I'm back ! LOL
Memandangkan aku dah nak start intern pada bulan Ogos ni , aku nak cerita sedikit sebanyak pasal Kolej Jasmine yang merupakan satu-satunya kolej di UiTM Kampus Puncak Perdana. Mana tahu in case ada junior(s) nak daftar masuk bulan 9 ni tapi tak tahu satu apa pun pasal kolej kediaman nan satu ini, aku volunteer diri untuk bercerita. Ye laaa kita dulu pun google juga tak tahu satu apa pun. Tu pun kalau ada yang baca post kita .
Kolej Jasmine
Kolej Kediaman Jasmine Kampus Puncak Perdana dibuka pada 12 April 2004 . Ia mempunyai 5 blok kediaman yang terletak di tengah-tengah Kampus Satelit UiTM Puncak Perdana, Seksyen U10, Shah Alam. Kolej ini menyediakan penempatan untuk pelajar-pelajar dari 2 buah fakulti iaitu Fakulti Pengurusan Maklumat & Fakulti Filem Teater & Animasi.
Peta Lokasi
Kolej Kediaman Jasmine UiTM Puncak Perdana terletak di tepi jalan antara Bukit Jelutong dan Bandar Baru Puncak Alam. Ia merupakan kawasan kedamaian penempatan baru bagi Shah Alam dimana dikelilingi taman perumahan, bukit-bukau, tasik-tasik dan hutan-hutan dan belukar yang sungguh indah. Antara taman perumahan baru yang mengelilinginya ialah Cahaya SPK, Alam Budiman, Sandaran Permai, Nusa Ru, Puncak Perdana Heights, Alam Suria dan Kayangan Heights. Ia juga berjiran dengan Apartment Resak.
(sila open in a new tab untuk enlarge)
sumber : Kolej Jasmine
Seperti yang dimaklumkan di atas, kolej Jasmine mempunya 5 blok kediaman iaitu J1, J2, J3, J4, J5. Setiap blok ini mempunya 5 laman iaitu Laman A, B , C, D dan E.
Penempatan pelajar :
J1 (Laman A,B,C,D,E) : Lelaki
J2 (Laman A,B,C,D,E) : Perempuan (Diploma FiTA)
J3 & J4 (Laman A,B,C,D,E) : Perempuan (Degree IM &FiTA)
J5 (Laman E ) : Perempuan
J5 (Laman A,B,C,D ) : Lelaki
J5(Laman A,B,C,D ) pada asalnya menempatkan pelajar perempuan namun pada kemasukan March 2018, laman-laman tersebut telah menempatkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan ditempatkan di Laman D J5.
Keratan rentas laman di setiap blok
Setiap blok ada 5 aras dan tidak mempunyai lift. ( kolej kediaman jasmine menggalakkan gaya hidup sihat!)
gitu la gambarannya..
Aku masuk dari part 1 jadi bila mula-mula sampai kat kolej ni lepas MDS di Puncak Alam, aku ditempatkan di aras 5 blok J4 Laman E rumah nombor 17. Housemates masa Part 1 & 2 masih boleh pilih member-member sendiri tapi sistem pengurusan kolej berubah masa aku Part 3. Mungkin nak lebih adil atau lebih teratur , aku tak tahu tapi para pelajar ditempatkan dengan pelajar yang sama course dan berlainan semester. Jadi dalam rumah tu ada senior dan junior. Okay la kenal lain-lain orang. Bagi aku okay je asal dapat rumah. Kalau check permohonan kolej tiba-tiba sistem tulis " Permohonan anda tidak berjaya " tak ke haru nak cari rumah sewa? Tapi tu la ada jugak la member-member yang tak puas hati tiba-tiba serumah dengan musuh ke ? haha
Sistem yang kolej tetapkan housemates kita tu sampai aku part 5 je . Masa aku part 6 (yang baru je habis ni, result pun tak keluar lagi ni matilanak ! semoga sis penulis post ini dapat first class degree ,aamin ), pihak kolej cakap para pelajar boleh tentukan housemates sendiri. Apa lagi melompat kegirangan semua orang. Aku sejenis orang yang tak kisah asal housemates aku tu berperangai macam selayaknya seorang manusia. I'm so done with the hellish experiences because of housemates during part 3 and part 5.
So, in a nutshell, aku dah pernah rasa duduk aras 2,3,5 dan tukar macam-macam rumah. Kenapa asyik tukar-tukar rumah ? bukan aku yang bermasalah tapiiii syarat kolej ni (aku tak tau la kolej lain macam mana) setiap cuti semester kena kosongkan rumah dan akan diberi rumah baru untuk next semester. Rumah baru, housemate baru.
Masa kolej yang tetapkan kita rumah mana tu, bilik mana pun dorang tetapkan so kita masuk je dan hanya ready nak bayar yuran rumah . Doa je la dapat bilik yang harga murah masa tu sebab dia randommm je bagi. Lain la masa kita yang cari housemates sendiri tu, kita boleh nego dengan housemates kita yang kita nak bilik mana ( yang harga kurang sikit tapi bersesak 4 orang 1 bilik ? yang harga lebih sikit tapi meja kat ruang tamu bilik sempit ? yang harga lebih sikit tapi meja kat dalam bilik dan lebih privasi ?)
untuk mengelakkan ke confuse an untuk hal seterusnya , aku post dulu gambar atas ni
Bayaran bilik :
Bilik 1 & 2 (Boleh rujuk gambar keratan rentas kat atas )
Harga : RM 420 (individu)
Satu bilik ni menempatkan 2 orang pelajar . bilik ni ada meja study dalam bilik. Katil double decker dan loker (Lebih privasi sebab meja dalam bilik , sesuai untuk orang-orang macam aku yang suka duduk dalam bilik, hoho)
Bilik 3 & 4
Harga : RM 420 (individu )
Satu bilik ni menempatkan 2 orang pelajar . bilik ni tak ada meja study dalam bilik. Meja study kat ruang tamu. Ada Katil double decker dan loker . (Aku rasa bilik ni laa paling tak adil sepanjang 3 tahun aku duk rotate tukar bilik ni, ye la dah la mahal lepas tu meja study kat luar, masuk untuk tidur je tak berbaloi langsung. Tapi apa boleh buat, I have been through all these kind of rooms already )
Bilik 5, 6, 7 & 8
Harga : RM 210 (individu)
Satu bilik ni menempatkan 4 orang pelajar. Bilik ni tak ada meja study dalam bilik . Meja study kat ruang tamu. Ada 2 Katil double decker dan loker. Loker tu depends ikut design rumah, kalau rumah belakang, 4 loker mungkin boleh muat dalam 1 bilik. Kalau rumah jenis tepi tu, 1 loker mungkin kena letak kat luar sebab tak muat ( kita seharusnya memberi ruang untuk insan yang bernyawa untuk duduk dalam bilik sesungguhnya ). So loker letak luar.
btw, semua bilik ada 1 SAHAJA kipas yang kecik pusing-pusing kat ceiling (tu pun kalau angin kena orang, ada juga situasi di mana angin kipas tu duk tiup debu atas loker je ) so bawak lah kipas kecik sendiri demi kesejahteraan tidur kita tambah-tambah lagi kalau yang dapat bilik 4 orang tu) jangan kata akak tak payung!
semua pembayaran yuran kolej dibuat secara online kat atm yew ( boleh google, kat ehep student portal pun ada )
Kemudahan lain :
Kafeteria : Dah lama tutup katanya nak renovate tapi sejak aku part 5 lagi katanya nak renovate tapi sampai aku habis part 6 ni tak jalan-jalan tah laa mungkin dia nak buka untuk intake baru (?) only God knows . tapi jangan risau , tepi fakulti IM ada food court atau lebih dikenali sebagai Kandang. dekat fakulti pun ada kafe so boleh beli makanan kat situ. Tepi court basketball pun ada nasi lemak. Food trucks pun ada di tepi J5 tapi sampai petang je la makanannya. Depan pagar utama kolej pun ada gerai makanan so jangan risau kalau kafeteria tutup. tutup untuk selamanya pun TAK APA sebab kita takkan kelaparan .
Klinik Gigi Jasmine : lokasi di J5 sebelah court badminton
Unit kesihatan : Lokasi di J4 berhadapan klinik gigi jasmine
Pejabat pentadbiran kolej : lokasi di J5 aras bawah (benda pertama kau jumpa bila masuk J5)
DSG : Dewan SerbaGuna yang hidup segan mati tak mahu tapi masih berbakti untuk buat macam-macam aktiviti
Akhir kata :
Selama 3 tahun aku study kat sini, tak pernah lagi aku tak dapat kolej. Mungkin nasib aku baik. Mungkin juga berkat kesungguhan aku turun tiap-tiap petang khamis (part 6 je malas sebab dah tak perlu kumpul e-kupon haha) untuk join program PMH semata nak scan student card dalam sistem je sebenarnya. Tapi ada je kawan-kawan aku yang gagal dapatkan kolej masa 1st time keluar result tu, boleh buat rayuan dan dorang berjaya dapat rumah cuma kena tunggu seminggu jugak lah. Cuma nasihat aku, rajinkan lah turun untuk join program yang kolej / ahli PMH anjurkan ( JPK masa aku part 5 & 6 tu sendu takde program apa-apa so kitorang depended 100% kat PMH ) tah la nasib batch baru masuk ni. Semoga banyak la aktiviti untuk korang dapatkan e-kupon yeee
actually, kalau sejenis orang yang tak aktif macam aku, aku join aktiviti gitu je , takde pegang jawatan apa-apa pun, just pegi aktiviti, ambil bahagian sikit, habis program scan card, done. Aku tak menggalakkan orang tak join berpersatuan , kalau berminat join la tak salah pun . ini khas untuk orang yang sangatlah tak berminat berpersatuan yeeww
dan , kalau ada yang baca post ni dan akan menjadi sebahagian daripada warga kolej kediaman jasmine , aku ucapkan SELAMAT DATANG dan belajar lah betul-betul sebab mana nak dapat kolej kediaman yang belakang nya fakulti? Jalan kaki 5 minit sampai tak payah tunggu bas. Kolej kediaman dan fakulti hanya dipisahkan oleh longkang besar. tunggu bas kalau nak keluar ke Shah Alam je ( bas 754 ).
K bai . Panjangnya post. Siapa laa baca