itu, dia sekadar turut sama ketawa. Mana mungkin seorang putera boleh sesuka hati berjalan-jalan di bandar.


Kiri kanan jalan dipenuhi dengan berbagai-bagai jualan makanan dan juga bunga-bungaan. Yang paling banyak dijual adalah tulip. Pappillon terkenal dengan bunga tulip yang menjadi bunga kebangsaan bagi negara itu. Sedang asyik dia merasa sampel biskut yang dihulurkan oleh maskot beruang, bahunya dicuit seseorang . Eddie.


" Jom ikut saya."

" Ke mana?"

" Belon udara panas."



Anak matanya menala ke arah Eddie yang teruja di hadapannya . Berkali-kali Eddie menoleh ke belakang untuk memastikan dia tidak hilang dalam celahan lautan orang. Dia tergamam apabila Eddie tiba-tiba meraih tangannya. Dia ditarik untuk berdiri di hadapan Eddie. Rupanya giliran mereka. Ara mengambil tempat di penjuru bakul belon udara panas bersaiz gergasi itu. Eddie mengikutinya . Dia tergelak kecil apabila Eddie bertindak melindungi dirinya dari dihimpit oleh mak cik-mak cik dari Pappillon yang sememangnya bersaiz lebih besar darinya . Eddie yang tinggi seperti galah itu juga hampir tumbang apabila berlanggar bahu dengan seorang mak cik yang turut sama menaiki belon udara panas itu . Wanita itu memohon maaf pada Eddie apabila menyedari dia telah menyebabkan Eddie hampir tersungkur, Eddie sekadar ketawa. Kadang-kadang dia pelik apabila orang di sekeliling Eddie seakan-akan terlalu berhati-hati dan amat sopan dengan Eddie . Dia pernah bertanyakan pada Eddie. Eddie cuma mengatakan itu perkara biasa di Pappillon. Selebihnya dia cuma berandaian sendiri. Mungkin kerana Eddie sering membantu mak cik dan pak cik di bandar . Melakukan pelbagai kerja-kerja. Secara sukarela.  Mungkin kerana Eddie tiada keluarga . Eddie tidak pernah bercerita tentang perihal kehidupannya .Jadi mereka menghargai Eddie.






Don’t go
Don’t say you’re gonna leave me

Don’t leave me behind in the memories

Don’t look at my tears that can’t hold onto you

Just don’t go






" You told me that I'm already healthy!"


Semua yang berdiri di hadapannya kini menunduk memandang lantai . Diam seribu bahasa. Dia bukan menunggu jawapan  atau sebarang penyataan . Dia sedar. Itu hakikat yang sebenar. 


"It's just a lie? Just because I'm living as if I'm dead before?!"


Bola matanya merona merah . Badannya gigil menahan amarah . Pintu kamarnya terbuka. Tiada siapa berani mengangkat wajah . Hanya kedengaran bunyi tapak kasut memecah suasana. Wanita separuh umur itu duduk di tepi katil. Memandang wajah anak bongsunya yang pucat. Telapak tangan cuba menyentuh pipi yang pucat tidak berdarah.


" Maafkan ibu, Edward sayang."



Dia memusingkan badan. Menarik selimut membaluti seluruh tubuhnya. Tidak mahu berbicara dengan siapa. Telinganya tidak mahu mendengar penjelasan dari siapa pun itu. Dia penat. Birai matanya hangat . 






When today is over it feels like tomorrow will be different

Will my life be okay without you?











Gagang telefon diletakkan . Wajah tua isterinya dipandang sayu . Ara terkocoh-kocoh masuk ke pejabat.





" Ed tak datang kerja hari ni?"


Wajah tua itu saling berpandangan , tepat ke arah gadis yang masih tersenyum ceria menunggu jawapan.



Don’t forget
Even when things are hard sometimes, it’s OK
When you wanna lean on someone, come to me
Though I can’t be with you forever
It’s just for a moment




Minggu pertama


Jendela kamarnya dikuak perlahan. Sinar matahari pagi menerobos masuk ke dalam bilik. Hangat mencecah ke lantai marmar putih. Kaki melangkah ke luar ke balkoni . Anak mata  jauh menala ke hadapan . Kosong . Pancuran air dari water fountain dari taman jelas kedengaran . Kicauan burung-burung . Cardigan panjang yang membaluti tubuh ditarik perlahan . Pintu biliknya dikuak . Dia menoleh . Lirikan mata kembali pada ke hadapan. Lelaki yang tingginya hanya beza dua centimeter darinya kini berdiri di sebelahnya . Abang Xan .



" I've met the doctors. "


Nafas ditarik dan dihembus perlahan.


" Apa kata kita cuba satu lagi rawatan?"


Eddie tergelak kecil. Abangnya yang masih mengharapkan jawapan darinya langsung tidak dipandang.


" Abang tahu berapa lama untuk rambut saya tumbuh balik ,macam sekarang?"




Minggu kedua


Segala makanan yang ditelan diluahkan kembali. Kerongkongnya terasa tersekat . Perit. Siling putih kamarnya seakan berpusing . Pembantunya yang dari tadi menggosok belakang badannya berhenti apabila si ibu meluru mendapatkan si anak . 


" Tuanku."

" Boleh tinggalkan kami sekejap?"



Lelaki yang uban putih hampir menutupi seluruh kepala itu menunduk hormat dan berjalan mengundur beberapa tapak ke belakang . Langkahnya diikuti oleh para pembantu istana yang lain . Mana-mana ibu hatta seorang permaisuri sekali pun pasti risau akan kesihatan anak yang dikandung, yang dijaga rapi, ditatang bagai minyak yang penuh, yang membesar di hadapan mata, yang jatuh tersungkur tatkala bermain , belajar membesar , belajar menjadi dewasa .


"Ed sayang..semua orang risaukan Ed."

Diam.


" Maafkan ibu sebab tipu Ed. Tapi ibu tak sanggup tengok Ed living as if Ed already dead. Ed anak ibu. Ibu yang terlalu pentingkan diri, nak tengok anak ibu tetap hidup. Maafkan ibu."



Wajah ibunya dipandang . Ed cuba mengukir senyum disebalik bibir yang pecah , kering itu.



" Ed setuju cadangan abang."



Raut wajah ibunya cuba dibaca. Senyuman terukir di bibir tua itu.




Minggu Ketiga


Dia melangkah keluar dar kereta sedan hitam metallic yang berhenti di tepi jalan raya menghala ke bandar. Dari jauh, kelihatan susuk tubuh orang yang dicarinya. Seorang gadis yang mampu membuat hidupnya terasa bermakna selepas bertahun menghadapi kemoterapi, rawatan susulan yang tiada kesudahan . Gadis yang sentiasa tersenyum ceria . Yang tidak mempersoalkan siapa dirinya . Mengapa dia melakukan pelbagai kerja-kerja rencam secara sukarela. Menerima dirinya seadanya .  Yang membuatkannya terasa seperti hidup semula . Yang melayannya seperti orang biasa , Bukan yang berpura-pura melayannya seperti orang kebanyakkan tetapi masih takut untuk bergaul mesra dengannya hanya kerana status dirinya seorang putera. Tapi, masihkah Ara akan melayannya seperti biasa setelah berita tentangnya jatuh sakit kembali tersebar di seluruh siaran television di seantero Pappillon ? Mahukah Ara menerima dirinya atau gadis itu akan menganggapnya sebagai penipu kerana tidak berterus-terang sewaktu mereka mula bertemu ?



Pandangannya masih kepada gadis berambut perang paras pinggang yang sedang menyiram tunas-tunas tulip yang sudah mulai kembang mekar di dalam rumah hijau. Tunas-tunas tulip yang ditanamnya dulu . Nafas ditarik dalam . Mengumpul keberanian barangkali . Entah . Eddie melangkah maju ke hadapan . Pintu kaca rumah hijau ditolak perlahan . Gadis itu menoleh .


" Saya ingat awak takkan kembali, Tuan Putera Edward."

" I personally come to meet you."

" How lucky I am . A prince actually personally come to meet me."

" Ara, saya mintak maaf ."



Pili ditutup . Hos yang berada di tangan dilingkari sekeliling kepala paip. Ara memeluk tubuh. Anak matanya memandang dari atas hingga ke bawah , tepat pada lelaki yang kelihatan renyah di hadapannya . Dia cuba menahan ketawa.



" Saya mintak maaf kalau saya biadap tapi ini kali pertama saya personally met a prince. So there's nothing to be sorry for . Tapi kalau Ed, he surely did many wrong things that need to be explained ."



Ketawa Eddie pecah .




Love a little more , each day


Dedaunan mapel kering jatuh gugur ke tanah saat angin musim luruh datang bertiup lembut . Kiri kanan jalan disimbah warna jingga perbagai tone warna . Namun sudah ada pokok-pokok yang kini hanya tinggal ranting . Musim sejuk bakal tiba . Derapan dari tapak kasut memijak dedaunan kering memecah suasana sunyi antara dia dan juga Ed. Masing-masing membawa perasaan sendiri . Memerhati alam sekeliling tanpa sebarang kata . Dia menarik kot labuh berwarna coklat cair itu dekat memeluki tubuhnya . Angin yang datang menyapa pipi terasa membeku . Dia memerhati langkah Ed . Ed yang masih berjalan mendahului beberapa langkah ke hadapan . Yang tadi asyik merengek minta dibawa keluar mengambil udara segar . Keluar dari dinding simen kelabu yang suram . Jauh dari katil bercadar putih . Jauh dari bau ubat-ubatan hospital. Jauh dari jarum-jarum yang mencucuk saluran darah di tubuh badan yang semakin keding. Ed sudah tidak seperti dulu . Pipi yang dulu berisi dan mungil , kini semakin cengkung. Mata yang penat . Bibir yang kering merekah kesan dari rawatan yang diterimanya . Tapi sedikit pun Ed tidak menunjukkan sebarang kesedihan diraut wajahnya. Ed masih lagi mengukir senyum kepada sesiapa pun. 


"Lambat lah awak ni, Ara."

" Awak yang jalan laju!"


Mereka tiba di sebuah bangku kayu panjang . Ed membersihkan daun-daun yang jatuh , meniupnya ke bawah . Dia melabuhkan punggung di kerusi itu . Tangannya melambai ke arah Ara . Menyuruhnya duduk di sisi.


" Apa khabar bunga tulip saya?"

" Membesar dengan sihat . "

" Bagus lah."

" Awak, apa khabar ,Ed?"

" Still alive. "

" Ed.."

" Saya tahu, rawatan ni takkan berjaya . To be honest, it's worsen actually. Tapi saya tak nak kecewakan ayah, abang mahupun ibu . "



Tangan Ed dicapai dan digengam . Sejuk . Walaupun dengan sarung tangan .


" For the last time, I want them to be happy . I want to put everyone that care about me at ease. "

" But , Ed , are you happy?"


Anak matanya memandang tepat pada Ara . Telapak tangan Ara yang hangat . Iris mata berwarna perang Ara seperti musim luruh yang indah . Soalan Ara dibiarkan tanpa jawapan . Kelopak mata Ed terasa panas. 






Dia melabuhkan punggung di katil bersaiz king yang mewah dengan ukiran pada kepala katil. Pandangannya dilemparkan ke sekeliling kamar yang luasnya lebih luas dari rumah mak cik dan pak ciknya sendiri . Masih sama . Warna cadar masih putih . Lantai marmar putih yang sentiasa sejuk. Meja sisi masih di tepi . Anak matanya melirik memandang ke arah gambar potret bersaiz gergasi yang tergantung di dinding setentang dengan katil , tempat dia duduk.

Kaki melangkah menuju ke almari kayu yang turut berukir indah. Tangan mencapai sehelai sweater benang kait panjang berwarna krim. Sweater itu dibawa bersama ke katil. Dia merebahkan badan sambil memeluk sweater. Cuba mencari kesan pemilik yang masih tersisa. Matanya dipejam rapat. Matanya terasa hangat.


Ed masih di sini.



  

oh they say people come, say people go
this particular diamond was extra special
and though you might be gone, and the world may not know
still I see you, celestial



Troli hospital yang berada di sisi katil tertolak jauh. Doktor-doktor mengurumuni Ed yang sudah tidak sedarkan diri. Bacaan pada jalur ECG turun naik dengan pantas. Masing-masing cuba menyelamatkan putera yang kini sudah tidak sedarkan diri. Seorang doktor mencapai defliberator. Memberi arahan kepada jururawat dan semua yang berada di sekeliling agar menjauhkan diri dari katil.


Permaisuri erat memegang tangan Ara yang sejuk . Beku . Esakannya makin kuat. Ara memandang kosong kepada wanita disebelahnya itu. Hari ini, dia bukan hadir sebagai seorang permaisuri negara Pappillon tetapi sebagai seorang ibu. Ibu yang bakal kehilangan seorang anak . Dan sebuah negara bakal kehilangan seorang putera .


Seorang doktor keluar. Dingin air-cond langsung tidak menghapuskan titik-titik peluh yang membasahi wajah dan kolar putihnya. Dia memaklumkan sesuatu kepada Tuanku dan Abang Xan. Abang Xan melangkah mendapatkan ibunya. Ara bangun menjauhkan diri dari keluarga itu . Dia tahu, mereka memerlukan ruang . Saat tuanku permaisuri jatuh terduduk di lantai hospital yang sejuk itu, dia tahu , Ed sudah tiada.





there’s a light that you give me when I’m in shadow
there’s a feeling you give me, 
an everglow



Sebaik sahaja tersedar dari tidur, dia membersihkan diri, mengenakan pakaian yang sesuai untuk majlis perasmian taman tulip yang bakal dibuka pada umum sebentar lagi. Dia memerahati refleksi di cermin panjang yang berdiri di sudut kamar. Dress berlengan panjang labuh paras lutut berwarna ungu muda yang tersarung di badan dipandang sekilas. Kakinya melangkah ke luar balkoni , Angin pagi menyapa pipi . Pandangannya dilemparkan jauh ke taman tulip yang luasnya berkali-kali ganda daripada taman tulip yang ada di halaman rumahnya. Tulip ungu. Kuntum-kuntum tulip ungu ditanam secara besar-besaran di taman . Namun begitu , tulip-tulip lain juga masih ditanam bersama tulip ungu. Taman itu mengandungi hampir 1000 jenis bunga dari pelbagai spesis .Denai-denai kecil laluan pejalan kaki juga turut ditabur dengan batuan sungai pelbagai warna. Cukup indah pada setiap mata yang memandang .



Pintu bilik diketuk. Pembantu istana memaklumkan bahawa sarapan sudah siap tersedia. Keluarga diraja menjemputnya untuk bersarapan bersama. Dia mengekori wanita muda yang mungkin sebaya dengannya . Caroline. 



" Dah jumpa the right one, Ara?"


Ara ketawa kecil.


" Belum, Tuanku."


Tuanku yang berada di hujung meja berdehem. Permaisuri yang tadi tersenyum simpul mengalihkan pandangannya kepada suaminya.


" Kami, merestui walau siapa pun kamu pilih . Kamu dah macam anak kami sendiri. Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran kamu ke sini ."

" Tapi, Tuanku, saya tunggu Abang Xan kahwin dulu lah . Mana boleh langkah bendul lagi. Abang Xan ni, dah makin tua tapi masih tak kahwin." Berseloroh.


Abang Xan tersedak . Pantas pembantu istana datang menghulurkan air. Ketawa di meja pecah. Pembantu-pembantu istana tersenyum sesama mereka. Kehadiran Ara sememangnya dinanti . Kehadiran yang mengembalikan ketawa di dalam istana. Sama seperti 5 tahun dulu. Sewaktu Ed masih ada .




life as short as the falling of snow
and now I’m gonna miss you I know





Ed tersengih sendiri . Minggu lepas, dia juga yang beria bergaduh dengan Ara , tak mahu belikan Ara apa-apa hadiah bila kedua mereka berjalan melintasi kedai hadiah di bandar . Sekarang , dia juga yang tersengih sendiri di katil hospital sambil membuka katup kotak baldu hitam kecil muat tapak tangan itu . Lelaki tua beruban putih yang kemas bersut hitam yang setia berdiri di sebelah juga turut tersenyum . Sedia maklum dengan Ed.




Pintu bilik dikuak perlahan . Gadis yang ditunggunya tersenyum riang . Dia menayangkan sejambak tulip merah yang dibawa khas dari rumah . Jambangan tulip yang berbalut kertas diletakkan di pasu di meja kopi. Gadis itu menghampiri pembantunya . Beg sandang dibuka dan sebuku roti manis  dan juga kopi panas dihulurkan .





" Untuk pak cik . Pak cik boleh rehat kejap, saya boleh tengokkkan Ed."


 " Baiklah , cik Ara . Tuan Putera, saya keluar dulu ."




Ed mengangguk . Ara melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil. 



" Macam mana bunga-bunga saya hari ni?"


"  Nak tengok gambar ?"




Ed mengangguk lagi . Telefon bimbit Ara bertukar tangan . 



" Ara"


" Ya?"


" Arabelle"


" Yaa Edward??"




Dia mencapai kotak baldu hitam di dalam laci meja. Anak mata Ara melirik kepada tangan Ed. Kotak itu dibuka . Rahang Ara jatuh.



" Ed?"


" I know, it is a selfish request because I'm about to die but , Ara , if this is the rest of my life, I want to spend it with you. I want to be happy with you . "



Kelopak mata Ara terasa hangat . Dia bangun memeluk Ed seeratnya . 






Those who we love, they don't go away. 
They walk beside us everyday .
Unseen, unheard but always near ,
 Still loved, still missed and held so dear .





Starring :




THANK YOU FOR READING

P/S : it takes months to finish. Aku bukan penglipur lara . Cuma manusia biasa yang suka mengarang cerita . Feel free to read and share ( if there is anyone who came across this cerpen and read) . I own nothing except the story-line and the last quote picture. Even Hyung Sik and Ara's picture were taken from Google images. Again, Thank You For Spending Your Time.