Sunday 29 July 2018

UiTM Puncak Perdana : Kolej Jasmine

I'm back ! LOL

Memandangkan aku dah nak start intern pada bulan Ogos ni , aku nak cerita sedikit sebanyak pasal Kolej Jasmine yang merupakan satu-satunya kolej di UiTM Kampus Puncak Perdana. Mana tahu in case ada junior(s) nak daftar masuk bulan 9 ni tapi tak tahu satu apa pun pasal kolej kediaman nan satu ini, aku volunteer diri untuk bercerita. Ye laaa kita dulu pun google juga tak tahu satu apa pun. Tu pun kalau ada yang baca post kita  .



Kolej Jasmine 

Kolej Kediaman Jasmine Kampus Puncak Perdana dibuka pada 12 April 2004 . Ia mempunyai 5 blok kediaman yang terletak di tengah-tengah Kampus Satelit UiTM Puncak Perdana, Seksyen U10, Shah Alam. Kolej ini menyediakan penempatan untuk pelajar-pelajar dari 2 buah fakulti iaitu Fakulti Pengurusan Maklumat & Fakulti Filem Teater & Animasi.



Peta Lokasi

Kolej Kediaman Jasmine UiTM Puncak Perdana terletak di tepi jalan antara Bukit Jelutong dan Bandar Baru Puncak Alam. Ia merupakan kawasan kedamaian penempatan baru bagi Shah Alam dimana dikelilingi taman perumahan, bukit-bukau, tasik-tasik dan hutan-hutan dan belukar yang sungguh indah. Antara taman perumahan baru yang mengelilinginya ialah Cahaya SPK, Alam Budiman, Sandaran Permai, Nusa Ru, Puncak Perdana Heights, Alam Suria dan Kayangan Heights. Ia juga berjiran dengan Apartment Resak.


(sila open in a new tab untuk enlarge)



sumber : Kolej Jasmine





Seperti yang dimaklumkan di atas, kolej Jasmine mempunya 5 blok kediaman iaitu J1, J2, J3, J4, J5. Setiap blok ini mempunya 5 laman iaitu Laman A, B , C, D dan E. 

Penempatan pelajar :

J1 (Laman A,B,C,D,E)          : Lelaki 
J2 (Laman A,B,C,D,E)          : Perempuan (Diploma FiTA)
J3 & J4 (Laman A,B,C,D,E) : Perempuan (Degree IM &FiTA)
J5 (Laman E )                         : Perempuan 
J5 (Laman A,B,C,D )             : Lelaki

J5(Laman A,B,C,D ) pada asalnya menempatkan pelajar perempuan namun pada kemasukan March 2018, laman-laman tersebut telah menempatkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan ditempatkan di Laman D J5.

Keratan rentas laman di setiap blok 
(lebih kurang je lah sebab sis tak sempat nak amik gambar masa hari last paper tu ,eksaited nak balik hoho)

Setiap blok ada 5 aras dan tidak mempunyai lift. ( kolej kediaman jasmine menggalakkan gaya hidup sihat!)






gitu la gambarannya..

Aku masuk dari part 1 jadi bila mula-mula sampai kat kolej ni lepas MDS di Puncak Alam, aku ditempatkan di aras 5 blok J4 Laman E rumah nombor 17. Housemates masa Part 1 & 2 masih boleh pilih member-member sendiri tapi sistem pengurusan kolej berubah masa aku Part 3. Mungkin nak lebih adil atau lebih teratur , aku tak tahu tapi para pelajar ditempatkan dengan pelajar yang sama course dan berlainan semester. Jadi dalam rumah tu ada senior dan junior. Okay la kenal lain-lain orang. Bagi aku okay je asal dapat rumah. Kalau check permohonan kolej tiba-tiba sistem tulis " Permohonan anda tidak berjaya " tak ke haru nak cari rumah sewa? Tapi tu la ada jugak la member-member yang tak puas hati tiba-tiba serumah dengan musuh ke ? haha

Sistem yang kolej tetapkan housemates kita tu sampai aku part 5 je . Masa aku part 6 (yang baru je habis ni, result pun tak keluar lagi ni matilanak ! semoga sis penulis post ini dapat first class degree ,aamin ), pihak kolej cakap para pelajar boleh tentukan housemates sendiri. Apa lagi melompat kegirangan semua orang. Aku sejenis orang yang tak kisah asal housemates aku tu berperangai macam selayaknya seorang manusia. I'm so done with the hellish experiences because of housemates during part 3 and part 5.

So, in a nutshell, aku dah pernah rasa duduk aras 2,3,5 dan tukar macam-macam rumah. Kenapa asyik tukar-tukar rumah ? bukan aku yang bermasalah tapiiii syarat kolej ni (aku tak tau la kolej lain macam mana) setiap cuti semester kena kosongkan rumah dan akan diberi rumah baru untuk next semester. Rumah baru, housemate baru. 

Masa kolej yang tetapkan kita rumah mana tu, bilik mana pun dorang tetapkan so kita masuk je dan hanya ready nak bayar yuran rumah . Doa je la dapat bilik yang harga murah masa tu sebab dia randommm je bagi. Lain la masa kita yang cari housemates sendiri tu, kita boleh nego dengan housemates kita yang kita nak bilik mana ( yang harga kurang sikit tapi bersesak 4 orang 1 bilik ? yang harga lebih sikit tapi meja kat ruang tamu bilik sempit ? yang harga lebih sikit tapi meja kat dalam bilik dan lebih privasi ?)


untuk mengelakkan ke confuse an untuk hal seterusnya , aku post dulu gambar atas ni

Bayaran bilik :

Bilik 1 & 2  (Boleh rujuk gambar keratan rentas kat atas )

Harga : RM 420 (individu)

Satu bilik ni menempatkan 2 orang pelajar . bilik ni ada meja study dalam bilik. Katil double decker dan loker (Lebih privasi sebab meja dalam bilik , sesuai untuk orang-orang macam aku yang suka duduk dalam bilik, hoho)


Bilik 3 & 4

Harga : RM 420 (individu )

Satu bilik ni menempatkan 2 orang pelajar . bilik ni tak ada meja study dalam bilik. Meja study kat ruang tamu. Ada Katil double decker dan loker  . (Aku rasa bilik ni laa paling tak adil sepanjang 3 tahun aku duk rotate tukar bilik ni, ye la dah la mahal lepas tu meja study kat luar, masuk untuk tidur je tak berbaloi langsung. Tapi apa boleh buat, I have been through all these kind of rooms already )


Bilik 5, 6, 7 & 8

Harga : RM 210 (individu)

Satu bilik ni menempatkan 4 orang pelajar. Bilik ni tak ada meja study dalam bilik .  Meja study kat ruang tamu. Ada 2 Katil double decker dan loker. Loker tu depends ikut design rumah, kalau rumah belakang, 4 loker mungkin boleh muat dalam 1 bilik. Kalau rumah jenis tepi tu, 1 loker mungkin kena letak kat luar sebab tak muat ( kita seharusnya memberi ruang untuk insan yang bernyawa untuk duduk dalam bilik sesungguhnya ). So loker letak luar.

btw, semua bilik ada 1 SAHAJA kipas yang kecik pusing-pusing kat ceiling (tu pun kalau angin kena orang, ada juga situasi di mana angin kipas tu duk tiup debu atas loker je ) so bawak lah kipas kecik sendiri demi kesejahteraan tidur kita tambah-tambah lagi kalau yang dapat bilik 4 orang tu) jangan kata akak tak payung!


semua pembayaran yuran kolej dibuat secara online kat atm yew ( boleh google, kat ehep student portal pun ada )



Kemudahan lain :

Kafeteria : Dah lama tutup katanya nak renovate tapi sejak aku part 5 lagi katanya nak renovate tapi sampai aku habis part 6 ni tak jalan-jalan tah laa mungkin dia nak buka untuk intake baru (?) only God knows . tapi jangan risau , tepi fakulti IM ada food court atau lebih dikenali sebagai Kandang. dekat fakulti pun ada kafe so boleh beli makanan kat situ. Tepi court basketball pun ada nasi lemak. Food trucks pun ada di tepi J5 tapi sampai petang je la makanannya. Depan pagar utama kolej pun ada gerai makanan so jangan risau kalau kafeteria tutup. tutup untuk selamanya pun TAK APA sebab kita takkan kelaparan .

Klinik Gigi Jasmine : lokasi di J5 sebelah court badminton

Unit kesihatan : Lokasi di J4 berhadapan klinik gigi jasmine

Pejabat pentadbiran kolej : lokasi di J5 aras bawah (benda pertama kau jumpa bila masuk J5)

DSG : Dewan SerbaGuna yang hidup segan mati tak mahu tapi masih berbakti untuk buat macam-macam aktiviti



Akhir kata :

Selama 3 tahun aku study kat sini, tak pernah lagi aku tak dapat kolej. Mungkin nasib aku baik. Mungkin juga berkat kesungguhan aku turun tiap-tiap petang khamis (part 6 je malas sebab dah tak perlu kumpul e-kupon haha) untuk join program PMH semata nak scan student card dalam sistem je sebenarnya. Tapi ada je kawan-kawan aku yang gagal dapatkan kolej masa 1st time keluar result tu, boleh buat rayuan dan dorang berjaya dapat rumah cuma kena tunggu seminggu jugak lah. Cuma nasihat aku, rajinkan lah turun untuk join program yang kolej / ahli PMH anjurkan ( JPK masa aku part 5 & 6 tu sendu takde program apa-apa so kitorang depended 100% kat PMH ) tah la nasib batch baru masuk ni. Semoga banyak la aktiviti untuk korang dapatkan e-kupon yeee

actually, kalau sejenis orang yang tak aktif macam aku, aku join aktiviti gitu je , takde pegang jawatan apa-apa pun, just pegi aktiviti, ambil bahagian sikit, habis program scan card, done. Aku tak menggalakkan orang tak join berpersatuan , kalau berminat join la tak salah pun . ini khas untuk orang yang sangatlah tak berminat berpersatuan yeeww

dan , kalau ada yang baca post ni dan akan menjadi sebahagian daripada warga kolej kediaman jasmine , aku ucapkan SELAMAT DATANG dan belajar lah betul-betul sebab mana nak dapat kolej kediaman yang belakang nya fakulti? Jalan kaki 5 minit sampai tak payah tunggu bas. Kolej kediaman dan fakulti hanya dipisahkan oleh longkang besar. tunggu bas kalau nak keluar ke Shah Alam je ( bas 754 ).

K bai . Panjangnya post. Siapa laa baca

Thursday 28 June 2018

RANDOM : #7

Hi it's me again. It's has been a long time since my last post, haha. So this is the last semester of me attending classes as on the next semester I would go for my internship. I can't imagine on how I would work, gosh I'm TERRIFIED of being in new environment!

My one and only exam would be on 1st of July which is in 2 days more. While my other friends from other courses (same batch) have no final exam, there is my course which still has final exam. What a lifeeee. But I think it's a blessing in disguise? Maybe

On the bright side, I still has a chance to spend one last time with my friends and bid a proper farewell as we're going to part our ways soon. Yeah it is sad because the fact that I won't probably see these faces again. They whom I met everyday in these 3 years. They who taught me how to be mature, to grow up , to be a better person. Frankly speaking, I will miss them more than my high school friends. 

And there's a few times I feel like giving up but this is what I choose to study. As I already mentioned in my previous post, I am a Resource Center Management student where my course is mostly related to libraries. I learnt how to do catalogue a book from scratch, how to do LCC and DDC which widely use in the libraries , create subject-heading which was the toughest subject ever which I prayed only to not repeat the class (I don't dare to pray for an A, tho haha), how to do abstract and indexing and finally on this final semester, I learnt on how to do the tagging (Computerized Cataloging) and also RDA . I hope I will pass with flying colours. 

However, I find this course is quite interesting because it had finally opened my eyes, being a librarian is not an easy job. Not as easy as being at the counter and stamp on the borrowed books with a stern face. 

And to be a good librarian, you surely have to love to read books. Only by reading can help you to see the world with different views. There are still a lot of things to learn and to discover. And I am happy to be a library student.

So this is the life that I choose to live and I have to keep going . Degree life is just a beginning . There are still a lot more waiting for me in the future.

Thursday 15 February 2018

UiTM Puncak Perdana : Faculty of Information Management


Tadi excited nak menulis lepas tu lupa. LOL


(Post kali ini ditulis atas sebab tadi aku google, macam takde sangat info pasal fakulti aku ni so hari ni aku decide nak cerita sedikit sebanyak tentang fakulti Pengurusan Maklumat di UiTM Puncak Perdana, Jalan Pulau Indah AU10/A, Puncak Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor. Kira macam a glimpse of , gituu. Mana tahu kot ada yang ter-baca post ni , ter-minat nak apply degree, yang diterima untuk melanjutkan degree ke Puncak Perdana tapi tak tahu satu apa pun pasal fakulti ni dan juga Kolej Jasmine dalam post seterusnya...jeng jeng jeng )


Fakulti Pengurusan Maklumat

Fakulti Pengurusan Maklumat (FIM) di Kampus Puncak Perdana pada mulanya ada 4 kursus yang ditawarkan untuk Ijazah Sarjana Muda (Bachelor Degree) , masa aku masuk iaitu September 2015 (Semester 1) . Antara kursus yang ditawarkan adalah :
  1. IM244     -Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan
  2. IM245     -Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat
  3. IM246     -Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod
  4. IM247     -Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Pusat Sumber
Walaubagaimanapun, IM244  -  Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) (Pengurusan Perpustakaan) telah dipindahkan ke Kampus Rembau bermula Mac 2017. Keempat-empat kursus ini menawarkan tempoh belajar selama 3 tahun setengah ( 7 semester, semester ke-7 latihan industri) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi manakala 2 tahun setengah ( 5 semester ) untuk pelajar lepasan Diploma Pengurusan Maklumat.

Oleh kerana aku ni lepasan Matrik ( PDT , KMNS batch 2013/2015, saja nak tulis, haha), so aku mulakan perjalanan degree selama 3 tahun setengah ni dengan Semester 1. (Kalau students dari Diploma, dorang start dengan Semester 3)

Semester 1 ni para pelajar diajar subjek-subjek asas yang merangkumi semua kursus. Students dari semua course IM akan dicampur gaul dan masa ni masih takde istilah budak library, budak resource, budak rekod, budak sistem. Istilah ni wujud masa sem 2 bila students dah mula dipecahkan kelas mengikut course masing-masing. Sem 2 ni , students masih diajar subjek-subjek basic tapi more specific kepada course yang mereka pilih. 

Dan apabila dah sampai Semester 3 ,4, 5 dan 6, students wajib pilih kelas-kelas elektif dari fakulti IM sendiri sama ada dari IM244, IM245, IM246 , dan IM247. Bila dah masuk sem 3 , students juga wajib ambil subjek Bahasa ketiga . Antara bahasa ketiga yang ditawarkan di Kampus Puncak Perdana adalah :

  1. Japanese
  2. Mandarin
  3. Arabic
  4. French
  5. German / Russian ( tak sure ada lagi ke tak)

Aku ambik Japanese (sebab iKON asyik promote kat Jepun and the rest is history, haha ). Dan Alhamdullillah SURVIVED UNTUK 3 SEMESTER (got A- , tho..yokatta).

Dan memandangkan March 2018 ni aku akan memulakan semester 6 dan seterusnya semester 7 untuk latihan industri (insya Allah),  students wajib ambil English Exit Test (EET) sebagai syarat untuk grad degree. (masuk kena ada MUET, nak grad kena ada EET, nasib laa labuu) dan menurut cerita-cerita dan pengalaman seniursss sekalian, EET ni tak ada kelas, cuma daftar untuk final exam. Lebih kurang MUET je katanyaa

dan untuk pengetahuan semua, FIM (UiTM) menggunakan medium bahasa Inggeris sebagai medium penghantar antara para pensyarah dan pelajar dalam nota-nota tapi ada juga yang guna bahasa Melayu. TAPI final exam wajib ENGLISH. translate la kau nota BM lecturers nanti. LOL


Akhir kata untuk part FIM, kalau result UPU keluar dan kau dapat fakulti ni, jangan kecewa, jangan rendah diri. Jangan anggap ni course lelong sebab bukan pilihan pertama kedua ketiga dan sebab kau tak pernah dengar pun pasal fakulti ni sebelum ni, main letak je sebab pilihan UPU ada 8,haha. 

Aku tak main letak, ni pilihan pertama aku , IM247 Resource Center Management (Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) walaupun aku tak tahu 1 apa pun pasal fakulti dan courses dalam fakulti ni ( tujuan utama aku adalah untuk cari courses yang tak ada sains, matematik dan seangkatan dengannya.) Anggaplah ni takdir perjalanan hidup yang Tuhan dan tulis untuk kau SEBAB zindagi ek safar hai suhana , life is a beautiful journey!



dan kalau ada makcik-makcik kat kampung tanya, 

" Nanti nak kerja apa dengan course macam ni?  Ada masa depan ke nanti? Makcik suruh anak makcik pilih blablabla (insert some famous hot stuff courses here ,please )" 


Kau steady je dan jawab ,

" Bumi Allah SWT tu luas, kerja yang sesuai dengan kelayakan tu ada kat mana-mana je dengan dunia tanpa sempadan sekadang ni dengan lambakan big data dan maklumat semua. Tanpa budak library, budak resource, budak rekod , budak sistem , the whole FIM students, tak kemana nya anak-anak makcik bakal graduan berjaya dengan courses kebanggaan orang kampung tu. "

haha, kalau berani , cakap. HAHA



and trust me, FIM is fun, degree life is fun ,once you get to know it (walaupun dengan Blood , Sweat AND Tears,haha).
.
.
.
Until next post (kalau aku rajin )