Kaki terus melangkah menuju ke arah kerusi panjang yang terletak di taman hospital itu. Berat . Punggung dilabuhkan perlahan. Masih terngiang-ngiang kata-kata itu di telinga.
Amat menusuk kalbu. Menikam tepat ke jiwa. Membunuh segala rasa.
Dengan lembut, jurnal hardcover itu diusap sebelum diselak. Pandangan terus difokuskan ke arah barisan ayat yang tertera di helaian putih itu.
Layakkah aku?
~##~
Gravitation is not responsible for people falling in love.
~##~
Introduction
This journal belongs to Kim Myungsoo or L.
A dedication to my first love.
~##~
29 Februari 2012
Hari ni D-14 sebelum White Day. Tengah hari tadi, aku pergi stationery shop. Cari sketch book.Sempat jugak snap gambar.
Cute lah jugak kedai tu. Terpaksa cancel nak lunch dengan Dasom,BFF aku merangkap jiran sejak baby.
Masa kat store tu, aku bumped into bidadari hati aku. Excited giler. Tapi aku still boleh control diri. Haha
Ni journal yang aku beli tadi.
Tetapkan aim.
Aku akan buat si bidadari hati sukakan aku,
on White Day, aku nak ajak dia keluar.
E N D
P/S : Tak sabarnya, harap-harap menjadilah.
Dah 2 tahun aku tunggu nak ajak dia keluar.
2 Mac 2012
Perancangan aktiviti untuk memenangi hati dia si bidadari hati :
2 . Bagi bunga/ lolichoc . Letak kat loker dia EVERYDAY without fail. Mandatory.
3 . Bagi kad kata-kata semangat , secretly.
4 . Jadi invisible bodyguard dia.
5 . Tolong apa-apa yang patut.
6 . Jadi kawan dia.
7 . Buat dia notice dengan kehadiran aku dan sukakan aku.
And finally...!
8 . Ajak dia keluar hari White Day.
Aku ambik gambar ni dari twitter dia. Dia ramai followers. Tak perasan aku.. Nama dia Bae Suzy. Cantikkan?
P/S : Dasom gelakkan aku tulis jurnal. Dia cakap lelaki tak macho tulis jurnal pasal cinta. Ada aku kesah ?
3 Mac 2012
Hari ni aku paksa Dasom berbaik-baik dengan Suzy. Lebih tepat lagi, jadi spy kejap. Mak nenek tu marah-marah aku . Tapi dia tetap tolong . Sayang kau lah, Dasom ! BFF terbaik aku. Kalau aku dapat date dengan bidadari hati aku lepas ni, kau lah orang first yang aku akan belanja makan!
Tak ada gambar hari ni.
4 Mac 2012
Lepas scan semua favourite things dia, aku decided aku akan start hari ni.
First movement, Bunga.
Semalam aku pergi kedai bunga dengan Dasom. Dasom suggested aku beli Daisy. Aku tak pandai sangat dengan bunga ni. Ni lah daisy yang aku beli semalam.
Aku tanya kenapa daisy?
Dia cakap, "The flower symbolism associated with the daisy is purity, innocence, LOYAL LOVE, beauty, patience and simplicity."
Dia tekankan pasal LOYAL LOVE. sindir aku la tu. tapi, thanks Dasom, kau lah BFF terbaik aku.
Then aku pergi awal sekolah hari ni semata-mata nak letak bunga tu kat loker dia.
Jadi stalker dia kejap. Nak tengok reaction dia macam mana. Dia senyum. Cantiknya.. kalau aku tak tertinggal DSLR kat rumah tadi, mesti dapat snap gambar dia. Aih, datang awal punya pasal ..
Tapi dia terus simpan dalam loker tanpa baca kad aku.Tak pe lah, esok cuba lagi. At least hari ni dah ada reaction positif.
6 Mac 2012
Hari ni aku bagi lolichoc kat dia.Dia makan lolichoc yang aku bagi. YES! WeeHooo!!
Tapi , still to early to celebrate. Dia bukan tahu siapa yang bagi.
Ni lah lolichoc yang aku bagi. Homemade. Dasom ada lah tolong sikit. Eh, tak. Banyak. Mulanya dia refused, tapi lepas aku pujuk nak belanja dia makan, cepat je setuju.
Thanks la BFF.
Happynya hari ni. Bidadari hati dah tunjuk progress yang positive.
9 Mac 2012
2 hari tak tulis. Sekolah adakan kejohanan sukan tahunan. Bidadari hati masuk cheerleading. Cantik. Tapi hari ni aku tak bawak DSLR. Lupa nak charge . Apa lah nasib.
Dasom cakap dia dengar rumour yang si bidadari hati aku dah ada BF. Aku tak percaya sebab aku tak pernah nampak dia keluar date dengan mana-mana lelaki sepanjang aku jadi spy tak bertauliah dia.
Aku cakap Dasom jealous sebab aku dah jarang lepak dengan dia macam dulu. Sorry.
Aku bukan dah ignore dia. Nak sakitkan hati dia jauh sekali. Cuma aku dah sukakan Suzy. Sangat. Sangat.
Ni je peluang aku nak ajak dia date.
10 Mac 2012
Hari ni aku nampak bidadari hati kat library. Dia nak capai buku kat bookshelf tapi kesian tak sampai. Aku tolong dia capai untuk dia. Dia terkejut bila mata kami bertembung tapi dia tetap said " Thanks ".
Aku rasa macam nak melompat gaya spring masa tu. Dia bercakap dengan aku!!
Dan, apa yang mengejutkan aku, dia perasan kewujudan aku dalam kelas Arts .
Tapi, since dia masuk kelas Arts tahun ni, aku pujuk ayah benarkan aku tukar kelas ekonomi. Meradang jugak orang tua tu. Tapi aku tak kisah.Pasal bidadari hati, apapun aku sanggup.
Dia tanya nama aku dan perkenal nama dia , dan hari tu jugak kami mula jadi kawan.Happy sangat !
P/S : eh, tinggal 3 hari before White Day! Macam mana ni??
11 Mac 2012
Mission aku dah nak complete. Aku akan cuba buat dia sukakan aku. Tapi macam mana ?
Hari ni Suzy mintak tolong ajarkan dia homework . Dia ajak aku pergi rumah dia. Rumah dia besar . Sesuailah dengan title aku bagi kat dia, ' Bidadari '. Tak macam rumah aku. Biasa-biasa je. Dasom tak cakap pun yang dia anak orang kaya ..?
P/S : Balik tadi, mak nenek tu membebel lagi. Dasom marahkan aku sebab lupa birthday dia hari ni.Sorry la wei..Aku betul-betul lupa. Eh, pehal masuk pasal mak nenek tu pulak?
13 Mac 2012
Misi aku akan direalisasikan esok. TAK SABAR. Aku dah booked dia esok. Dia pun free.
Tadi aku pergi booked 1 restaurant ni untuk dinner kitorang. Cantik interior dia.
" Itu sebab adrenaline, ubat tahan sakit. "
" Saya? Tak lah. Saya rasa ia bahaya jadi saya datang tolong..Jangan fikir bukan-bukan ek, saya tolong sebab Suzy."
" Apa?!"
" Habis saya?!"
Mission aku dah nak complete. Aku akan cuba buat dia sukakan aku. Tapi macam mana ?
Hari ni Suzy mintak tolong ajarkan dia homework . Dia ajak aku pergi rumah dia. Rumah dia besar . Sesuailah dengan title aku bagi kat dia, ' Bidadari '. Tak macam rumah aku. Biasa-biasa je. Dasom tak cakap pun yang dia anak orang kaya ..?
Masa balik tadi, sempatlah snap rumah si bidadari hati.
Bila lah aku nak ada rumah macam ni?
Misi aku akan direalisasikan esok. TAK SABAR. Aku dah booked dia esok. Dia pun free.
Tadi aku pergi booked 1 restaurant ni untuk dinner kitorang. Cantik interior dia.
Tak apa lah berhabis duit sekali sekala. Jenuh jugak aku pujuk mak tambah duit poket semalam. Lepas kena leter 1 jam baru dia bagi. Sayang lah kat mak ! Nanti Myungsoo bawak bidadari hati Myungsoo jumpa mak.
14 Mac 2012
Kebetulan hari ni weekend. Aku janji nak jemput dia kat rumah pukul 10 pagi. Tapi pukul 9.30 pagi aku dah terpacak kat gate rumah dia. Haha. Tak lena tidur semalam.
Then kitorang gerak ke Everland Theme Park.
First date kat Everland. Ramai orang kat sini hari ni.
dan
My Suzy. My Love.
1 hari kat sana rasa kejap je. Tak puas dapat tengok dia ketawa. Sweet sangat.
Then, aku bawak dia pergi dinner kat restoran yang aku dah booked semalam.
First, the appetizer,then habis main course, kami dihidangkan dengan dessert.
Before dessert dia habis, aku tanyakan soalan pada dia.
" How about we, becoming more than friend?"
Lebih kurang macam tu lah. Gabra giler masa tu.
Dia senyum dan kata " Okay. Kita try dulu. Tengok macam mana its work."
Secara automatiknya aku terlompat dari kerusi. Ramai pelanggan tengok. Ada yang senyum-senyum. Ada yang sambung makan. Tapi yang aku tahu, akulah orang yang paling happy malam tu.
Thanks bidadari hati ku!
15 Jun 2012
Termasuk hari ni, dah 3 bulan kami keluar bersama.
Aku pun dah lama tak tulis apa-apa dalam jurnal ni. Buzy dengan exam.
Dengan si bidadari hati pun jarang hangout.
Agak-agak , dia marahkan aku ke? Aku call langsung tak angkat. Asyik voicemail je.
Kenapa ek?
Dengan Dasom lagi lah. Dah macam stranger. Asyik elak je bila jumpa. Dia tak suka aku couple dengan Suzy ke?
Even aku jarang hangout dengan Suzy, aku tetap jugak buat rutin aku. Bagi bunga or homemade chocolate setiap pagi. Takkan dia tak hargai semua tu?
Cuma aku too busy. Takkan dia tak faham?
20 Jun 2012
Exam dah habis! Hari ni aku ajak Suzy keluar. Tapi dia cakap dia ada janji dengan kawan. Tak apa lah.
Tapi dia cakap kawan tu lelaki.
Hurm..kawan je kot.
Aku pun bukan tak biasa hangout dengan kawan yang berlainan gender ni. Dasom.
Mungkin she needs her own privacy. Aku tak nak ganggu Suzy lah.Lagipun kitorang baru je berbaik.
Aku sayang sangat dengan bidadari hati aku tu.
Tak nak buat dia sedih.
25 Jun 2012
Tadi dia cakap dia nak jumpa kawan weekend ni..Dia cakap kawan dia tu dari US. Aku tak ambik pusing. May be kawan lama dia. Apa salahnya kalau dorang hang out.
Think positive.
....
...
..
.
Tapi, even kitorang dah official sejak White Day hari tu, dia jarang nak cakap yang dia pun cintakan aku macam aku selalu ucapkan pada dia.
Relationship kitorang pun dia macam nak sorok je dari students kat sekolah.
Aku tak nak desak dia. Mungkin tu cara dia. Aku tahu dia ikhlas.
Bidadari hati aku takkan tipu perasaan aku.
Kan ?
28 Jun 2012
Hari ni ada lunch date dengan Suzy kat Baskin Robin. Tapi Suzy tak datang. Lepas sejam baru dia call aku. Cakap nak jemput kawan dia kat airport.
Lupa nak bagitau awal.
Tak apa lah.
At least dia call.
Macam mana lah rupa kawan dia dari US tu?
ice cream cake yang aku beli tadi.
tapi tak sempat nak makan dengan dia.
Aku bagi kat adik.
hurm...
21 Julai 2012
Esok aku rancang nak kenalkan dia dengan mak aku. Dia selalu cakap yang dia sunyi kat rumah since her parents busy memanjang. Tak ada masa untuk dia.
Bila aku kenalkan dia dengan mak aku, at least dia rasa warmth of a mother's love . walau dari mak aku.
Tapi bila aku tanya dia tadi, dia cakap yang dia ada hal esok. Dah janji dengan kawan dia dari US tu nak jumpa.
Dia macam serba salah je bila tahu perancangan aku.
So, dia ajak aku join dorang sekali. Pergi ice rink park.
Aku setuju je. Lagipun esok weekend.
Tapi, kenapa rasa macam tak sedap hati je ni?
Ahh~
~#########~########~
Suasana yang sesak di subway station semasa mereka bertiga hendak mendaki tangga memaksa Myungsoo menjarakkan kedudukannya dengan Suzy. Suzy dibiarkan bersama kawannya dari US atau lebih dikenali sebagai L.Joe. Seorang lelaki. Ya.
Kawan yang dimaksudkan Suzy itu merupakan jirannya sewaktu dia menetap di US 3 tahun lalu. Tergamam Myungsoo apabila diperkenalkan kepada L.Joe. Sangka Myungsoo, kawan Suzy itu seorang perempuan namun sebaliknya yang berlaku.
Hari itu, Myungsoo dapat melihat Suzy tampak lebih ceria dari biasa. Senyuman dan tawa tak lekang dari bibirnya saat dia berbual-bual kosong dengan L.Joe. Terbit rasa cemburu di hati Myungsoo.
Hai, si bidadari hati tengah gelak ketawa dengan lelaki lain, takkan tak cemburu?
Tiba-tiba, seseorang yang sedang membawa kayu ski di belakang Myungsoo tergelincir ke arah L.Joe dan Suzy. Myungsoo membuka langkah menerpa ke arah mereka dan menghadang kayu tersebut dari terkena Suzy.
BUK !
Hentaman yang kuat . Mereka bertiga terhumban ke bawah. Darah mula membuak keluar.
Merah. Pekat.
Baju yang biru mula lencun dengan warna merah.
Walaupun Myungsoo sempat menahan Kayu itu tetapi momentum yang kuat menolak kayu itu menembusi bahagian tulang pelviksnya dan sedikit di abdomen L.Joe yang berada di hadapan Suzy. L.Joe pengsan.
Suzy tergamam. Tak terkata apa-apa. Myungsoo mengetap bibir menahan rasa sakit yang amat. Orang ramai mula kecoh. Panggilan kecemasan segera dibuat. Dalam masa 5 minit, pasukan penyelamat tiba dan diikuti dengan para doktor.
L.Joe yang pengsan segera dipakaikan mask oksigen. Suzy tak henti-henti memanggil nama L.Joe. Tanpa menghiraukan Myungsoo.
Myungsoo cuba mengalihkan badannya sedikit. Tapi dihalang oleh doktor wanita yang berada berdekatannya.
" Jangan bergerak. Kayu ski tu dah tembus tulang pelvik awak dan sekarang salur darah utama awak dah tersekat."
" Kalau awak tetap bergerak, ia akan menyebabkan kecederaan yang serius."
" Eh, saya ada kecederaan yang serius doktor?"
" Ya. "
" Tapi , saya tak rasa sakit pun.."
" Itu sebab adrenaline, ubat tahan sakit. "
Suzy terus menangis. Tak pasti tangisnya kerana sakit atau kerana keadaan Myungsoo atau L.Joe yang dah tak sedarkan diri.
" Myungsoo, kami akan angkat awak untuk keluarkan L.Joe. Tapi awak akan mengalami pendarahan yang serius."
Myungsoo memandang kosong ke arah doktor lelaki itu. Cuba mencerna patah perkataan yang baru menembusi otaknya.
" Awak tak terhantuk kan?"
" Ya. Saya tak apa-apa."
Doktor wanita itu menghampiri Myungsoo yang semakin pucat.
" Orang tu bawak kayu ski tanpa beg. Tiba-tiba tangga jadi sesak. Dan kami ditolak jatuh ke belakang."
" Ia bertentangan dengan awak, kan?
" Saya? Tak lah. Saya rasa ia bahaya jadi saya datang tolong..Jangan fikir bukan-bukan ek, saya tolong sebab Suzy."
" Suzy kekasih awak?"
" Kami baru keluar bersama. Kemudian ni pulak yang berlaku."
" Ohh.."
Seorang lagi doktor datang memeriksa L.Joe.
" Saya dah agak dah. Dia mengalami intracranial hemorrhaging."
" Apa?!"
~##~
Kepala L.Joe ditebuk di situ juga untuk mengeluarkan darah bagi mengurangkan tekanan dalam otak. Suzy tak henti-henti memanggil L.joe. Myungsoo cuba menenangkannya.
" L.Joe..."
"...."
" Byunghun!!"
" Byunghun? Jadi lelaki yang cuba pikat awak dulu tu..... dia?"
Suzy melarikan pandangannya dari Myungsoo.
" Ada-adakah awak berdua dah jadi kekasih?"
" Ma..Maaf."
" Awak ni.. two-timing?"
" S-Se-sebenarnya .. kami nak bagi tahu hal sebenar hari ni..Dia cakap, dia rasa bersalah sebab biarkan awak terus salah faham."
" Kejap. Salah faham? Apa? Jadi awak dan saya sebenarnya tak ada apa-apa lah?
Suzy terkelu seketika.
" Maaf..maafkan saya."
Dua orang doktor lelaki tadi menghampiri Myungsoo.
" Mereka berdua harus segera dikeluarkan dari sini. L.Joe mesti diberikan rawatan segera."
" Habis saya?!"
"...."
"Ahh, kenapalah saya selamatkan mereka? Saya sepatutnya boleh elak..Saya akan mati ke doktor?"
" Kami akan cuba selamatkan awak, Myungsoo."
" Dah la cinta kena tolak, hati pulak dipermainkan ,dan sekarang saya pulak yang kena mati untuk dorang?! Ini tak adil , doktor..."
" Myungsoo, kami akan cuba yang terbaik untuk selamatkan awak lepas kami keluarkan mereka.. "
Myungsoo terdiam seketika. Dia menghela nafas keluar dan kemudian memejamkan matanya .
" Angkatlah saya doktor. Tak apa .Saya tunggu ."
Tanpa dipaksa, air mata Suzy gugur tatkala mendengar kata-kata Myungsoo.
Tetapi Myungsoo sedikit pun tidak memandangnya. Terasa hangat air mata Myungsoo yang gugur ke pipinya.
" My life . So ironic..."
~#########~########~
..............................
.....................
...........
.....
...
..
.
5 Ogos 2012
Aku lagi. Hari ni aku baru tersedar dari mimpi yang panjang.
Mimpi yang aku cipta dalam realiti sebenar.
Mimpi yang takkan jadi kenyataan.
Mimpi yang hatinya milikku untuk selamanya.
Hari ni, aku sedar di tempat yang berlainan saat aku pejamkan mata. Tapi tak satu pun scene dari kejadian tu aku lupa. 15 hari lalu.
Kenapa kayu ski tu tak tembus kepala aku?
Kenapa mesti tembus spine aku?
Kenapa ilium aku?
Kenapa aku selamatkan dia ?
Kenapa aku selamatkan mereka?
Kenapa aku korbankan segalanya demi dia yang tak pernah hargai perasaan aku??!
KENAPA AKU YANG HILANG SEGALANYA SEKARANG??
It takes only a minute to get a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone
but it takes a lifetime to forget someone.
Tak guna untuk aku terus mengharapkan dia untuk datang menjenguk aku. Hatinya bukan untukku. Sejak awal permulaan cerita. Walau dia adalah watak utamanya, namun, aku bukanlah teman sampingannya yang akan terus menemaninya. Aku hanyalah watak tambahan . Perencah dalam jalan cerita yang direkanya sendiri. Mengaburi pandangan dan hati aku .Yang membuatkan aku rasa bagaikan akulah watak utama yang sebenarnya tidak. Hanya khayalan.Sebuah imaginasi yang dicipta sebelum kemunculan hero di pengakhiran cerita. Sadis.
~###~
Feelings change - memories don't.
~####~
-10:43 AM-
Kim Myungsoo
~#############~###########~##########~#######~
Entah bila air mata itu gugur. Langsung tak sedar. Telapak tangan pantas menghapuskan air mata yang bersisa di pipi.
Layakkah aku menangis?
Dari jauh, Suzy dapat melihat seseorang berjalan menuju ke arahnya. Dia yang memakai hanbok hitam melangkah lesu ke arahnya. Dia menghenyakkan punggung di kerusi panjang. Duduk di sebelah Suzy.
" Hari pun dah petang. Elok lah kau balik. "
" ..."
Suzy memandang ke arah si penutur kata.
" Aku mintak maaf pasal mak cik . Pagi tadi . Dia emosi sangat. "
" ..a-aku.."
" Tetamu pun dah ramai yang balik."
" A-aku nak jumpa dia.."
Dasom memandang kosong ke arah Suzy yang masih bersisa tangisannya. Satu keluhan dilepaskan di birai bibir. Menyesakkan.
" Ikut aku."
Bagaikan anak kecil, Suzy mengikuti langkah Dasom tanpa sebarang kata. Jurnal milik Myungsoo yang diberi oleh Dasom , dipegang rapi. Bagaikan tak mahu terlepas dari tangan.
Sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam dewan kecil itu, Kakinya kaku seketika. Pandangan mata ibu Myungsoo tepat menerobos ke jiwanya.
Pandangan seorang wanita yang baru kehilangan separuh jiwanya.
Pandangan seorang ibu yang baru kehilangan anak yang paling disayangi ,
dikasihi untuk selama-lamanya.
Dasom merapati wanita itu. Cuba menenangkan emosinya .
" Mak cik, biarlah dia jumpa Myungsoo sekejap."
" Buat apa dia nak jumpa Myungie sekarang?? Masa Myungie duduk dalam hospital, ada dia datang menjenguk? Bukan kejap Myungie duduk kat sana, lapan bulan , Dasommie! Sebab budak ni lah Myungie jadi macam patung bernyawa! Jiwa dia dah mati hari dia selamatkan budak tak kenang budi ni!"
Sekali lagi air mata Suzy pantas meluncur laju keluar dari kelopak matanya. Bibirnya terkunci dari mengeluarkan sebarang kata-kata.
" Kalau bukan sebab budak tak guna ni, Myungie mak cik tentu masih hidup! Mak cik takkan hilang Myungie mak cik!!!!"
" Mak cik,takdir hidup dia sampai di sini. Hari ni! Dia hidup , L tetap hidup. Hidup dalam hati kita. Ingatan kita terhadap dia. Hidup walau hanya dalam kenangan kita. "
Wanita itu terdiam seketika apabila Dasom mengucapkan kata-kata itu.
" Saya pun sedih jugak mak cik. Tapi, tak ada apa yang boleh kita buat untuk menghidupkan L balik.."
Wanita itu tersandar lesu ke dinding. Mengalihkan pandangan mata dari Suzy yang berdiri di hadapan pintu masuk.
Dasom memberikan isyarat kepada Suzy untuk masuk.
~##~
Lama anak matanya tertancap pada gambar Myungsoo yang dikalungkan bunga putih itu. Wajah yang tersenyum amat menenangkan jiwa. Kaki sudah tidak dapat menampung berat badan, lantas terkulai ke bawah,punggung terhenyak ke permaidani. Pandangan ditundukkan ke bawah. Jiwanya sudah tak mampu membendung perasaan yang terkandung. Sarat. Sesak.
Maafkan aku, L. Aku yang silap.
~##~
Dasom menghantar Suzy keluar dari dewan kecil itu. Suzy langsung tidak mengeluarkan sebarang kata ketika di dalam sana. Tapi dari pandangan matanya, Dasom dapat melihat dengan jelas yang Suzy sedang terseksa. Menyeksa jiwa dan perasaannya. Cuba menghukum dirinya sendiri.
" Teruskan hidup kau.Move on ."
".."
" Kau ada orang yang patut diberi perhatian. Kisah kau dan dia, dah habis di sini."
" Da-Dasom..Aku mintak maaf."
" Tak ada guna kau mintak maaf pada aku. Benci aku pada kau, tak dapat bawak L kembali di sisi aku."
" A-Aku yang salah, Dasom.."
" Suzy, kita masih hidup. Masih bernyawa. Tak guna kau bawak perasaan bersalah tu sepanjang hidup kau. Kau pun tak sangka ni akan berlaku, kan?"
Suzy mengangguk perlahan.
" Dasom, aku tak setabah kau. Aku tak kuat."
"Not all scars shows. Not all wounds heal. Sometimes you can't see, the pain someone feels. But life, must goes on"
Suzy terkedu dengan kata-kata Dasom. Dasom pantas menghilang dari pandangan. Kata-katanya yang terakhir , membuatkan kaki Suzy longlai ke tanah. Titik jernih itu terus jatuh ke tanah yang berdebu.
" Dia cakap pada aku masa hari dia pergi beli jurnal tu, hari dia cancelled lunch dengan aku, hari yang buat aku sedar, aku takkan dapat cinta dia, untuk selamanya, yang first love is only a little foolishness and a lot of curiosity."
"..."
" Tapi aku jawab,
curiousity killed the cat."
E N D
Thanks for reading
-^_^-
Inspired by Code Blue Season 2 Episode 3 part 1.