If you love and miss that
person, then love can come again when you meet again. Just like playing hide
and seek, no matter where it hides or even if you can't see it, it must be
waiting for you at some place . Amid the countless chaos just like sincere prayers of love ,the people who are
in love, will surely meet again.
Hallstatt merupakan sebuah kampung di
Salzkammergut berhampiran Hallstätter See yang letaknya di satu bahagian di
Austria.
Every
pic was like a postcard. Pada sesiapa yang pernah menjejakkan kaki di
sini ,mungkin akan kembali . Kembali pada permandangan deretan rumah kayu di
tepi tasik yang indah umpama dalam lukisan . Kembali pada bangunan-bangunan
yang berwarna-warni yang mampu membuatkan sesiapa sahaja lupa pada tempat kaki
berpijak. Umpama syurga di dunia . Hallstatt , Austria . Mana-mana musim masih
tak mampu mencacatkan pemandangan indahnya . Malah setiap kejadian alam semakin
menambahkan lagi keindahannya .
Sambil dia menghirup kopi panas
di pinggiran tasik ,pandangan mata dilemparkan ke deretan bangunan yang
dilitupi hampir 80 peratus dengan salji . Bumbung-bumbung bata yang memutih itu
menarik perhatiannya walaupun pemandangan sebegitu bukanlah sesuatu yang baru
padanya yang telah menghabiskan waktu membesarnya di bumi Hallstatt. Namun
begitu, Uee tetap menyukai pemandangan sebegitu . Baginya , pemandangan salji
yang memutih itu amat menenangkan hati .
Nafas seraya ditarik perlahan
dan kemudian dihembus. Kabus terbentuk apabila wap panas bertemu dengan udara
yang sejuk . Mafla benang bulu merah putih yang dikait oleh mendiang ibunya
dikemaskan kedudukan . Jam tangan dikerling sekilas . Tinggal 15 minit lagi
masa rehat . Dia harus segera kembali ke kedai kopi milik mendiang ibunya yang
telah diambil alih olehnya sejak 9 bulan lalu . Kedai kopi yang letaknya hanya
beberapa buah bangunan segera dijejaki .
The significance of the
cherry blossom tree in Japanese culture goes back hundreds of years. In their
country, the cherry blossom represents the fragility and the beauty of life.
It's a reminder that life is almost overwhelmingly beautiful but that it is
also tragically short.
T-shirt terakhir digulung kemas ke
dalam beg sandang belakang. Kata nak backpack travel, buat apa nak bawak bagasi
segala bagai? Buat macam ni baru ada thrill. Ada cabaran nak mengembara di
tempat orang . Beg sandang belakang yang berwarna kuning hijau itu diletakkan
di kaki katil hotel . Badan direbahkan kembali ke katil yang sudah dikemas
tadi. Tangan kanan mencapai DSLR di meja sisi .
Sambil dia meneroka kembali
setiap gambar yang terkandung dalam memori kamera, Encik Kim , setiausahanya
masuk setelah mengetuk pintu bilik . Lelaki yang berkot hitam itu dipandang
sekilas.
" Betul tuan
tak nak saya tempah flight?"
DSLR diletak di tepi . Lelaki
yang sebaya umur dengannya resah menunggu jawapan . Segaris senyuman terukir di
bibir Hyungsik .
" Iye. Saya nak
pegi Osaka dengan Shinkasen je . Tak payah lah nak risau sangat. Lebih kurang 3
atau 4 jam je pun."
" Tapi tuan..
Tuan nak pergi seorang jugak ke?"
" Seo Jun-ah,
tugas awak kat sini dah selesai . Apa kata awak ambil peluang 3 hari yang saya
tak ada ni untuk pergi bercuti , untuk diri awak ?"
" Kalau tuan
pengerusi tanya macam mana? "
" Awak ni,
penakut sangat lah . Kalau macam tu tak payah balik ke Seoul lagi. Jepun ni
luas apa kalau awak nak habiskan masa?"
Encik Kim sekadar mengangguk
perlahan . Ada betulnya juga apa yang disarankan oleh bosnya . Bila lagi dia
nak bercuti. Asyik kerja dan kerja . Kadang-kadang hari cuti pun kena ikut bos
turun padang melawat hotel-hotel yang bermasalah . Dan sepatutnya dia berterima
kasih pada Tuan Hyungsik kerana memberi peluang untuk bercuti secara tak rasmi
kepadanya .
" Jauh
mengelamun."
" Maaf tuan
."
Kepala yang tak gatal digaru
perlahan .
" 3 hari lagi
saya hubungi awak . Pastikan telefon berfungsi ."
" Baik
tuan!"
Tabik hormat diangkat .
Hyungsik ketawa dan berlalu meninggalkannya . Hyungsik bukan bos biasa yang
bermegah dengan status dan jawatan walaupun dia merupakan pewaris lelaki
tunggal Taeyang Group yang memiliki berpuluh-puluh buah hotel di serata dunia.
Baginya,Hyungsik seperti seorang kawan .
Setelah turun dari teksi
tadi, dia segera menapak ke mesin jualan tiket shinkasen untuk ke Osaka.
Apabila kereta api laju itu tiba, Hyungsik segera mencari tempat duduk di koc .
Kali ini dia membeli ordinary seat class. Kalau suruh Encik Kim , selalunya dia
akan beli green car seat class yang lebih kurang business class dalam kapal
terbang . Macam lah aku demand sangat nak duduk
dalam green car .Hyungsik
membebel sendirian .
Untuk ke Osaka, dari
Tokyo,dia perlu melalui Nagoya kemudian ke Kyoto dan barulah tiba di Osaka
melalui Tokaido Shinkasen. Hyungsik sekadar mengukir senyum dan menunduk hormat
kecil kepada penumpang warga emas di sebelahnya .
Sekarang pertengahan bulan
April . Musim bunga . Di Tokyo tadi pun dah bersepah bunga sakura berbunga di
tepi jalan inikan pula dalam perjalanan ke Osaka . Kema Sakuranomiya Park
merupakan tempat yang bakal ditujunya esok . Rancangnya sesudah sampai nanti,
dia nak berehat untuk melepaskan lelah perjalanan yang panjang ini .
“The flower that blooms in
adversity is the most rare and beautiful of all.”
Uee berdiri betul-betul dihadapan lobi. Raut
wajahnya resah tatkala itu. Dia tercari-cari akan kad bilik hotelnya yang
hilang . 10 minit berlalu, dia segera menapak ke kaunter penyambut tetamu .
" Is there
anything that I can help you,miss?"
Pekerja wanita awal 30-an
berbangsa Jepun itu tersenyum manis. Sebahagian dari etika kerja .
" I have lost
my room card. "
" Oh,is this
yours?"
Pekerja wanita itu boleh
berbahasa Inggeris walaupun kedengaran agak pelat . Dia sudah sedia maklum
dengan keberadaaan sekumpulan rombongan dari Austria yang tiba 2 hari lepas.
Uee merupakan salah seorang darinya .
" Oh, thanks
God. How it gets here?"
" That's
gentleman had returned it here ,just now."
Ibu jarinya dihalakan ke
arah seorang lelaki yang sedang membaca pamphlet di ruang legar lobi.
" Oh, thank
you. Arigato-gozaimasu."
Uee menunduk hormat .
Pekerja wanita itu juga melakukan hal yang sama . Budaya tunduk hormat memang
sudah menjadi kebiasaan di sana . Uee segera menapak ke arah lelaki yang sedang
berdiri di hadapan kotak pamphlet.
" Excuse
me.."
Lelaki itu menoleh .
" May I know,
is that you that found my room card just now?"
" Oh, yes. I am
."
" Oh, thank
you. By the way, my name is Uee."
Salam dihulur.
" I am
Hyungsik."
Huluran tangan disambut
. Uee mengukir segaris senyuman.
" Are you a
Korean ?"
" Yes,
why?"
" I am a Korean
too!"
Hyungsik memandang
pelik kepada wanita yang mengaku dia berbangsa Korea tetapi tidak menggunakan
bahasa Korea dengannya walaupun sudah mengetahui status kewarganegaraannya .
" Uee, hurry
up! We're late!"
Wanita Caucasian itu
melambai-lambai tangan ke arah Uee.
" Where are you
going, Mr. Hyungsik?"
" Kema
Sakuranomiya Park."
" Mind to join
us? As a reward for finding my card..We are going there too.."
" I am glad too
but.."
" Let's go ,Mr
. Hyungsik."
Uee menarik tangan
Hyungsik .Hyungsik tak terkata apa-apa . Tanpa disedari , dia turut menyertai
rombongan dari Austria itu . Wanita Caucasian tadi merupakan ketua rombongan
yang seramai 15 orang itu . Miss Allen.
Sepanjang perjalanan ke
sana , fokus Uee lebih banyak ke arah permandangan di luar . Sesekali dia
berbual-bual dengan Hyungsik. Serba sedikit Hyungsik maklum penyebab kepada Uee
lebih senang berbahasa Inggeris . Uee lahir di Austria dan membesar di sana .
Satu-satunya orang yang mengajarnya bertutur dalam bahasa Korea Cuma ommanya
walaupun mereka lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris tak bermakna Uee tidak
faham langsung apabila Hyungsik berbual-bual dengannya .
Bas persiaran itu
berhenti di tempat meletak kenderaan yang kebetulan kosong .Ahli rombongan
segera menapak keluar mengikuti Miss Allen .
" Thank you for
letting me rode on your bus.."
" It's fine ,
Mr . Hyungsik . So, do you want to join us or we will have a separate
way?"
" Ahh, thank
you ,but I guess I will my way ..by the way, thank you again.."
" My
pleasure..hope you will have a nice day today."
" You too,Miss
Allen ."
Hyungsik menoleh ke
arah Uee di sebelahnya .
" Jumpa
lagi."
" Okay ."
Uee melambai-lambai ke arah
Hyungsik yang mula menjauh . Setelah Miss Allen memberikan sedikit penerangan,
Miss Allen membenarkan mereka melakukan aktiviti mereka sendiri . Tidak seperti
kebiasaannya di mana Miss Allen akan membawa mereka melawat dari tempat ke
tempat sambil memberikan taklimat yang panjang berjela . Mereka diberi masa 4
jam sebelum kembali berkumpul di bas persiaran mereka.
Pokok-pokok bunga sakura yang
sedang lebat merimbun itu menarik perhatian Uee. Kehadiran pengunjung yang
tidak seramai pada hari minggu membolehkan dia menikmati perjalanan di taman
sakura itu tanpa perlu bersesak-sesak . Satu demi satu gambar diambil . Bunga
lima kelopak yang berwarna merah jambu itu kini menjadi tajuk utama memori
kamera Uee . Uee mengukir senyum tanpa disedari. Kamera digital Samsung itu
dibiarkan bergantungan di pergelangan tangan seketika . Hanami .
Pesta Melihat Bunga atau
Hanami bermula dalam Tempoh Heian (794-1911),iaitu apabila orang-orang Jepun
mengikuti banyak amalan dari China, antaranya fenomena sosial pesta melihat
bunga, di mana keluarga Maharaja, penyajak-penyajak, penyanyi-penyanyi, dan
bangsawan-bangsawan yang lain akan berkumpul dan berpesta di bawah bunga
sakura. Pesta pertama yang pernah direkodkan berlangsung di Taman Shinsen-en
Kyoto pada tahun 812.
Lama Uee berdiri di laluan
pejalan kaki sambil menikmati keindahan alam yang sedang berlaku . Keindahan
yang seketika kerana sakura hanya bertahan selama dua minggu . Kecantikkan yang
sementara . Uee memejamkan mata .
" Uee?"
Uee membuka kelopak mata
apabila mendengar namanya dipanggil . Dia menoleh ke arah suara itu . Dia
tersenyum apabila mendapati Hyungsik berdiri betul-betul di hadapannya .
" Saya ingat
awak dengan rombongan tadi."
" Oh, aktiviti
bebas . Miss Allen bagi 4 jam ."
" Jom..tengok
bunga sorang-sorang tak seronok ."
Uee ketawa terhadap
kenyataan yang baru dituturkan oleh Hyungsik . Memang dia mengakui ,menonton
bunga yang indah bertaburan secara bersendirian amat membosankan memandangkan
kebanyakkan pengunjung yang hadir semuanya berpasangan , berkumpulan atau
bersama keluarga . Pelawaan Hyungsik disambut baik .
Mereka menelusuri laluan
pejalan kaki yang agak lengang . Kelopak bunga-bunga sakura yang berwarna merah
jambu mahupun putih yang lebat itu saling berguguran ke tanah apabila ditiup
angin . Gugur seperti salji . Uee asyik merakam gambar . Hyungsik juga
melakukan perkara yang sama . Tapi entah mengapa dia lebih tertarik untuk
mengabadikan keterujaan Uee melihat sakura berbanding dengan tujuan asal dia ke
Kema Sakuranomiya Park . Niatnya tersimpang jauh .
" Hyungsik-shi,
apa kata awak ambil gambar saya yang sedang ambil gambar awak?"
Hyungsik spontan
mengangkat kening .
"
Oh,okay."
Click! Uee tersenyum
sendirian . Dia menghampiri Hyungsik . Memulangkan kembali DSLR Hyungsik.
" Dah berapa
banyak gambar saya yang awak ambil?"
" Hah?
Sa-saya.."
" Jom ambil
gambar sama-sama . Nanti boleh buat kenang-kenangan."
DSLR Hyungsik bertukar tangan
. Dia hanya mengikut kata Uee .
" Seronok jumpa
awak,Hyungsik-shi."
" Aha, saya pun
. Seronok kenal awak , Uee."
Uee mengerling jam
dipergelangan tangan . Tinggal 1 jam lagi . Matahari hampir terbenam
menambahkan lagi keindahan di taman itu . Uee menarik tangan Hyungsik
menelusuri jambatan kayu itu . Berdetak-detak bunyi derapan terhasil dari
tujahan kasut ke lantai kayu itu . Berlari antara celahan orang ramai semata
mahu mendapatkan tempat yang strategik untuk melihat matahari terbenam bukan
sesuatu yang akan dilakukan oleh Hyungsik untuk seumur hidupnya namun kalinya
dia turutkan sahaja langkah Uee .Kelopak bunga-bunga sakura itu bertebaran
dibawa angin mengiringi langkah mereka yang terhenti di tengah-tengah jambatan
kayu itu. Senyuman Uee tatkala memandang jauh ke kaki langit yang mulai jingga
itu segera dirakam . Dan segalanya berlaku secara spontan .
You meet thousands of people,
And none of them really touch
you.
And then you meet one person
And you life is changed ,
forever.
Hyungsik melonggarkan tie yang sedang
menjerut leher . Ruangan galeri seni yang hampir penuh dengan lukisan itu
dipandang kosong . Banyak daripada hasil seni itu merupakan dari hasil kerja
tangannya sendiri . Hasil kerja tangannya yang menjadi hobi . Sekadar hobi di
waktu lapang yang amat sukar diperolehi . Kelopak mata dipejam . Badan disandar
lesu ke sandar belakang sofa.
Nota kecil itu dibaca untuk kesekian kalinya .
Pendrive putih itu kembali dikeluarkan dari kocek jeans . Dia terduduk di sofa
lobi Taeyang Hotel. Ruang legar yang lengang itu terasa amat sepi untuk
seketika.
' Sorry I have to leave for Austria earlier . My
mother was involved in an accident . She'd been hospitalized . Thank you for
everything , Hyungsik. It was nice ,to meet you.And I wish to meet you, again.'
p/s: I had copied all the pictures in my camera . So
unlucky me for not be able to copy yours.
-Uee
Kelopak mata yang terpejam tadi
kembali terbuka . Telapak tangan dibawa ke muka , diraup perlahan.Hyungsik
memandang ke arah orang yang menepuk bahunya tadi. Hong Jonghyun. Sahabat
baiknya sejak dari kecil yang sudah seperti abangnya sendiri walaupun pada
hakikatnya mereka sebaya . Jonghyun juga merupakan rakan kongsinya dalam usaha
melancarkan galeri seni ini dalam masa 2 bulan lagi .
" Kau okay tak
ni?"
Ibu jari diangkat . Badan
ditegakkan membetulkan kedudukan . Jonghyun mengambil tempat di sofa
bertentangan dengannya di ruangan legar itu.
" I should
forget her .."
"
Seriously?"
Hyungsik mengangguk .
" Dia , macam
mimpi. Mimpi paling indah di musim bunga ."
" Kau nak give
up macam tu je? Lepas berpuluh kanvas kosong kau lakar gambar dia?"
" Habis kau nak
aku buat apa? I couldn't fly over neither Austria nor abroad , for a year,bro!
Dan mungkin, kalau aku pergi cari dia balik, mungkin dah terlalu lambat
.."
Jonghyun tergamam dengan kata-kata
Hyungsik . Dia lupa . Dia lupa bahawa Hyungsik pernah berkejaran ke Austria
bersama setiausahanya dengan penerbangan terakhir dari Jepun . Hari yang dia
sepatutnya tiba di Incheon International Airport , dijemput oleh penjaga rumah
yang sudah berkhidmat dengan keluarganya sudah lebih 5 dekad , sebaliknya dia
tiba di Vienna International Airport . Dan kemarahan Tuan Park , bapa Hyungsik
, pada hari itu merupakan sesuatu yang Jonghyun mahu lupakan . Pak cik yang
paling peramah dan baik hati yang dia kenal sejak kecil itu hilang sama sekali
pada hari itu . Hari Hyungsik sepatutnya hadir untuk merasmikan pembukaan hotel
Taeyang yang baru di Busan .
Untuk
kesekian kalinya , Hyungsik mengeluh . Dia buntu . Dari mana harus dia mula
mencari Uee? Datang ke Austria dengan melulu tanpa sebarang persediaan
merupakan tindakan paling bodoh yang pernah dia lakukan seumur hidup . Encik
Kim yang sedang tergolek tidur di dalam sleeping bag di kaki lima balai
ketibaan itu dipandang kosong . Rasa bersalah mula menyerbu hati . Tak
sepatutnya dia heret Encik Kim bersama .
Vienna yang sejuk . Vienna yang dingin . Kepala didongak ke luar tingkap
kaca memandang langit mendung. Kelam . Hitam . Gelap . Titik-titik jernih dari
langit itu mula membasahi kawasan luar lapangan terbang itu . Udara sejuk dari
air-cond mula mencekam tulang belulang . Jari-jemari terasa membeku .Nota kecil
dari Uee itu dibaca berulang kali . Masih mengharapkan sebarang petunjuk yang
tak mungkin ada. Hyungsik merapatkan kaki ke badan , kedua tangan dibawa
memeluk badan lalu kepala ditundukkan ke bawah menghadap kelam. Pipi mula
terasa hangat apabila juraian jernih itu akhirnya jatuh ke bumi. Mungkin bukan
takdirnya dengan Uee. Bukan di Jepun . Bukan juga di bumi Austria.
Uee hanya singgah dalam hidupnya ,seperti sakura yang kembang sekejap,
pada sesiapa yang leka, keindahan bunga lima kelopak itu bukan untuknya. Dan
manusia Cuma akan kembali mencari apabila sesuatu itu hilang . Mula menghargai
bila dah tak ada di sisi. Mula menyayangi bila dah tak ada lagi. Sering merayu
agar diberi peluang kedua, dan berjanji akan menjadikannya segalanya lebih
baik. Tapi, lupakah manusia pada hakikat hidup, masa yang berlalu tak mungkin
akan kembali?
Dan sekembalinya ke tanah Korea Selatan pada keesokkan hari, dia terus
dibawa pulang bersama pengawal-pengawal peribadi bapanya , diiringi terus ke
rumah . Dia Cuma mengikut tanpa melawan atau mengeluarkan sebarang kata-kata .
Berkali bapanya bertanyakan sebab dia ke Austria tapi dia cuba menyepi kata .
Marah bapanya tak lama tetapi sebagai amaran , Hyungsik tidak dibenarkan ke
luar negara selama setahun mulai hari itu . Dan Hyungsik menerima tanpa sebarang
bantahan . Melangkah longlai keluar dari bilik bacaan bapanya setelah menunduk
hormat dan meminta maaf . Hyungsik jarang menerima arahan tanpa bantahan tetapi
kali ini dia meninggalkan bapanya terkaku dengan tindakannya .
Blossoms are scattered by the
winds
And the wind cares nothing
But the blossoms of the heart
No wind can touch
Jonghyun meletakkan kopi panas yang
baru dibelinya di kedai kopi seberang jalan di atas meja kayu yang bersepah
dengan peralatan melukis Hyungsik. Mafla tebal yang melingkari leher disangkut
di sandar kerusi. Kot tebalnya juga diletakkan di tempat yang sama . Suhu
diluar mungkin sudah jatuh ke bawah paras beku .Punggung dihenyakkan ke kerusi
kayu itu . Hyungsik yang sudah duduk bersila di lantai menghadap kanvas putih
yang hampir penuh itu dipandang kagum . Kagum dengan gambaran yang dilukis .
Kagum dengan lukisan yang seakan hidup menceritakan sesuatu .
Jambatan kayu dengan kelopak sakura
yang bertaburan . Matahari senja menjadi latar belakang . Tetapi yang menarik
perhatian Jonghyun adalah lukisan itu adalah dari sudut pandangan seorang gadis
yang menghalakan jari telujuknya ke arah matahari yang hampir terbenam di
hujung jambatan kayu . Gadis yang menjadi karekter utama di dalam 8 kanvas lain
yang sudah siap di susun di lantai studio lukisannya . Lukisan dari sudut
pandangannya tanpa mendedahkan wajahnya yang sebenar . Dan Jonghyun tahu, gadis
itu ialah Uee.
" Kenapa kau
tak lukis full? Nak jugak aku tengok rupa dia .."
iPad putih Hyungsik di meja kayu
itu ditarik. Folder pictures yang sudah sedia terbuka itu di scroll.
" Karang kau
tersuka pulak . Susah aku ."
" Ha. Ha.
"
Jari Jonghyun terhenti pada satu
gambar. Riak wajahnya berubah . Hyungsik bangun mendekati meja . Kopi yang
masih hangat itu dicapai .
" Ni,
kau?"
Gambar Hyungsik yang memakai
tshirt kuning cair sambil menggalas beg sandang . Hyungsik yang tersenyum malu
membawa tangan kiri menutupi separuh wajah sambil tangan kanannya memegang
kamera kecil itu dihalakan ke arah tuan empunya badan yang masih meneguk kopi .
" Dah sah-sah
tu aku . Kau tanya ni kenapa ?"
" Saja . "
" Pelik ."
Hyungsik kembali menyambung
sila di lantai .
" Aku nak kau
lukis gambar ni . Untuk kanvas kau yang terakhir."
Gambar Uee yang tersenyum manis
dengan posisi yang sama seperti Hyungsik tadi dihala ke arah Hyungsik yang
sudah berkerut dahi .
" Ask me later
but , please, draw it?"
If someone who has left doesn’t come, wait a little
longer
To have loved more is not
something to be embarrassed about
To have loved longer is not
something to be ashamed either.
Uee menolak daun
tingkap yang menghadap ke tasik .Penghujung musim panas. Dedaunan hijau di kaki
gunung mula bertukar jingga . Monokromatik . Lama Uee berdiri di tepi tingkap .
Menghirup udara segar dari tasik . Rumahnya sunyi tanpa suara ibunya . Sepi .
" I left him and rushed to you , but mom, you
left me too ."
Dia melangkah menyambung
pekerjaan yang terbengkalai . Ruang tamu rumah kini sudah bertukar menjadi
studio seni . Pandangan mata jatuh pada
kanvas sebesar satu depa yang hampir penuh dengan cat warna itu . Park Hyungsik
.
" And now, I am
all alone."
Minggu lepas, kenalan mendiang
ibunya dari Vienna datang menemuinya . Menawarkannya penyertaan dalam acara
lelongan antarabangsa yang akan berlangsung pada musim luruh akan datang .
Sewaktu mendiang ibunya masih hidup, ibunya aktif dalam menyumbang barangan
kepada persatuan lelongan itu .
" I don’t know
what to give you,madam . I'm not used to this kind of events."
" Oh dear..how
unlucky me. "
" Sorry
.."
" Why don't you
sell us , one of your drawing?We'll going to put a good price for you
perhaps..If you're willing too.."
Dan akhirnya dia di sini .
Menghabiskan hari-hari menyiapkan lukisan oil painting untuk acara lelongan itu
. Dengan berbekalkan sekeping imej Hyungsik yang terdapat dalam kamera
digitalnya, dia mula melakar , melukis wajah Hyungsik . Dia juga tidak tahu
kenapa Hyungsik yang dilukisnya . Seseorang yang hadir bagaikan mimpi di musim
bunga . Mimpi yang paling indah dalam hidupnya .
Mungkin sudah tiba masanya untuk
dia teruskan hidup tanpa memikirkan pertemuannya dengan Hyungsik . Sering kali
dia bertanya pada diri, mengapa Tuhan hadirkan Hyungsik dalam hidupnya kalau
pada akhirnya dia yang akan merindui pertemuan mereka setengah mati? Mana dia
mahu jejaki Hyungsik ?
Berus lukisan yang dipegang
terlepas ke lantai . Uee tersentak . Anak matanya mula mencari wajah Hyungsik .
Sungguh dia rindu . Rindu pada segalanya yang berlaku di Osaka pada musim bunga
yang lalu . Rindu pada Hyungsik.
Kedua-dua telapak tangan dibawa
meraup wajah . Kelopak mata yang sedang bergenang itu diseka dengan jari . Dia
tak boleh cengeng . Andai kata ada orang yang berminat untuk membeli lukisan
itu, dia akan mula belajar untuk melupakan Hyungsik . Sama seperti lukisan yang
akan pergi kepada pemilik baru, dia akan lepaskan Hyungsik . Mungkin perkenalan
dengan Hyungsik hanyalah sekadar kebetulan yang diatur Tuhan . Dia tak tahu .
Someone once said, earnest
desire creates connections, and only memories will bring those moments to life.
Dia membetulkan kedudukan
beanie benang bulu yang tersarung senget di kepala. Sesudah kaki menjejak lantai marmar di Vienna International Airport
, dia segera mendapatkan teksi untuk ke stesen kereta api menuju ke Hallstatt.
Berbekalkan alamat kediaman Uee yang dia perolehi dari penganjur acara lelongan
antarabangsa itu, Jonghyun nekad untuk menemui Uee sendiri . Andai kata si
Hyungsik tak dapat pergi, biar dia yang bawakan Uee untuk Hyungsik.
Dari luar tren kereta api,
padang rumput yang menghijau langsung tak kelihatan . Segalanya diselaputi
dengan snowflakes yang turun dengan lebatnya semalam . Sekurang-kurangnya itu
yang diberitahu oleh mak cik penjual makanan yang baru berlalu tadi.
Pemergiannya ke Austria tidak
diketahui oleh Hyungsik. Dia hanya memaklumkan kepada Hyungsik bahawa ada
urusan keluarga yang harus diselesaikan .
" Cepat balik. "
" Oraet bos!"
Pemandangan Hallstatt yang
memutih cukup untuk membuatkan Jonghyun leka untuk seketika . Hallstatt tidak
sedingin Vienna yang menyambut kehadirannya di bumi Austria itu . Hallstatt
yang indah . Hallstatt yang menenangkan . A warm welcoming in a cold weather.
Salji yang menutupi dedaunan pepohon yang berdiri sederet di tepi rel segera
dirakam di dalam kamera digitalnya .
Tren itu berhenti di
satu-satunya stesen di pekan Hallstatt . Porter-porter membantu
penumpang-penumpang yang baru turun dari koc untuk mengambil bagasi-bagasi
mereka . Stesen yang berasaskan kayu yang penuh dengan aktiviti manusia .
Jonghyun mengemaskan sandang beg galasnya . Kot tebal yang senget dibetulkan
kedudukan . Dia menarik nafas. Menghirup udara sejuk di Hallstatt . Dia segera
menapakkan kaki ke kaunter pertanyaan . Mencari rumah tumpangan untuk
travellers sepertinya .
Kebanyakkan lampu dari kedai
mulai bergelap . Jam menghampiri jam 10 malam . Uee merupakan orang yang
terakhir yang meninggalkan kafe . Dia membenarkan para pekerjanya pulang lebih
awal memandangkan hari semakin sejuk . Ramalan cuaca mengatakan bahawa salji
akan turun dengan lebih tebal pada tahun ini . Walaupun Hallstatt sering
mencatatkan kehadiran pelancong yang semakin meningkat pada setiap musim panas,
nyata kehadiran para pelancong pada musim sejuk tidaklah seramai mana . Mungkin
tidak tahan dengan suhu yang mampu membuatkan air di dalam gelas membeku tanpa
perlu memasukkannya di dalam freezer.
Uee berhenti sejenak di
laluan pejalan kaki . Anak matanya terpaku pada simbahan cahaya dari
lampu-lampu yang terpasang di laluan
tapak gajah . Mungkin majlis daerah baru memasangnya hari ini . Snowflakes yang
berguguran dari langit disimbahi oleh cahaya merah jambu dari lampu di laluan
pejalan mengembalikan memori Uee pada kelopak sakura yang berguguran di Osaka
dahulu . Uee segera berlalu . Dia tidak mahu berlama-lama di situ . Tidak mahu
tenggelam dalam kenangan lalu . Kenangan lalu dan Hyungsik .
Move on , Uee. Move on.
We keep this love in a
photograph
We made these memories for
ourselves
Where our eyes are never
closing
Hearts are never broken
Times forever frozen still
Cawan yang bersaiz kecil untuk Espresso
dicapai dari rak . Pengunjung kafe yang seorang dua . Uee duduk sejenak di tepi
tingkap kafe sambil menunggu Espresso siap dituang dari mesin ke dalam cawan .
Salji sudah berhenti gugur . Yang tinggal Cuma pemandangan yang memutih .
Dari luar tingkap , tasik yang
beralun tenang di sapa angin pagi itu menarik perhatiannya . Hallstatt yang
dikelilingi oleh gunung-ganang yang sentiasa memutih di puncaknya umpama sebuah
dunia yang tersorok dari arus pemodenan di bahagian Austria yang lain . Pekan
kecil Hallstatt wujud di sekeliling tasik yang sentiasa membiru dan kilauannya
bertambah indah apabila musim panas tiba . Umpama sebuah lembah yang hanya
wujud di dalam cerita-cerita dongeng . Mungkin kerana itu Uee betah tinggal di
sini . Walaupun dia keseorangan tanpa sesiapa . Kerana di sini wujud kenangan
bersama ibu dan bapanya sewaktu dahulu .
Kring! Bergemercing loceng di atas
pintu kafe apabila pintu ditolak dari luar . Seorang lelaki bersama beg sandang
belakang melangkah masuk . Uee segera menyambut kehadirannya di kaunter .
Lelaki itu segera melabuhkan punggung di kerusi tinggi di hadapan bar kaunter
itu .
" Welcome , sir
. How can I help you ?"
" An espresso
can do, please?"
" Sure . "
Uee kembali menekan punat-punat kecil
di mesin pembuat kopi itu . Lelaki itu asyik memerhati langkahnya yang lincah
mengendalikan mesin itu . Sekejap sahaja, secawan kecil espresso siap terhidang
di hadapan pengunjung kafe itu . Aromanya segera menyergah deria bau .
"The espresso
should be bitter, but not too bitter . It should be rich, but not too rich . At
most of the time, it's taste surely depend on that person taste buds."
Uee menanggkat kening . Lelaki itu
tersenyum kepadanya .
" Miss Uee, I
am Hong Jonghyun. I came to meet you."
Dua keping tiket yang baru
diletakkan di atas meja kayu oak kecil itu dipandang dengan pelbagai soalan
yang tak terlontarkan suara . Memandang ira-ira kayu nyata lebih indah daripada
pandangan difokuskan kepada orang yang berada dihadapannya .
Hong Jonghyun datang mencarinya
hingga ke Austria . Di lembah yang
tersorok di Hallstatt . Sesuatu yang tak pernah terjangka olehnya .
" Kenapa awak
yang berada di sini , Encik Jonghyun?"
" Sebab
Hyungsik tak boleh . "
Bodoh punya soalan , Uee . Kan dah kena balik.
" Kenapa baru
sekarang ?"
" May be the
Heaven only send me now . Lepas penat
tengok awak berdua , sorang tak boleh tinggalkan negara, sorang tak keluar
mencari."
" Apa maksud
awak?"
" He did came
to find you but he couldn't find you.
Dengan nota yang awak tinggalkan tu, dari manalah sangat dia nak mula mencari
."
" But he
did?"
" Yes. Dan
sekarang, it's up to you nak jumpa dia ke tidak . Tarikh tiket airlines tu open
dan tiket satu lagi tu, our gallery opening . And he's totally has no idea
about this . Kalau awak nak tahu kenapa baru sekarang, you should attend to the
gallery opening . "
" Kenapa awak
pasti yang saya akan pergi ?"
Jonghyun mengerling jam
dipergelangan tangan . Sudah hampir pukul 3 petang . Bas terakhir akan singgah
untuk membawa pengunjung keluar dari Hallstatt ke Salzburg .
" Sorry Uee,
the bus is coming . "
Dia mencapai kot tebal dan beg
sandangnya .
" Yang awak
tanya tadi, mungkin sebab awak tak pernah lupa padanya . "
Uee terkedu . Siapa lelaki ini
yang boleh membaca perasaannya . Lelaki yang sudah berlalu pergi , yang sedang
berkejaran ke perhentian bas di hujung jalan . Business card yang baru
ditinggalkan oleh Jonghyun dibaca . Dua baris ayat yang terrtulis di bahagian
belakang kad itu berjaya mengukir segaris senyuman di bibir Uee.
' Tell him about the beauty of Hallstatt too. I am
getting sick of too much ofcherry blossoms stories and saves me from hating the
winter,please?'
The scariest thing about
distance is you don’t know whether
they'll miss you or forget about you
Hiruk-pikuk manusia yang lalu
lalang itu langsung tidak diendahkannya . Harapnya keputusan yang sudah dibuat
tidak akan menyebabkan dia menyesal di kemudian hari . Uee kembali menatap
skrin telefon yang dari tadi digengam erat di telapak tangan . Dia baru sahaja
selesai memberi kata putus kepada Jonghyun .
Uee, you're not going to regret . All or nothing .
Bagasi ditarik melepasi balai
ketibaan setelah suara dari interkom memaklumkan panggilan masuk kepada
penumpang pesawat yang akan berangkat ke Seoul dalam masa setengah jam lagi .
This is it . Dah tak ada patah balik .
Your words means nothing when
your actions are completely opposite
Lama dia berdiri menatap kanvas-kanvas yang
siap terlukis . Tunggu untuk digantung di dinding sahaja lagi. Tanpa disedari,
jarinya menyentuh satu-satunya kanvas yang terlukis wajah Uee. Raut wajah Uee
yang tersenyum riang seperti di dalam gambar yang tersimpan di dalam memori
kameranya sedikit sebanyak mengusik hatinya . Dari jauh, Jonghyun yang sedari
tadi memerhati setiap tingkah laku Hyungsik sekadar menggeleng kepala . Langkah
diatur menghampiri Hyungsik .
" Aku ada 2
hadiah untuk kau . "
" Huh?"
Hyungsik menoleh sambil mengangkat
kening .
" Ikut
aku."
" Kau dapat
mimpi apa ni?"
" Mimpi musim
bunga waktu musim sejuk ."
Hyungsik mengekori langkah
Jonghyun . Entah apa yang Jonghyun mahu berikan kepadanya . Dan Jonghyun
menghentikan langkah betul-betul di hadapan ruang legar utama . Jonghyun
menolaknya masuk . Tanpa diberi sebarang arahan , bola matanya menjatuhkan
pandangan ke arah kanvas yang bersaiz lebih kurang sedepa itu . Wajahnya . Di
Osaka . Wajah yang sama yang dirakam Uee . Jonghyun menepuk perlahan bahu
Hyungsik dan melangkah keluar dari ruang
legar itu . Meninggalkan sedikit ruang untuk Hyungsik mencerna imej yang
tergantung di dinding ruang legar itu .
" Don't give up upon her, bro."
“We’re so busy thinking about
our own bruises, our own scars, we forget how to forgive. But if we just take
the time to peek into someone else’s world, even the unforgivable can be
forgiven.”
Langkah kakinya laju cuba
menyaingi langkah kaki setiausaha Jonghyun yang datang menyambut ketibaan di
lapangan terbang malam tadi . Serba salah mula menyelubungi hati kepada orang
yang baru dikenalinya itu . Setiausaha Jonghyun itu memperkenalkan diri sebagai
Yura . Yura amat peramah menceritakan sedikit sebanyak tentang Korea . Berkali
juga dia meminta maaf kerana menyusahkan Yura tetapi Yura hanya tersenyum manis
dan mengatakan itu merupakan sebahagian daripada tugasnya .
Kereta yang dipandu Yura itu
meluncur laju ke perkarangan hotel. Setelah selesai menguruskan urusan
pendaftaran masuk Uee ke hotel itu, Yura segera meminta diri .
" Jumpa esok ,
cik Uee. "
" Oh , terima
kasih. Untuk semuanya."
" Tak ada
apa-apa lah."
Uee kembali ke bilik hotelnya .
Badan langsung direbahkan ke katil bersaiz queen itu . Kelopak mata cuba
dipejamkan . Dia langsung tak ada memori lain yang tercipta bersama Hyungsik
selain dari musim bunga di Osaka tahun lalu . Tapi kenapa dia rasa terlalu
attach to that memories? Bukan seorang stranger yang dia pernah jumpa sepanjang
percutiannya ke negara-negara lain . Ramai . Tak terkira . Tapi kenapa dia rasa
perkenalan mereka yang sehari Cuma itu amat dekat di hati ? Dan mengapa dia
nekad untuk menjejaki Hyungsik yang entah ingat entah lupa akan kewujudannya ?
Mungkin dia terlalu mengharap . Mungkin Jonghyun salah faham dengan musim bunga
Hyungsik . Mungkin dia yang terlalu cepat percaya pada orang .
Tiket ke perasmian galeri seni
pada esok hari dibaca berulang kali . Kenapa ke galeri seni? Ada apa di sana?
Dan tiket itu kemudiannya
dimasukkan kembali ke dalam tas tangannya . Tak payah nak fikir banyak . Dah
sampai ke Korea dah pun . Tidur lagi bagus .
Sejak keluar dari lif tadi,
dia asyik memerhati kehalusan seni bina di ruang legar utama Taeyang Hotel ,
tempat dia bermalam . Hotel 5 bintang . Memang lah . Kalau dia sendiri yang
check-in lepas tiba di Seoul semalam, memang kakinya takkan jejak ke sini .
Mana mampu . Dan kalau bukan kerana dia terbaca pamphlet di meja receptionist
tadi, tak mungkin juga tapak tangannya berpeluh sekarang bila teringat balik wajah Hong Jonghyun yang
terpampang di atas jawatan COO Taeyang Hotel yang mempunyai rangkaian di
seluruh dunia . Dan dia tidak pernah bertanyakan Jonghyun sebab Hyungsik tidak
boleh meninggalkan Korea Selatan .
Pamphlet dilipat dan dimasukkan ke
dalam tas tangan kecilnya . Too much information to load. And enough . Dia dah
tak nak tahu lagi . Jangan ditanya tentang Hyungsik . Dia takut akan realiti
yang akan dihadapi . Sebab ni bukan cerita novel . Asal lelaki kaya, mesti
jumpa dan jatuh cinta dengan perempuan biasa kemudian dapat tentangan keluarga
, konflik itu ini dan akhirnya happy ending . Cliché .
Langkah diatur lambat mendapatkan
Yura yang sedang melambaikan tangan di hadapan entrance . Badan dibolos ke
dalam kereta . Hand-brake dijatuhkan dan stereng dipulas menghala ke jalan
utama . Uee masih cuba mempertimbangkan keputusannya . Masih belum terlambat .
" Yura, saya
tak nak teruskan . "
Serta-merta kaki Yura menekan
brake . Wanita itu memusingkan badan menghadap Uee.
" Kenapa?"
" We're not
more than just a stranger to each other . "
"Uee.."
" I don't want
to be a pathetic one but this ain't a soap opera with an happy ending ."
" This is real,
Uee. Anggap sajalah kami ni your guardian angels yang tengah cuba nak bantu
korang berdua . Ya, memang dalam hidup ni, tak semua akan berakhir dengan
penamat yang mengembirakan tapi kadang-kadang, it's not about the happy ending,
it's about the story . Awak baca buku cerita, sampai habis sebab awak nak tahu
penamatnya tapi kalau awak berhenti
separuh buku, awak takkan tahu ending dia macam mana ."
Anak mata Uee di cari . Telapak
tangan Uee diraih dan digengam erat .
" Mungkin lah ,
awak boleh skip baca dan terus ke bahagian penamat , tapi hidup ni tak ada skip
. Awak kena get through it , baru awak tahu penamatnya macam mana . Dan saya
pasti , ada sebab awak ke sini . Have courage and be brave ,Uee."
" Yura,
sorry."
" It’s
okay."
Kelopak matanya terasa panas .
Yura indeed a stranger to her yet still kind to her.
" Don't ruin
your make-up. We are going towards your own happy ending."
Seloroh Yura. Tapi dia ikhlas .
In the cherry blossom's
shade, there is no such thing as a stranger.
Pada sesiapa yang melangkah masuk ke ruang
legar utama di galeri seni itu pasti terasa seperti sedang menghadiri festival
sakura . Kanvas-kanvas yang hampir sedepa panjang disusun sederet umpama urutan
cerita . Kelopak bunga sakura yang bertaburan , yang ditiup angin , yang statik
tak bergerak , segalanya dilukis dengan terperinci . Ada yang sedar perspektif
pandangan yang dilukis namun masing-masing seolah-olah cuba menyelami dan
memahami cerita yang ingin disampaikan di sebalik kanvas itu . Dan apabila
masing-masing tiba di penghujung , mereka mengukir senyum . Faham akan cerita
itu . Terpegun akan dua buah kanvas yang sama besar sama saiz yang digantung
saling bertentangan antara satu sama lain.
Uee melangkah masuk sambil
diiringi oleh Yura. Semuanya asing baginya . Dia suka melukis tapi dia bukan
seorang yang suka melawat pameran lukisan . Dia bukan peminat pada lukisan
abstrak yang tak sukar dicerna mesejnya . Tapi dia suka pada lukisan yang
bercerita .
" Yura, I have
no idea about this things. I am not an artist."
Yura mencarik segaris senyum .
Dia sendiri tak tahu apa yang ada dalam kepala dua orang ketua teratasnya itu.
Mulanya dia juga tak faham kenapa Jonghyun sanggup berhabis ribuan Euro
semata-mata untuk membida sebuah kanvas di acara lelongan di Vienna dulu tapi
rasanya sekarang, dia dah faham .
" Jom, ada satu
bahagian lagi . Senbonzakura."
Uee angkat kening .
" A Thousand of
Cherry Blossoms."
Dia melangkah seiring dengan
Yura . Pandangannya jatuh pada kanvas pertama . Seolah-olah memori lama sedang
kembali kepadanya . Yura langsung dilupakan . Kanvas demi kanvas dijejakinya .
Musim bunga.
Kema Sakuranomiya
Park .
Sakura.
Osaka.
Sunset.
Park Hyungsik .
Ya. Kanvas yang ditandatangani
olehnya pada hujung sudut . Yang dilelong di Vienna dulu . Yang dilepas pergi .
Yang kembali . Yang dipandangnya sekarang .
Tas tangannya terlepas ke lantai
apabila anak mata jatuh pada kanvas yang terlukis dengan potretnya . Kedua
telapak tangan dibawa katup ke mulut . Pipi mula memerah .Kelopak matanya
terasa panas . Seolah-olah dia telah kembali ke musim bunga yang dia anggap
seperti mimpi. Dan di hadapan kanvas itu , berdirinya seorang yang dia tak
pernah sangka akan bertemu kembali . Yang masih membelakanginya . Yang masih
tidak menyedari kehadirannya .
" Park
Hyungsik?"
Dan lelaki itu memusingkan
badan . Yang bersusah payah mengemaskan kaki ke lantai . Yang semakin cepat
langkahnya mendapatkan dia yang berdiri statik di situ .
If you love and miss that
person, then love can come again when you meet again. Just like playing hide
and seek, no matter where it hides or even if you can't see it, it must be
waiting for you at some place . Amid the countless chaos just like sincere prayers of love ,the people who are
in love, will surely meet again.
No comments:
Post a Comment