Monday, 9 November 2015

STORY :#11

Hey , I'm back .. for a mid semester break. for about a week. hahh

So long since my last post. I'm busy arranging my new hectic life . I don't know what to write and have no ideas too but hey, I'm still alive and this blog will not be forgotten ..!

haha. so anyeong.

p/s : Ahh, assignments from lecturers are more important nowadays than writing a fanfic. I have an idea of the fanfic but those assignments are truly, absobloodylutely , trying to kill me . ahh , i missed my gold old times , watching korean stuff on tv without getting disturbed by school works.

Monday, 10 August 2015

A Thousands of Cherry Blossoms

If you love and miss that person, then love can come again when you meet again. Just like playing hide and seek, no matter where it hides or even if you can't see it, it must be waiting for you at some place . Amid the countless chaos just like  sincere prayers of love ,the people who are in love, will surely meet again.



   Hallstatt merupakan sebuah kampung di Salzkammergut berhampiran Hallstätter See yang letaknya di satu bahagian di Austria.


              Every pic was like a postcard. Pada sesiapa yang pernah menjejakkan kaki di sini ,mungkin akan kembali . Kembali pada permandangan deretan rumah kayu di tepi tasik yang indah umpama dalam lukisan . Kembali pada bangunan-bangunan yang berwarna-warni yang mampu membuatkan sesiapa sahaja lupa pada tempat kaki berpijak. Umpama syurga di dunia . Hallstatt , Austria . Mana-mana musim masih tak mampu mencacatkan pemandangan indahnya . Malah setiap kejadian alam semakin menambahkan lagi keindahannya .


                Sambil dia menghirup kopi panas di pinggiran tasik ,pandangan mata dilemparkan ke deretan bangunan yang dilitupi hampir 80 peratus dengan salji . Bumbung-bumbung bata yang memutih itu menarik perhatiannya walaupun pemandangan sebegitu bukanlah sesuatu yang baru padanya yang telah menghabiskan waktu membesarnya di bumi Hallstatt. Namun begitu, Uee tetap menyukai pemandangan sebegitu . Baginya , pemandangan salji yang memutih itu amat menenangkan hati .


                Nafas seraya ditarik perlahan dan kemudian dihembus. Kabus terbentuk apabila wap panas bertemu dengan udara yang sejuk . Mafla benang bulu merah putih yang dikait oleh mendiang ibunya dikemaskan kedudukan . Jam tangan dikerling sekilas . Tinggal 15 minit lagi masa rehat . Dia harus segera kembali ke kedai kopi milik mendiang ibunya yang telah diambil alih olehnya sejak 9 bulan lalu . Kedai kopi yang letaknya hanya beberapa buah bangunan segera dijejaki . 



The significance of the cherry blossom tree in Japanese culture goes back hundreds of years. In their country, the cherry blossom represents the fragility and the beauty of life. It's a reminder that life is almost overwhelmingly beautiful but that it is also tragically short.




             T-shirt terakhir digulung kemas ke dalam beg sandang belakang. Kata nak backpack travel, buat apa nak bawak bagasi segala bagai? Buat macam ni baru ada thrill. Ada cabaran nak mengembara di tempat orang . Beg sandang belakang yang berwarna kuning hijau itu diletakkan di kaki katil hotel . Badan direbahkan kembali ke katil yang sudah dikemas tadi. Tangan kanan mencapai DSLR di meja sisi .


              Sambil dia meneroka kembali setiap gambar yang terkandung dalam memori kamera, Encik Kim , setiausahanya masuk setelah mengetuk pintu bilik . Lelaki yang berkot hitam itu dipandang sekilas.


" Betul tuan tak nak saya tempah flight?"


               DSLR diletak di tepi . Lelaki yang sebaya umur dengannya resah menunggu jawapan . Segaris senyuman terukir di bibir Hyungsik .


" Iye. Saya nak pegi Osaka dengan Shinkasen je . Tak payah lah nak risau sangat. Lebih kurang 3 atau 4 jam je pun."

" Tapi tuan.. Tuan nak pergi seorang jugak ke?"

" Seo Jun-ah, tugas awak kat sini dah selesai . Apa kata awak ambil peluang 3 hari yang saya tak ada ni untuk pergi bercuti , untuk diri awak ?"

" Kalau tuan pengerusi tanya macam mana? "

" Awak ni, penakut sangat lah . Kalau macam tu tak payah balik ke Seoul lagi. Jepun ni luas apa kalau awak nak habiskan masa?"


                 Encik Kim sekadar mengangguk perlahan . Ada betulnya juga apa yang disarankan oleh bosnya . Bila lagi dia nak bercuti. Asyik kerja dan kerja . Kadang-kadang hari cuti pun kena ikut bos turun padang melawat hotel-hotel yang bermasalah . Dan sepatutnya dia berterima kasih pada Tuan Hyungsik kerana memberi peluang untuk bercuti secara tak rasmi kepadanya .


" Jauh mengelamun."

" Maaf tuan ."


                  Kepala yang tak gatal digaru perlahan .


" 3 hari lagi saya hubungi awak . Pastikan telefon berfungsi ."

" Baik tuan!"


                  Tabik hormat diangkat . Hyungsik ketawa dan berlalu meninggalkannya . Hyungsik bukan bos biasa yang bermegah dengan status dan jawatan walaupun dia merupakan pewaris lelaki tunggal Taeyang Group yang memiliki berpuluh-puluh buah hotel di serata dunia. Baginya,Hyungsik seperti seorang kawan .


                   Setelah turun dari teksi tadi, dia segera menapak ke mesin jualan tiket shinkasen untuk ke Osaka. Apabila kereta api laju itu tiba, Hyungsik segera mencari tempat duduk di koc . Kali ini dia membeli ordinary seat class. Kalau suruh Encik Kim , selalunya dia akan beli green car seat class yang lebih kurang business class dalam kapal terbang . Macam lah aku demand sangat nak duduk dalam green car .Hyungsik  membebel sendirian .


                    Untuk ke Osaka, dari Tokyo,dia perlu melalui Nagoya kemudian ke Kyoto dan barulah tiba di Osaka melalui Tokaido Shinkasen. Hyungsik sekadar mengukir senyum dan menunduk hormat kecil kepada penumpang warga emas di sebelahnya .


                    Sekarang pertengahan bulan April . Musim bunga . Di Tokyo tadi pun dah bersepah bunga sakura berbunga di tepi jalan inikan pula dalam perjalanan ke Osaka . Kema Sakuranomiya Park merupakan tempat yang bakal ditujunya esok . Rancangnya sesudah sampai nanti, dia nak berehat untuk melepaskan lelah perjalanan yang panjang ini .



“The flower that blooms in adversity is the most rare and beautiful of all.”



 Uee berdiri betul-betul dihadapan lobi. Raut wajahnya resah tatkala itu. Dia tercari-cari akan kad bilik hotelnya yang hilang . 10 minit berlalu, dia segera menapak ke kaunter penyambut tetamu .


" Is there anything that I can help you,miss?"


                     Pekerja wanita awal 30-an berbangsa Jepun itu tersenyum manis. Sebahagian dari etika kerja .


" I have lost my room card. "

" Oh,is this yours?"


                     Pekerja wanita itu boleh berbahasa Inggeris walaupun kedengaran agak pelat . Dia sudah sedia maklum dengan keberadaaan sekumpulan rombongan dari Austria yang tiba 2 hari lepas. Uee merupakan salah seorang darinya .


" Oh, thanks God. How it gets here?"

" That's gentleman had returned it here ,just now."


                      Ibu jarinya dihalakan ke arah seorang lelaki yang sedang membaca pamphlet  di ruang legar lobi.


" Oh, thank you. Arigato-gozaimasu."


                      Uee menunduk hormat . Pekerja wanita itu juga melakukan hal yang sama . Budaya tunduk hormat memang sudah menjadi kebiasaan di sana . Uee segera menapak ke arah lelaki yang sedang berdiri di hadapan kotak pamphlet.


" Excuse me.."


                      Lelaki itu menoleh .


" May I know, is that you that found my room card just now?"

" Oh, yes. I am ."

" Oh, thank you. By the way, my name is Uee."


                      Salam dihulur.


" I am Hyungsik."


                       Huluran tangan disambut . Uee mengukir segaris senyuman.


" Are you a Korean ?"

" Yes, why?"

" I am a Korean too!"


                        Hyungsik memandang pelik kepada wanita yang mengaku dia berbangsa Korea tetapi tidak menggunakan bahasa Korea dengannya walaupun sudah mengetahui status kewarganegaraannya .


" Uee, hurry up! We're late!"


                        Wanita Caucasian itu melambai-lambai tangan ke arah Uee.


" Where are you going, Mr. Hyungsik?"

" Kema Sakuranomiya Park."

" Mind to join us? As a reward for finding my card..We are going there too.."

" I am glad too but.."

" Let's go ,Mr . Hyungsik."


                      Uee menarik tangan Hyungsik .Hyungsik tak terkata apa-apa . Tanpa disedari , dia turut menyertai rombongan dari Austria itu . Wanita Caucasian tadi merupakan ketua rombongan yang seramai 15 orang itu . Miss Allen.


                      Sepanjang perjalanan ke sana , fokus Uee lebih banyak ke arah permandangan di luar . Sesekali dia berbual-bual dengan Hyungsik. Serba sedikit Hyungsik maklum penyebab kepada Uee lebih senang berbahasa Inggeris . Uee lahir di Austria dan membesar di sana . Satu-satunya orang yang mengajarnya bertutur dalam bahasa Korea Cuma ommanya walaupun mereka lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris tak bermakna Uee tidak faham langsung apabila Hyungsik berbual-bual dengannya .


                       Bas persiaran itu berhenti di tempat meletak kenderaan yang kebetulan kosong .Ahli rombongan segera menapak keluar mengikuti Miss Allen .


" Thank you for letting me rode on your bus.."

" It's fine , Mr . Hyungsik . So, do you want to join us or we will have a separate way?"

" Ahh, thank you ,but I guess I will my way ..by the way, thank you again.."

" My pleasure..hope you will have a nice day today."

" You too,Miss Allen ."


                         Hyungsik menoleh ke arah Uee di sebelahnya .


" Jumpa lagi."

" Okay ."


                  

              Uee melambai-lambai ke arah Hyungsik yang mula menjauh . Setelah Miss Allen memberikan sedikit penerangan, Miss Allen membenarkan mereka melakukan aktiviti mereka sendiri . Tidak seperti kebiasaannya di mana Miss Allen akan membawa mereka melawat dari tempat ke tempat sambil memberikan taklimat yang panjang berjela . Mereka diberi masa 4 jam sebelum kembali berkumpul di bas persiaran mereka.


                Pokok-pokok bunga sakura yang sedang lebat merimbun itu menarik perhatian Uee. Kehadiran pengunjung yang tidak seramai pada hari minggu membolehkan dia menikmati perjalanan di taman sakura itu tanpa perlu bersesak-sesak . Satu demi satu gambar diambil . Bunga lima kelopak yang berwarna merah jambu itu kini menjadi tajuk utama memori kamera Uee . Uee mengukir senyum tanpa disedari. Kamera digital Samsung itu dibiarkan bergantungan di pergelangan tangan seketika . Hanami .


                   Pesta Melihat Bunga atau Hanami bermula dalam Tempoh Heian (794-1911),iaitu apabila orang-orang Jepun mengikuti banyak amalan dari China, antaranya fenomena sosial pesta melihat bunga, di mana keluarga Maharaja, penyajak-penyajak, penyanyi-penyanyi, dan bangsawan-bangsawan yang lain akan berkumpul dan berpesta di bawah bunga sakura. Pesta pertama yang pernah direkodkan berlangsung di Taman Shinsen-en Kyoto pada tahun 812.


                    Lama Uee berdiri di laluan pejalan kaki sambil menikmati keindahan alam yang sedang berlaku . Keindahan yang seketika kerana sakura hanya bertahan selama dua minggu . Kecantikkan yang sementara . Uee memejamkan mata .


" Uee?"


                     Uee membuka kelopak mata apabila mendengar namanya dipanggil . Dia menoleh ke arah suara itu . Dia tersenyum apabila mendapati Hyungsik berdiri betul-betul di hadapannya .


" Saya ingat awak dengan rombongan tadi."

" Oh, aktiviti bebas . Miss Allen bagi 4 jam ."

" Jom..tengok bunga sorang-sorang tak seronok ."


                       Uee ketawa terhadap kenyataan yang baru dituturkan oleh Hyungsik . Memang dia mengakui ,menonton bunga yang indah bertaburan secara bersendirian amat membosankan memandangkan kebanyakkan pengunjung yang hadir semuanya berpasangan , berkumpulan atau bersama keluarga . Pelawaan Hyungsik disambut baik .


                     Mereka menelusuri laluan pejalan kaki yang agak lengang . Kelopak bunga-bunga sakura yang berwarna merah jambu mahupun putih yang lebat itu saling berguguran ke tanah apabila ditiup angin . Gugur seperti salji . Uee asyik merakam gambar . Hyungsik juga melakukan perkara yang sama . Tapi entah mengapa dia lebih tertarik untuk mengabadikan keterujaan Uee melihat sakura berbanding dengan tujuan asal dia ke Kema Sakuranomiya Park . Niatnya tersimpang jauh .


" Hyungsik-shi, apa kata awak ambil gambar saya yang sedang ambil gambar awak?"


                     Hyungsik spontan mengangkat kening .


" Oh,okay."


                   Click! Uee tersenyum sendirian . Dia menghampiri Hyungsik . Memulangkan kembali DSLR Hyungsik.


" Dah berapa banyak gambar saya yang awak ambil?"

" Hah? Sa-saya.."

" Jom ambil gambar sama-sama . Nanti boleh buat kenang-kenangan."


                 DSLR Hyungsik bertukar tangan . Dia hanya mengikut kata Uee .


" Seronok jumpa awak,Hyungsik-shi."

" Aha, saya pun . Seronok kenal awak , Uee."


                  Uee mengerling jam dipergelangan tangan . Tinggal 1 jam lagi . Matahari hampir terbenam menambahkan lagi keindahan di taman itu . Uee menarik tangan Hyungsik menelusuri jambatan kayu itu . Berdetak-detak bunyi derapan terhasil dari tujahan kasut ke lantai kayu itu . Berlari antara celahan orang ramai semata mahu mendapatkan tempat yang strategik untuk melihat matahari terbenam bukan sesuatu yang akan dilakukan oleh Hyungsik untuk seumur hidupnya namun kalinya dia turutkan sahaja langkah Uee .Kelopak bunga-bunga sakura itu bertebaran dibawa angin mengiringi langkah mereka yang terhenti di tengah-tengah jambatan kayu itu. Senyuman Uee tatkala memandang jauh ke kaki langit yang mulai jingga itu segera dirakam . Dan segalanya berlaku secara spontan .




You meet thousands of people,
And none of them really touch you.
And then you meet one person
And you life is changed , forever.



  Hyungsik melonggarkan tie yang sedang menjerut leher . Ruangan galeri seni yang hampir penuh dengan lukisan itu dipandang kosong . Banyak daripada hasil seni itu merupakan dari hasil kerja tangannya sendiri . Hasil kerja tangannya yang menjadi hobi . Sekadar hobi di waktu lapang yang amat sukar diperolehi . Kelopak mata dipejam . Badan disandar lesu ke sandar belakang sofa.


Nota kecil itu dibaca untuk kesekian kalinya . Pendrive putih itu kembali dikeluarkan dari kocek jeans . Dia terduduk di sofa lobi Taeyang Hotel. Ruang legar yang lengang itu terasa amat sepi untuk seketika.


' Sorry I have to leave for Austria earlier . My mother was involved in an accident . She'd been hospitalized . Thank you for everything , Hyungsik. It was nice ,to meet you.And I wish to meet you, again.'
p/s: I had copied all the pictures in my camera . So unlucky me for not be able to copy yours.
-Uee


            Kelopak mata yang terpejam tadi kembali terbuka . Telapak tangan dibawa ke muka , diraup perlahan.Hyungsik memandang ke arah orang yang menepuk bahunya tadi. Hong Jonghyun. Sahabat baiknya sejak dari kecil yang sudah seperti abangnya sendiri walaupun pada hakikatnya mereka sebaya . Jonghyun juga merupakan rakan kongsinya dalam usaha melancarkan galeri seni ini dalam masa 2 bulan lagi .


" Kau okay tak ni?"


               Ibu jari diangkat . Badan ditegakkan membetulkan kedudukan . Jonghyun mengambil tempat di sofa bertentangan dengannya di ruangan legar itu.


" I should forget her .."

" Seriously?"


               Hyungsik mengangguk .


" Dia , macam mimpi. Mimpi paling indah di musim bunga ."

" Kau nak give up macam tu je? Lepas berpuluh kanvas kosong kau lakar gambar dia?"

" Habis kau nak aku buat apa? I couldn't fly over neither Austria nor abroad , for a year,bro! Dan mungkin, kalau aku pergi cari dia balik, mungkin dah terlalu lambat .."


           Jonghyun tergamam dengan kata-kata Hyungsik . Dia lupa . Dia lupa bahawa Hyungsik pernah berkejaran ke Austria bersama setiausahanya dengan penerbangan terakhir dari Jepun . Hari yang dia sepatutnya tiba di Incheon International Airport , dijemput oleh penjaga rumah yang sudah berkhidmat dengan keluarganya sudah lebih 5 dekad , sebaliknya dia tiba di Vienna International Airport . Dan kemarahan Tuan Park , bapa Hyungsik , pada hari itu merupakan sesuatu yang Jonghyun mahu lupakan . Pak cik yang paling peramah dan baik hati yang dia kenal sejak kecil itu hilang sama sekali pada hari itu . Hari Hyungsik sepatutnya hadir untuk merasmikan pembukaan hotel Taeyang yang baru di Busan .



          Untuk kesekian kalinya , Hyungsik mengeluh . Dia buntu . Dari mana harus dia mula mencari Uee? Datang ke Austria dengan melulu tanpa sebarang persediaan merupakan tindakan paling bodoh yang pernah dia lakukan seumur hidup . Encik Kim yang sedang tergolek tidur di dalam sleeping bag di kaki lima balai ketibaan itu dipandang kosong . Rasa bersalah mula menyerbu hati . Tak sepatutnya dia heret Encik Kim bersama .


            Vienna yang sejuk . Vienna yang dingin . Kepala didongak ke luar tingkap kaca memandang langit mendung. Kelam . Hitam . Gelap . Titik-titik jernih dari langit itu mula membasahi kawasan luar lapangan terbang itu . Udara sejuk dari air-cond mula mencekam tulang belulang . Jari-jemari terasa membeku .Nota kecil dari Uee itu dibaca berulang kali . Masih mengharapkan sebarang petunjuk yang tak mungkin ada. Hyungsik merapatkan kaki ke badan , kedua tangan dibawa memeluk badan lalu kepala ditundukkan ke bawah menghadap kelam. Pipi mula terasa hangat apabila juraian jernih itu akhirnya jatuh ke bumi. Mungkin bukan takdirnya dengan Uee. Bukan di Jepun . Bukan juga di bumi Austria.



             Uee hanya singgah dalam hidupnya ,seperti sakura yang kembang sekejap, pada sesiapa yang leka, keindahan bunga lima kelopak itu bukan untuknya. Dan manusia Cuma akan kembali mencari apabila sesuatu itu hilang . Mula menghargai bila dah tak ada di sisi. Mula menyayangi bila dah tak ada lagi. Sering merayu agar diberi peluang kedua, dan berjanji akan menjadikannya segalanya lebih baik. Tapi, lupakah manusia pada hakikat hidup, masa yang berlalu tak mungkin akan kembali?


             Dan sekembalinya ke tanah Korea Selatan pada keesokkan hari, dia terus dibawa pulang bersama pengawal-pengawal peribadi bapanya , diiringi terus ke rumah . Dia Cuma mengikut tanpa melawan atau mengeluarkan sebarang kata-kata . Berkali bapanya bertanyakan sebab dia ke Austria tapi dia cuba menyepi kata . Marah bapanya tak lama tetapi sebagai amaran , Hyungsik tidak dibenarkan ke luar negara selama setahun mulai hari itu . Dan Hyungsik menerima tanpa sebarang bantahan . Melangkah longlai keluar dari bilik bacaan bapanya setelah menunduk hormat dan meminta maaf . Hyungsik jarang menerima arahan tanpa bantahan tetapi kali ini dia meninggalkan bapanya terkaku dengan tindakannya .



Blossoms are scattered by the winds
And the wind cares nothing
But the blossoms of the heart
No wind can touch


           Jonghyun meletakkan kopi panas yang baru dibelinya di kedai kopi seberang jalan di atas meja kayu yang bersepah dengan peralatan melukis Hyungsik. Mafla tebal yang melingkari leher disangkut di sandar kerusi. Kot tebalnya juga diletakkan di tempat yang sama . Suhu diluar mungkin sudah jatuh ke bawah paras beku .Punggung dihenyakkan ke kerusi kayu itu . Hyungsik yang sudah duduk bersila di lantai menghadap kanvas putih yang hampir penuh itu dipandang kagum . Kagum dengan gambaran yang dilukis . Kagum dengan lukisan yang seakan hidup menceritakan sesuatu .


            Jambatan kayu dengan kelopak sakura yang bertaburan . Matahari senja menjadi latar belakang . Tetapi yang menarik perhatian Jonghyun adalah lukisan itu adalah dari sudut pandangan seorang gadis yang menghalakan jari telujuknya ke arah matahari yang hampir terbenam di hujung jambatan kayu . Gadis yang menjadi karekter utama di dalam 8 kanvas lain yang sudah siap di susun di lantai studio lukisannya . Lukisan dari sudut pandangannya tanpa mendedahkan wajahnya yang sebenar . Dan Jonghyun tahu, gadis itu ialah Uee.


" Kenapa kau tak lukis full? Nak jugak aku tengok rupa dia .."


             iPad putih Hyungsik di meja kayu itu ditarik. Folder pictures yang sudah sedia terbuka itu di scroll.


" Karang kau tersuka pulak . Susah aku ."

" Ha. Ha. "


              Jari Jonghyun terhenti pada satu gambar. Riak wajahnya berubah . Hyungsik bangun mendekati meja . Kopi yang masih hangat itu dicapai .


" Ni, kau?"


               Gambar Hyungsik yang memakai tshirt kuning cair sambil menggalas beg sandang . Hyungsik yang tersenyum malu membawa tangan kiri menutupi separuh wajah sambil tangan kanannya memegang kamera kecil itu dihalakan ke arah tuan empunya badan yang masih meneguk kopi .


" Dah sah-sah tu aku . Kau tanya ni kenapa ?"

" Saja . "

" Pelik ."


                Hyungsik kembali menyambung sila di lantai .


" Aku nak kau lukis gambar ni . Untuk kanvas kau yang terakhir."


               Gambar Uee yang tersenyum manis dengan posisi yang sama seperti Hyungsik tadi dihala ke arah Hyungsik yang sudah berkerut dahi .


" Ask me later but , please, draw it?"




If someone  who has left doesn’t come, wait a little longer
To have loved more is not something to be embarrassed about
To have loved longer is not something to be ashamed either.


Uee menolak daun tingkap yang menghadap ke tasik .Penghujung musim panas. Dedaunan hijau di kaki gunung mula bertukar jingga . Monokromatik . Lama Uee berdiri di tepi tingkap . Menghirup udara segar dari tasik . Rumahnya sunyi tanpa suara ibunya . Sepi .


" I left him and rushed to you , but mom, you left me too ."


              Dia melangkah menyambung pekerjaan yang terbengkalai . Ruang tamu rumah kini sudah bertukar menjadi studio seni .  Pandangan mata jatuh pada kanvas sebesar satu depa yang hampir penuh dengan cat warna itu . Park Hyungsik .


" And now, I am all alone."


               Minggu lepas, kenalan mendiang ibunya dari Vienna datang menemuinya . Menawarkannya penyertaan dalam acara lelongan antarabangsa yang akan berlangsung pada musim luruh akan datang . Sewaktu mendiang ibunya masih hidup, ibunya aktif dalam menyumbang barangan kepada persatuan lelongan itu .


" I don’t know what to give you,madam . I'm not used to this kind of events."

" Oh dear..how unlucky me. "

" Sorry .."

" Why don't you sell us , one of your drawing?We'll going to put a good price for you perhaps..If you're willing too.."



               Dan akhirnya dia di sini . Menghabiskan hari-hari menyiapkan lukisan oil painting untuk acara lelongan itu . Dengan berbekalkan sekeping imej Hyungsik yang terdapat dalam kamera digitalnya, dia mula melakar , melukis wajah Hyungsik . Dia juga tidak tahu kenapa Hyungsik yang dilukisnya . Seseorang yang hadir bagaikan mimpi di musim bunga . Mimpi yang paling indah dalam hidupnya .


               Mungkin sudah tiba masanya untuk dia teruskan hidup tanpa memikirkan pertemuannya dengan Hyungsik . Sering kali dia bertanya pada diri, mengapa Tuhan hadirkan Hyungsik dalam hidupnya kalau pada akhirnya dia yang akan merindui pertemuan mereka setengah mati? Mana dia mahu jejaki Hyungsik ?


               Berus lukisan yang dipegang terlepas ke lantai . Uee tersentak . Anak matanya mula mencari wajah Hyungsik . Sungguh dia rindu . Rindu pada segalanya yang berlaku di Osaka pada musim bunga yang lalu . Rindu pada Hyungsik.


               Kedua-dua telapak tangan dibawa meraup wajah . Kelopak mata yang sedang bergenang itu diseka dengan jari . Dia tak boleh cengeng . Andai kata ada orang yang berminat untuk membeli lukisan itu, dia akan mula belajar untuk melupakan Hyungsik . Sama seperti lukisan yang akan pergi kepada pemilik baru, dia akan lepaskan Hyungsik . Mungkin perkenalan dengan Hyungsik hanyalah sekadar kebetulan yang diatur Tuhan . Dia tak tahu .




Someone once said, earnest desire creates connections, and only memories will bring those moments to life.



                Dia membetulkan kedudukan beanie benang bulu yang tersarung senget di kepala. Sesudah kaki menjejak  lantai marmar di Vienna International Airport , dia segera mendapatkan teksi untuk ke stesen kereta api menuju ke Hallstatt. Berbekalkan alamat kediaman Uee yang dia perolehi dari penganjur acara lelongan antarabangsa itu, Jonghyun nekad untuk menemui Uee sendiri . Andai kata si Hyungsik tak dapat pergi, biar dia yang bawakan Uee untuk Hyungsik.


                 Dari luar tren kereta api, padang rumput yang menghijau langsung tak kelihatan . Segalanya diselaputi dengan snowflakes yang turun dengan lebatnya semalam . Sekurang-kurangnya itu yang diberitahu oleh mak cik penjual makanan yang baru berlalu tadi.


                 Pemergiannya ke Austria tidak diketahui oleh Hyungsik. Dia hanya memaklumkan kepada Hyungsik bahawa ada urusan keluarga yang harus diselesaikan .


" Cepat balik. "

" Oraet bos!"


                  Pemandangan Hallstatt yang memutih cukup untuk membuatkan Jonghyun leka untuk seketika . Hallstatt tidak sedingin Vienna yang menyambut kehadirannya di bumi Austria itu . Hallstatt yang indah . Hallstatt yang menenangkan . A warm welcoming in a cold weather. Salji yang menutupi dedaunan pepohon yang berdiri sederet di tepi rel segera dirakam di dalam kamera digitalnya .


                   Tren itu berhenti di satu-satunya stesen di pekan Hallstatt . Porter-porter membantu penumpang-penumpang yang baru turun dari koc untuk mengambil bagasi-bagasi mereka . Stesen yang berasaskan kayu yang penuh dengan aktiviti manusia . Jonghyun mengemaskan sandang beg galasnya . Kot tebal yang senget dibetulkan kedudukan . Dia menarik nafas. Menghirup udara sejuk di Hallstatt . Dia segera menapakkan kaki ke kaunter pertanyaan . Mencari rumah tumpangan untuk travellers sepertinya .


                   Kebanyakkan lampu dari kedai mulai bergelap . Jam menghampiri jam 10 malam . Uee merupakan orang yang terakhir yang meninggalkan kafe . Dia membenarkan para pekerjanya pulang lebih awal memandangkan hari semakin sejuk . Ramalan cuaca mengatakan bahawa salji akan turun dengan lebih tebal pada tahun ini . Walaupun Hallstatt sering mencatatkan kehadiran pelancong yang semakin meningkat pada setiap musim panas, nyata kehadiran para pelancong pada musim sejuk tidaklah seramai mana . Mungkin tidak tahan dengan suhu yang mampu membuatkan air di dalam gelas membeku tanpa perlu memasukkannya di dalam freezer.


                    Uee berhenti sejenak di laluan pejalan kaki . Anak matanya terpaku pada simbahan cahaya dari lampu-lampu yang  terpasang di laluan tapak gajah . Mungkin majlis daerah baru memasangnya hari ini . Snowflakes yang berguguran dari langit disimbahi oleh cahaya merah jambu dari lampu di laluan pejalan mengembalikan memori Uee pada kelopak sakura yang berguguran di Osaka dahulu . Uee segera berlalu . Dia tidak mahu berlama-lama di situ . Tidak mahu tenggelam dalam kenangan lalu . Kenangan lalu dan Hyungsik .


Move on , Uee. Move on.


We keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
Times forever frozen still


  Cawan yang bersaiz kecil untuk Espresso dicapai dari rak . Pengunjung kafe yang seorang dua . Uee duduk sejenak di tepi tingkap kafe sambil menunggu Espresso siap dituang dari mesin ke dalam cawan . Salji sudah berhenti gugur . Yang tinggal Cuma pemandangan yang memutih .



            Dari luar tingkap , tasik yang beralun tenang di sapa angin pagi itu menarik perhatiannya . Hallstatt yang dikelilingi oleh gunung-ganang yang sentiasa memutih di puncaknya umpama sebuah dunia yang tersorok dari arus pemodenan di bahagian Austria yang lain . Pekan kecil Hallstatt wujud di sekeliling tasik yang sentiasa membiru dan kilauannya bertambah indah apabila musim panas tiba . Umpama sebuah lembah yang hanya wujud di dalam cerita-cerita dongeng . Mungkin kerana itu Uee betah tinggal di sini . Walaupun dia keseorangan tanpa sesiapa . Kerana di sini wujud kenangan bersama ibu dan bapanya sewaktu dahulu .



             Kring! Bergemercing loceng di atas pintu kafe apabila pintu ditolak dari luar . Seorang lelaki bersama beg sandang belakang melangkah masuk . Uee segera menyambut kehadirannya di kaunter . Lelaki itu segera melabuhkan punggung di kerusi tinggi di hadapan bar kaunter itu .


" Welcome , sir . How can I help you ?"

" An espresso can do, please?"

" Sure . "


          Uee kembali menekan punat-punat kecil di mesin pembuat kopi itu . Lelaki itu asyik memerhati langkahnya yang lincah mengendalikan mesin itu . Sekejap sahaja, secawan kecil espresso siap terhidang di hadapan pengunjung kafe itu . Aromanya segera menyergah deria bau .


"The espresso should be bitter, but not too bitter . It should be rich, but not too rich . At most of the time, it's taste surely depend on that person taste buds."


           Uee menanggkat kening . Lelaki itu tersenyum kepadanya .


" Miss Uee, I am Hong Jonghyun. I came to meet you."



            Dua keping tiket yang baru diletakkan di atas meja kayu oak kecil itu dipandang dengan pelbagai soalan yang tak terlontarkan suara . Memandang ira-ira kayu nyata lebih indah daripada pandangan difokuskan kepada orang yang berada dihadapannya .



             Hong Jonghyun datang mencarinya hingga ke Austria .   Di lembah yang tersorok di Hallstatt . Sesuatu yang tak pernah terjangka olehnya .


" Kenapa awak yang berada di sini , Encik Jonghyun?"

" Sebab Hyungsik tak boleh . "


Bodoh punya soalan , Uee . Kan dah kena balik.


" Kenapa baru sekarang ?"

" May be the Heaven only send me  now . Lepas penat tengok awak berdua , sorang tak boleh tinggalkan negara, sorang tak keluar mencari."

" Apa maksud awak?"

" He did came to find you  but he couldn't find you. Dengan nota yang awak tinggalkan tu, dari manalah sangat dia nak mula mencari ."

" But he did?"

" Yes. Dan sekarang, it's up to you nak jumpa dia ke tidak . Tarikh tiket airlines tu open dan tiket satu lagi tu, our gallery opening . And he's totally has no idea about this . Kalau awak nak tahu kenapa baru sekarang, you should attend to the gallery opening . "

" Kenapa awak pasti yang saya akan pergi ?"


            Jonghyun mengerling jam dipergelangan tangan . Sudah hampir pukul 3 petang . Bas terakhir akan singgah untuk membawa pengunjung keluar dari Hallstatt ke Salzburg .


" Sorry Uee, the bus is coming . "


             Dia mencapai kot tebal dan beg sandangnya .


" Yang awak tanya tadi, mungkin sebab awak tak pernah lupa padanya . "


              Uee terkedu . Siapa lelaki ini yang boleh membaca perasaannya . Lelaki yang sudah berlalu pergi , yang sedang berkejaran ke perhentian bas di hujung jalan . Business card yang baru ditinggalkan oleh Jonghyun dibaca . Dua baris ayat yang terrtulis di bahagian belakang kad itu berjaya mengukir segaris senyuman di bibir Uee.


' Tell him about the beauty of Hallstatt too. I am getting sick of too much ofcherry blossoms stories and saves me from hating the winter,please?'




The scariest thing about distance is you don’t know whether  they'll miss you or forget about you



            Hiruk-pikuk manusia yang lalu lalang itu langsung tidak diendahkannya . Harapnya keputusan yang sudah dibuat tidak akan menyebabkan dia menyesal di kemudian hari . Uee kembali menatap skrin telefon yang dari tadi digengam erat di telapak tangan . Dia baru sahaja selesai memberi kata putus kepada Jonghyun .

Uee, you're not going to regret . All or nothing .


            Bagasi ditarik melepasi balai ketibaan setelah suara dari interkom memaklumkan panggilan masuk kepada penumpang pesawat yang akan berangkat ke Seoul dalam masa setengah jam lagi .


This is it . Dah tak ada patah balik .


Your words means nothing when your actions are completely opposite


 Lama dia berdiri menatap kanvas-kanvas yang siap terlukis . Tunggu untuk digantung di dinding sahaja lagi. Tanpa disedari, jarinya menyentuh satu-satunya kanvas yang terlukis wajah Uee. Raut wajah Uee yang tersenyum riang seperti di dalam gambar yang tersimpan di dalam memori kameranya sedikit sebanyak mengusik hatinya . Dari jauh, Jonghyun yang sedari tadi memerhati setiap tingkah laku Hyungsik sekadar menggeleng kepala . Langkah diatur menghampiri Hyungsik .


" Aku ada 2 hadiah untuk kau . "

" Huh?"


             Hyungsik menoleh sambil mengangkat kening .


" Ikut aku."

" Kau dapat mimpi apa ni?"

" Mimpi musim bunga waktu musim sejuk ."


              Hyungsik mengekori langkah Jonghyun . Entah apa yang Jonghyun mahu berikan kepadanya . Dan Jonghyun menghentikan langkah betul-betul di hadapan ruang legar utama . Jonghyun menolaknya masuk . Tanpa diberi sebarang arahan , bola matanya menjatuhkan pandangan ke arah kanvas yang bersaiz lebih kurang sedepa itu . Wajahnya . Di Osaka . Wajah yang sama yang dirakam Uee . Jonghyun menepuk perlahan bahu Hyungsik  dan melangkah keluar dari ruang legar itu . Meninggalkan sedikit ruang untuk Hyungsik mencerna imej yang tergantung di dinding ruang legar itu .


" Don't give up upon her, bro."



“We’re so busy thinking about our own bruises, our own scars, we forget how to forgive. But if we just take the time to peek into someone else’s world, even the unforgivable can be forgiven.”



               Langkah kakinya laju cuba menyaingi langkah kaki setiausaha Jonghyun yang datang menyambut ketibaan di lapangan terbang malam tadi . Serba salah mula menyelubungi hati kepada orang yang baru dikenalinya itu . Setiausaha Jonghyun itu memperkenalkan diri sebagai Yura . Yura amat peramah menceritakan sedikit sebanyak tentang Korea . Berkali juga dia meminta maaf kerana menyusahkan Yura tetapi Yura hanya tersenyum manis dan mengatakan itu merupakan sebahagian daripada tugasnya .


                Kereta yang dipandu Yura itu meluncur laju ke perkarangan hotel. Setelah selesai menguruskan urusan pendaftaran masuk Uee ke hotel itu, Yura segera meminta diri .


" Jumpa esok , cik Uee. "

" Oh , terima kasih. Untuk semuanya."

" Tak ada apa-apa lah."


              Uee kembali ke bilik hotelnya . Badan langsung direbahkan ke katil bersaiz queen itu . Kelopak mata cuba dipejamkan . Dia langsung tak ada memori lain yang tercipta bersama Hyungsik selain dari musim bunga di Osaka tahun lalu . Tapi kenapa dia rasa terlalu attach to that memories? Bukan seorang stranger yang dia pernah jumpa sepanjang percutiannya ke negara-negara lain . Ramai . Tak terkira . Tapi kenapa dia rasa perkenalan mereka yang sehari Cuma itu amat dekat di hati ? Dan mengapa dia nekad untuk menjejaki Hyungsik yang entah ingat entah lupa akan kewujudannya ? Mungkin dia terlalu mengharap . Mungkin Jonghyun salah faham dengan musim bunga Hyungsik . Mungkin dia yang terlalu cepat percaya pada orang .



               Tiket ke perasmian galeri seni pada esok hari dibaca berulang kali . Kenapa ke galeri seni? Ada apa di sana?


               Dan tiket itu kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam tas tangannya . Tak payah nak fikir banyak . Dah sampai ke Korea dah pun . Tidur lagi bagus .



                  Sejak keluar dari lif tadi, dia asyik memerhati kehalusan seni bina di ruang legar utama Taeyang Hotel , tempat dia bermalam . Hotel 5 bintang . Memang lah . Kalau dia sendiri yang check-in lepas tiba di Seoul semalam, memang kakinya takkan jejak ke sini . Mana mampu . Dan kalau bukan kerana dia terbaca pamphlet di meja receptionist tadi, tak mungkin juga tapak tangannya berpeluh sekarang  bila teringat balik wajah Hong Jonghyun yang terpampang di atas jawatan COO Taeyang Hotel yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia . Dan dia tidak pernah bertanyakan Jonghyun sebab Hyungsik tidak boleh meninggalkan Korea Selatan .



             Pamphlet dilipat dan dimasukkan ke dalam tas tangan kecilnya . Too much information to load. And enough . Dia dah tak nak tahu lagi . Jangan ditanya tentang Hyungsik . Dia takut akan realiti yang akan dihadapi . Sebab ni bukan cerita novel . Asal lelaki kaya, mesti jumpa dan jatuh cinta dengan perempuan biasa kemudian dapat tentangan keluarga , konflik itu ini dan akhirnya happy ending . Cliché .



              Langkah diatur lambat mendapatkan Yura yang sedang melambaikan tangan di hadapan entrance . Badan dibolos ke dalam kereta . Hand-brake dijatuhkan dan stereng dipulas menghala ke jalan utama . Uee masih cuba mempertimbangkan keputusannya . Masih belum terlambat .


" Yura, saya tak nak teruskan . "


               Serta-merta kaki Yura menekan brake . Wanita itu memusingkan badan menghadap Uee.


" Kenapa?"

" We're not more than just a stranger to each other . "

"Uee.."

" I don't want to be a pathetic one but this ain't a soap opera with an happy ending ."

" This is real, Uee. Anggap sajalah kami ni your guardian angels yang tengah cuba nak bantu korang berdua . Ya, memang dalam hidup ni, tak semua akan berakhir dengan penamat yang mengembirakan tapi kadang-kadang, it's not about the happy ending, it's about the story . Awak baca buku cerita, sampai habis sebab awak nak tahu penamatnya tapi  kalau awak berhenti separuh buku, awak takkan tahu ending dia macam mana ."


               Anak mata Uee di cari . Telapak tangan Uee diraih dan digengam erat .


" Mungkin lah , awak boleh skip baca dan terus ke bahagian penamat , tapi hidup ni tak ada skip . Awak kena get through it , baru awak tahu penamatnya macam mana . Dan saya pasti , ada sebab awak ke sini . Have courage and be brave ,Uee."

" Yura, sorry."

" It’s okay."


                Kelopak matanya terasa panas . Yura indeed a stranger to her yet still kind to her.


" Don't ruin your make-up. We are going towards your own happy ending."


                Seloroh Yura. Tapi dia ikhlas .



In the cherry blossom's shade, there is no such thing as a stranger.


 Pada sesiapa yang melangkah masuk ke ruang legar utama di galeri seni itu pasti terasa seperti sedang menghadiri festival sakura . Kanvas-kanvas yang hampir sedepa panjang disusun sederet umpama urutan cerita . Kelopak bunga sakura yang bertaburan , yang ditiup angin , yang statik tak bergerak , segalanya dilukis dengan terperinci . Ada yang sedar perspektif pandangan yang dilukis namun masing-masing seolah-olah cuba menyelami dan memahami cerita yang ingin disampaikan di sebalik kanvas itu . Dan apabila masing-masing tiba di penghujung , mereka mengukir senyum . Faham akan cerita itu . Terpegun akan dua buah kanvas yang sama besar sama saiz yang digantung saling bertentangan antara satu sama lain.


               Uee melangkah masuk sambil diiringi oleh Yura. Semuanya asing baginya . Dia suka melukis tapi dia bukan seorang yang suka melawat pameran lukisan . Dia bukan peminat pada lukisan abstrak yang tak sukar dicerna mesejnya . Tapi dia suka pada lukisan yang bercerita .


" Yura, I have no idea about this things. I am not an artist."


                Yura mencarik segaris senyum . Dia sendiri tak tahu apa yang ada dalam kepala dua orang ketua teratasnya itu. Mulanya dia juga tak faham kenapa Jonghyun sanggup berhabis ribuan Euro semata-mata untuk membida sebuah kanvas di acara lelongan di Vienna dulu tapi rasanya sekarang, dia dah faham .


" Jom, ada satu bahagian lagi . Senbonzakura."


                Uee angkat kening .


" A Thousand of Cherry Blossoms."


               Dia melangkah seiring dengan Yura . Pandangannya jatuh pada kanvas pertama . Seolah-olah memori lama sedang kembali kepadanya . Yura langsung dilupakan . Kanvas demi kanvas dijejakinya .


Musim bunga.


Kema Sakuranomiya Park .


Sakura.


Osaka.


Sunset.


Park Hyungsik .


              Ya. Kanvas yang ditandatangani olehnya pada hujung sudut . Yang dilelong di Vienna dulu . Yang dilepas pergi . Yang kembali . Yang dipandangnya sekarang .


               Tas tangannya terlepas ke lantai apabila anak mata jatuh pada kanvas yang terlukis dengan potretnya . Kedua telapak tangan dibawa katup ke mulut . Pipi mula memerah .Kelopak matanya terasa panas . Seolah-olah dia telah kembali ke musim bunga yang dia anggap seperti mimpi. Dan di hadapan kanvas itu , berdirinya seorang yang dia tak pernah sangka akan bertemu kembali . Yang masih membelakanginya . Yang masih tidak menyedari kehadirannya .


" Park Hyungsik?"


                 Dan lelaki itu memusingkan badan . Yang bersusah payah mengemaskan kaki ke lantai . Yang semakin cepat langkahnya mendapatkan dia yang berdiri statik di situ .



If you love and miss that person, then love can come again when you meet again. Just like playing hide and seek, no matter where it hides or even if you can't see it, it must be waiting for you at some place . Amid the countless chaos just like  sincere prayers of love ,the people who are in love, will surely meet again.