Thursday 15 February 2018

UiTM Puncak Perdana : Faculty of Information Management


Tadi excited nak menulis lepas tu lupa. LOL


(Post kali ini ditulis atas sebab tadi aku google, macam takde sangat info pasal fakulti aku ni so hari ni aku decide nak cerita sedikit sebanyak tentang fakulti Pengurusan Maklumat di UiTM Puncak Perdana, Jalan Pulau Indah AU10/A, Puncak Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor. Kira macam a glimpse of , gituu. Mana tahu kot ada yang ter-baca post ni , ter-minat nak apply degree, yang diterima untuk melanjutkan degree ke Puncak Perdana tapi tak tahu satu apa pun pasal fakulti ni dan juga Kolej Jasmine dalam post seterusnya...jeng jeng jeng )


Fakulti Pengurusan Maklumat

Fakulti Pengurusan Maklumat (FIM) di Kampus Puncak Perdana pada mulanya ada 4 kursus yang ditawarkan untuk Ijazah Sarjana Muda (Bachelor Degree) , masa aku masuk iaitu September 2015 (Semester 1) . Antara kursus yang ditawarkan adalah :
  1. IM244     -Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan
  2. IM245     -Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat
  3. IM246     -Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod
  4. IM247     -Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Pusat Sumber
Walaubagaimanapun, IM244  -  Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) (Pengurusan Perpustakaan) telah dipindahkan ke Kampus Rembau bermula Mac 2017. Keempat-empat kursus ini menawarkan tempoh belajar selama 3 tahun setengah ( 7 semester, semester ke-7 latihan industri) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi manakala 2 tahun setengah ( 5 semester ) untuk pelajar lepasan Diploma Pengurusan Maklumat.

Oleh kerana aku ni lepasan Matrik ( PDT , KMNS batch 2013/2015, saja nak tulis, haha), so aku mulakan perjalanan degree selama 3 tahun setengah ni dengan Semester 1. (Kalau students dari Diploma, dorang start dengan Semester 3)

Semester 1 ni para pelajar diajar subjek-subjek asas yang merangkumi semua kursus. Students dari semua course IM akan dicampur gaul dan masa ni masih takde istilah budak library, budak resource, budak rekod, budak sistem. Istilah ni wujud masa sem 2 bila students dah mula dipecahkan kelas mengikut course masing-masing. Sem 2 ni , students masih diajar subjek-subjek basic tapi more specific kepada course yang mereka pilih. 

Dan apabila dah sampai Semester 3 ,4, 5 dan 6, students wajib pilih kelas-kelas elektif dari fakulti IM sendiri sama ada dari IM244, IM245, IM246 , dan IM247. Bila dah masuk sem 3 , students juga wajib ambil subjek Bahasa ketiga . Antara bahasa ketiga yang ditawarkan di Kampus Puncak Perdana adalah :

  1. Japanese
  2. Mandarin
  3. Arabic
  4. French
  5. German / Russian ( tak sure ada lagi ke tak)

Aku ambik Japanese (sebab iKON asyik promote kat Jepun and the rest is history, haha ). Dan Alhamdullillah SURVIVED UNTUK 3 SEMESTER (got A- , tho..yokatta).

Dan memandangkan March 2018 ni aku akan memulakan semester 6 dan seterusnya semester 7 untuk latihan industri (insya Allah),  students wajib ambil English Exit Test (EET) sebagai syarat untuk grad degree. (masuk kena ada MUET, nak grad kena ada EET, nasib laa labuu) dan menurut cerita-cerita dan pengalaman seniursss sekalian, EET ni tak ada kelas, cuma daftar untuk final exam. Lebih kurang MUET je katanyaa

dan untuk pengetahuan semua, FIM (UiTM) menggunakan medium bahasa Inggeris sebagai medium penghantar antara para pensyarah dan pelajar dalam nota-nota tapi ada juga yang guna bahasa Melayu. TAPI final exam wajib ENGLISH. translate la kau nota BM lecturers nanti. LOL


Akhir kata untuk part FIM, kalau result UPU keluar dan kau dapat fakulti ni, jangan kecewa, jangan rendah diri. Jangan anggap ni course lelong sebab bukan pilihan pertama kedua ketiga dan sebab kau tak pernah dengar pun pasal fakulti ni sebelum ni, main letak je sebab pilihan UPU ada 8,haha. 

Aku tak main letak, ni pilihan pertama aku , IM247 Resource Center Management (Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) walaupun aku tak tahu 1 apa pun pasal fakulti dan courses dalam fakulti ni ( tujuan utama aku adalah untuk cari courses yang tak ada sains, matematik dan seangkatan dengannya.) Anggaplah ni takdir perjalanan hidup yang Tuhan dan tulis untuk kau SEBAB zindagi ek safar hai suhana , life is a beautiful journey!



dan kalau ada makcik-makcik kat kampung tanya, 

" Nanti nak kerja apa dengan course macam ni?  Ada masa depan ke nanti? Makcik suruh anak makcik pilih blablabla (insert some famous hot stuff courses here ,please )" 


Kau steady je dan jawab ,

" Bumi Allah SWT tu luas, kerja yang sesuai dengan kelayakan tu ada kat mana-mana je dengan dunia tanpa sempadan sekadang ni dengan lambakan big data dan maklumat semua. Tanpa budak library, budak resource, budak rekod , budak sistem , the whole FIM students, tak kemana nya anak-anak makcik bakal graduan berjaya dengan courses kebanggaan orang kampung tu. "

haha, kalau berani , cakap. HAHA



and trust me, FIM is fun, degree life is fun ,once you get to know it (walaupun dengan Blood , Sweat AND Tears,haha).
.
.
.
Until next post (kalau aku rajin )

85 comments:

  1. Thankyou sisthaa. Really helps. I masuk sana with this course these 26/8. Thankyouu again!

    ReplyDelete
  2. Asalamulaikum sis saya pon dapat kos ni
    utk degree tapi dekat surat tawaran saya ditempatkan di uitm puncak perdana. Jadi saya kena lapor diri dekat kampus puncak perdana atau kampus rembau sebab sis kata Kos ni dah ditukar ke kampus rembau. Mohon pencerahan. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. Awak lapor diri ikut surat tawaran yang awak dapat. Kalau kos library memang kat rembau utk student part 4 masa batch sis tapi intake part 1 masih di Puncak Perdana. Apa2 perubahan nanti pihak uitm maklumkan balik. Buat masa sekarang ikut je surat tawaran yang awak dapat.

      Delete
    2. assalamualaikm sis.. klau utk student diploma im kan 5 sem.. tp dkt surat tawaran saya 7 sem.. mcm mana pulak tu ?

      Delete
  3. Salam..hi sya dpt twaran utk sarjana muda pengurusan sistem maklumat...n sya dtmpatkn d kampus puncak perdana..hehe...blh sya tau apa yg kita akan belajar dlm course ni...? Tenkiu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sebab tak dapat nak describe secara details sebab saya bukan student IM245 tapi overall course ni lebih kurang computer science (?) sebab awak akan belajar pasal database computer, design websites , legal and ethics dalam alam cyber. awak boleh rujuk dengan details kat sini https://fim.uitm.edu.my/en/index.php/2016-04-27-09-31-24/undergraduate-degree/90-programmes/177-bachelor-of-information-science-hons-information-systems-management-im245#course-outline

      goodluck!

      Delete
  4. Hi sy lepasan diploma seni bina.. rasanya boleh pergi jauh tak sy ambil degree IM sbb saya yg takda basic diploma IM.. sy nak apply Uitm esok.. notice me.. terima kasih banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi rene. secara jujurnya, jawapan untuk soalan awak boleh pergi jauh tak dengan degree IM sebab awak takda basic diploma, saya rasa depend pada individu tu sendiri. sebab saya sendiri ada classmates dari diploma lain-lain (mostly OM), boleh je score dalam courses yang dorang pilih. Tapi sebelum awak tukar cabang lain dalam pilihan degree awak, awak kena fikir betul-betul sebab apa awak nak tukar cabang? Kalau sekadar sebab rasa IM nak senang score, saya rasa setiap subjek dalam courses ni pun ada masa senang, ada masa susah. Ada je classmates yang takleh score sebab course dorang tak kena dengan jiwa dorang. Saya tak reti nak bagi pandangan haha tapi in the end of the day, awak yang nak belajar dan degree yang awak pilih (mostly) akan menentukan hala tuju working life awak lepas habis degree. Belajar masa degree memang seronok tapi degree bukan untuk suka-suka. Fikir betul-betul tau sebelum awak isi UPU dan kalau awak memang dah made up nak join fakulti IM, saya ucapkan selamat menyertai family IM ! Maaf lah kalau saya tak banyak membantu.

      Delete
    2. assalamualaikum , apa kelayakan untuk sambung degree pengurusan perpustakaan ni ?

      Delete
  5. Assalamuailkum, sis.. IM 249 memang ada kat puncak perdana je ke atau ada tempat lain? Akak tahu tak ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. Saya pun tak sure sebenarnya sebab IM249 ni course baru. Tapi yang pasti fakulti pengurusan maklumat (degree) cuma ada kat Kampus puncak perdana dan rembau.

      Delete
  6. Assalam sis , saya berminat dengan kos ni tpi saya nak ambik diploma dulu . Tapi sis spm saya dapat 3 kredit je layak ke sis ambik kos ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam

      Untuk further information tentang kelayakan awak untuk course ni , awak boleh baca dulu kat sini

      https://www.permohonan.my/semakan-syarat-kelayakan-uitm-online-selangkah/

      Dan boleh jugak semak

      https://selangkah.uitm.edu.my

      Selamat further your studies!

      Delete
  7. Keempat empat kursus tu wajib amik bahasa ketiga ke masa sem 3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Kelas wajib ambik untuk 3 semester (sem 3,4,5).

      Delete
  8. Berapa sem course library management ni?

    ReplyDelete
  9. 7 semester untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi manakala 5 semester untuk pelajar lepasan Diploma Pengurusan Maklumat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh tq. Course ni ada math account tak

      Delete
    2. untuk IM247 Pengurusan Pusat Sumber tak ada sebarang subjek pengiraan. Saya tak pasti courses lain ada ke tak.

      Delete
  10. Saya nak tanyaa, penerapan ni usually dia pick yg dekat dgn rumah Kita ke?

    ReplyDelete
  11. Maaf saya tak tahu untuk pelajar penerapan. Awak boleh Google blogs lain2/website uitm untuk info

    ReplyDelete
  12. Klau grade mmg kena ada EET ke ? EET tu mcm MUET ? Perlu lepas band berapa utk grade ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. EET kena ambik kalau nak grad. Awak boleh refer sini

      https://youismysoul.blogspot.com/2017/06/english-exist-test-eet699.html
      http://ezatty.blogspot.com/2017/07/english-exit-test-eet.html

      Delete
  13. Akk amik course yg mne ? Mcm mne pmbelajarannya ?

    ReplyDelete
  14. Pengurusan pusat sumber maklumat ni mmg senang dah mudah utk faham ya berbnding dgn pengurusan yg lain ?

    ReplyDelete
  15. Boleh saya tahu serba sdikit apa yg dipelajari atau subjek yg perlu tahu utk amik kos ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara subjek yang awak akan belajar sekiranya awak amik course IM247 Resource Center Management ni , awak boleh refer sini https://fim.uitm.edu.my/en/index.php/2016-04-27-09-31-24/undergraduate-degree?id=179#course-outline

      Secara keseluruhan , awak akan diajar cara untuk membuat final touch untuk sesebuah/naskhah buku or whatever it is sebelum diterbitkan dan diletakkan di rak buku setelah bahan bacaan disubmit di perpustakaan negara. Saya hanya akan terangkan tentang core subjects kat bawah ni.

      awak akan diajar cara asas untuk mencari maklumat dengan betul, sumber-sumber maklumat yang relevan yang boleh digunapakai pada semester 1 ( Foundation of Information and Communication Technology, Foundation of Information Management,Library skills,Internet of Resources and Services)

      semester 2, pembelajaran awak akan berfokus kepada cara setiap jenis perpustakaan berfungsi dan peranan awak dalam pengurusan pusat sumber. (Academic Library Management,School Resource Center Management,Educational Technique in Resource Center)

      Semester 3, awak akan diajar cara menggunakan asas AACR2 iaitu Anglo-America Cataloguing Rules, penggunaan terms dalam AACR2, cara untuk menentukan fields di verso page(awak boleh google verso page macam mana) yang ada title,authors dll . (Organization of Information : Descriptive Cataloguing)

      Semester 4, awak akan diajar cara menentukan subjek heading dan classification untuk sesuatu buku(subjek heading ni untuk mengklasifikasikan bahan bacaan tersebut berada dalam kategori apa contoh buku computer science tapi isi kandungan semua matematical terms so awak kena klasifikasikan buku tu under mathematics ) dan akan diberikan manuals dalam cataloging lab. (Organization of Information : Subject Cataloguing and Classification)

      Semester 5, awak akan diajar cara untuk produce abstract dan index untuk sesebuah buku( senang kata, summary). Seperti yang yang ada nyatakan diatas, karya-karya penulis yang dihantar adalah karya tanpa maklumat yang awak biasa jumpa di pages lepas coverpage, jadi awaklah yang bertanggungjwab untuk buat semua abstracts ,maklumat di verso page yadayada. Indexing ni pulak adalah keywords yang awak boleh jumpa di biasanya di last pages buku-buku yang ada words dan mukasurat .(Organization of Information: Abstracting & Indexing)

      semester 6, awak akan diajar cara pengunaan MARC21 dan RDA yang lebih details dari AACR2. MARC21 dan RDA hanya untuk kegunaan dan difahami oleh librarians dan library database systems sahaja yang mana nanti memudahkan orang awam untuk mencari bahan-bahan bacaan di library komputer tanpa perlu menjelajah satu-persatu rak buku. MARC stands for Machine-readable cataloging.(Organization of Information : Computerized Cataloguing)
      boleh refer sini untuk tengok apa benda MARC21 https://www.loc.gov/marc/bibliographic/

      semester 7, then you're good to go buat internship di library di mana sahaja pilihan hati.tapi kalau cgpa membimbangkan dan ada gred failed biasanya lecturers tak bagi buat internship so kena repeat paper dan extend semester (ada member kena so nak cakap IM247 ni senang dan mudah faham tu tak boleh jugak . Tengok kemampuan diri lah.)

      Setiap courses ada struggle masing-masing. Ada part mudah, ada part susah. Tak boleh nak pukul rata mentang-mentang amik course library kerjanya cuma susun buku di rak. Memang la yang tu yang biasa orang nampak dan gambarkan sebab permohonan pembantu pustakawan s19, geng2 STPM pun boleh apply di SPA.

      Akhir kata saya harap penerangan saya ni dapatlah menjawab soalan-soalan awak. Maaf sekiranya ada kekurangan dari saya.

      Delete
  16. Boleh saya tahu, dari segi perbelanjaan dalam kos ni banyak pakai duit tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak pakai duit. yang banyak pakai duit tu kalau keluar jalan2 dekat SCM haha. Yuran belajar normally bawah RM600. Yuran kolej paling mahal RM420. Boleh mohon PTPTN dan zakat uitm kalau ada masalah perbelanjaan.

      Delete
    2. Nak tahu yuran keseluruhan bagi kos im ini boleh? And berapa tahun kita beljar kos ini ye?

      Delete
  17. Hai sis. Saya sekarang sem 4 degree library dekat uitm Pundana. :D saje je nak gitau sebab sama Uni tapi sis dah habis kan tahun 2018? saya 2018 baru masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tolong jawabkan soalan kat atas. Ada 3 sem lagi tu. Selamat meneruskan perjuangan! ^_^

      Delete
    2. haii. saya nak tanya. degree sistem still ada lagi kat puncak perdana ke ? sebab saya apply untuk degree sistem and saya dengar-dengar degree sistem akan dihantar ke kelantan. saya nak dekat dengan rumahhh T^T

      Delete
    3. Saya sendiri pun tak boleh nak sahkan khabar angin tu, haha. Untuk confirmation, awak boleh call fakulti pengurusan maklumat. Tapi biasanya penempatan kampus akan diberitahu di surat tawaran universiti sama ada di kampus rembau, Puncak Perdana atau machang, Kelantan.

      Tapi kalau dapat mana-mana pun apa salahnya, ye dak? Jauh perjalanan, luas permandangan, terbuka pemikiran. Life begins at the end of your comfort zone.

      Delete
  18. Assalamualaikum akk..
    Sye nk tnye, sye lpsn spm dh mohon kt upu. Tpi sye tolak twrn sbb xkena dgn minat.so, skrg ni sye berminat dgn kos pengurusan perpustakaan. Apa yg perlu sye buat skrg ye akk? Perlu kah sye ambil stpm kemudian smbung degree dlm kos ini? Sye mohon penerangan dri akk...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Terima kasih sebab berminat dengan kos ni. Kalau awak betul-betul berminat dengan kos ni dan nak merasai suasana kat universiti lebih awal, UiTM ada menawarkan 2 jenis diploma: Diploma Pengurusan Maklumat dan Diploma Pengurusan Perpustakaan. Awak boleh try google untuk permohonan upu diploma untuk second intake dan google jugak pasal diploma IM ni sebelum awak buat apa-apa keputusan. Saya takleh nak bagi details pasal diploma IM sebab saya tak amik diploma IM. Mungkin ada blogger lain dah tulis kat blog dorang, awak boleh cari. Maaf ya.

      kalau awak nak sambung stpm dan seterusnya apply untuk degree pun tak ada masalah asalkan cgpa stpm awak cukup untuk apply kos ni (yang ni boleh refer berapa minimum pointer dan band MUET yang course ni required). STPM pun ada 3 jenis aliran setahu saya, Sains, Akaun dan Sastera. Yang ni pun saya takleh nak terangkan details sebab saya pelajar lepasan matrikulasi. In case awak masih ragu-ragu (nak masuk universiti tapi taktahu nak amik kos apa sebenarnya) , saya rasa awak boleh cuba apply stpm atau second intake matrikulasi. mungkin dalam masa 2 tahun awak boleh baiki cgpa awak dan ada peluang yang lebih cerah untuk permohonan semasa degree.

      TAPI YANG PENTING, awak patut consult parents awak atau orang yang lebih arif tentang kemampuan pembelajaran awak supaya awak tak rasa perjalanan untuk sambung pelajaran lepas spm ni sesuatu yang membebankan awak sebelum awak buat keputusan untuk hidup awak.

      dan apa-apa keputusan awak, saya ucapkan semoga awak maju jaya.

      Delete
  19. Assalamualaikum dan salam sejahtera!

    Just nak sharing juga pengalaman tak seberapa. Saya ni dah bekerja. So tak ada peluang nak study sepenuh masa. Around 2007/2008 saya amik course DPA secara ePJJ kat UiTM. And then kalau tak silap time sem 3 tu kena kick sbb pointer rendah. Puncanya sbb ada subject account yg mmg saya tak reti walaupun ada 3 org cikgu tambahan dari kalangan kwn2 dan sepupu yg mmg master bab acc ajar. Mmg tak minat so tak boleh buat apa lah. Kah kah! After kena kick tu, saya dok kaji la semua course yg ada kat UiTM ni. Each course tu saya kaji juga subject yg kena belajar tiap2 sem. Finally jumpa la DIM ni. So dalam tahun 2010 saya register blk kat UiTM amik course Diploma Information Management (IM110).

    Dalam tahun 2014 habis belajar dan grad. Ok lah walau cukup makan. Then pada tahun yg sama apply pula IM245 - Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat. Pada 2015 secara rasminya sambung belajar secara ePJJ. Tapi sempat belajar 1 sem jer sbb ada masalah yang tak dapat nak elak.

    Now rasa berkobar2 pulak mcm nak sambung study. Sekian sahaja perkongsian dari saya.

    Follow my twitter @chicanoz 😉

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum akak,untuk degree course IM245 kampus dia dekat puncak perdana sahaja ka?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum cik.

    Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada cik sebab kongsikan pengalaman cik tentang course ni kat sini. Saya berminat nak apply degree library kat uitm. Saya nak tanya kat cik beberapa soalan:

    1. Saya adalah graduan diploma penulisan kreatif dari ASWARA. Adakah tempoh course degree library nanti 3 tahun atau 2 tahun?

    2. Adakah nanti saya akan masuk belajar di kampus UiTM Rembau atau di kampus UiTM Puncak Perdana?

    Terima kasih, cik. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam.

      1. Setakat yang saya tahu, kalau graduan dari diploma lain (bukan dari diploma IM sendiri), biasanya tempoh course degree akan jadi 3 tahun 6 bulan sebab akan start dgn sem 1 (akan ada 7 semester semuanya).

      2. Penempatan kampus boleh refer pada surat tawaran sama ada di awak akan ditempatkan di kampus rembau atau Puncak Perdana dan awak boleh call kolej yang awak ditempatkan untuk maklumat lebih lanjut.

      Tq sudi bertanya. Semoga jawapan saya dapatlah menjawab persoalan-persoalan awak.

      Delete
  22. Kak....saya bakal ambik degree im245 ......saya nak tanya.....belajar/kuliah banyak kat makmal komputer ke dewan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau kuliah dekat bilik kuliah. Tapi ikut lecturer jugak kalau subject memerlukan penggunaan makmal, buat kat computer lab lah. Nanti kat jadual ada tulis lokasi kelas. Ikut situ lah.

      Delete
  23. Thankyou utk perkongsian ni..Sngt membantu

    ReplyDelete
  24. Hai kak. Maaf kalau mengganggu. Saya nak tanya akak batch ke berapa ya untuk fakulti pengurusan maklumat ya?��

    ReplyDelete
  25. Sis, betulke any kos yg under fakulti maklumat ni xde lngsung pengiraan i mean mcm math, ekonomi, accounting . Rataa² kos semuaa ade jgk selitt those subjek .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya, untuk kos IM247 pengurusan pusat sumber memang tak ada sebarang subjek pengiraan. Untuk kos2 lain dalam fakulti pengurusan maklumat, saya tak pasti ada ke tak. Untuk maklumat lanjut, awak boleh refer https://fim.uitm.edu.my/index.php/programme/undergraduate-degree

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  26. Hai sis, saya nak tanya :)
    1. Course IM247 masih ada ka? Bila saya check di semak syarat kelayakan masuk UiTM yang ada senarai courses utk degree, kenapa IM247 dah takda dalam list? Tapi bila check kat website Fakulti Pengurusan Maklumat ada pulak IM247.
    2. Course ni perlukan software yang heavy ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM247 dah dibubarkan. Kos ni disatukan dengan IM244 iaitu pengurusan perpustakaan. Subjeknya lebih kurang sama sahaja.

      Tak ada guna sebarang software pun.

      Delete
  27. Assalam kak.. Nak tnya biasa kos im244 ..tempoh pratikal berapa bulan? Direct pratikal ke lepas habis sem sebelumnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam

      Kalau masa saya dulu(2018) untuk fakulti IM, lepas habis sem 6, lebih kurang sebulan akan start praktikal selama 6 bulan.

      Yang sekarang ni saya tak pasti macam mana dengan situasi covid-19 ni. Awak boleh fakulti untuk maklumat lanjut.

      Delete
  28. Assalam kak.. Nak tnya biasa kos im244 ..tempoh pratikal berapa bulan? Direct pratikal ke lepas habis sem sebelumnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya praktikal untuk fakulti IM ni selama 1 semester (semester 7). Direct lepas habis sem 6,dalam masa sebulan perlu lapor diri ke tempat praktikal mana yang dipilih.

      Delete
  29. Hello sis, saya nak tahu empat empat kos ini punya fees boleh tak? Sis masih igt lagi or?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk latest fees saya tak tahu tapi untuk sesi 2015-2018, yuran akademik masa semester 1 around RM 7++ dan yuran untuk semester seterusnya around RM 580. Yuran kolej depends on bilik mana awak duduk di kolej. Akan ada juga additional fees untuk EET yang wajib ambil di semester 6. Rasanya courses dari fakulti ni, fees nya lebih kurang sahaja.

      Untuk maklumat details, awak boleh call fakulti IM sendiri. Maaf tak dapat banyak membantu.

      Delete
  30. Hi Fiqahirah's ��, saya student diploma public admin. Alhamdulillah tamat on time. Tapi keputusan saya mcm roller coaster.. Kejap naik kejap turun.. Hm. Sy actually taknampak minat sy kat kos ni, fakulti ni sebenarnye. Sy ade niat nk sambung degree tapi untuk sambung under fakulti yg sama (FSPPP) tu macam agak kabur.. Jadi, saya survey lah fakulti pengurusan maklumat pula.. �� Seronok baca cerita awak,, n sy happy rasa cam dh jumpa apa sebenarnye yg saya minat n nak belajar.

    Macam mana saya nak tahu subjek apa yg dipelajari bagi kos pengurusan perpustakaan ni atau subjek kos lain under fakulti pengurusan maklumat?

    Maaf terpanjang pulak type.. Mcm buat blog. Heheh. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak boleh refer sini untuk details

      https://fim.uitm.edu.my/index.php/programme/undergraduate-degree

      Delete
  31. Asalam fiqahirah ... saya nk tnya.. kos content management mmg ada dekat puncak perdana ke..😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Course ni course baru jadi saya tak pasti tentang ni. Awak boleh refer ke fakulti sendiri untuk maklumat lanjut.

      Delete
  32. Hi assalam. Saya habis dip im110 bulan July,2020 tapi saya tak buat penerapan sbb saya takde muet time tu. So saya mohon utk second intake and dpt kos im244 di uitm kedah

    Saya nak tanya utk intake yg start 28 march 2021 ni kena p kampus atau odl je? Pastu kat surat tawaran saya tulis 7 semester tapi saya ada diploma im so sepatutnya 5 semester je lah kan? Ke mcm mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam

      Sebaiknya awak refer pada fakulti pengurusan maklumat sendiri untuk further details tentang sesi pembelajaran awak ni. Saya pun tak pasti sistem PnP nya macam mana sekarang.

      Maaf tak dapat menjawab soalan awak.

      Delete
  33. Hai nk tnya apa pekerjaan untuk kos rekod ni ye sbb saya dapat Kos ni tapi x tahu nanti kerja apa😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh refer sini

      https://fim.uitm.edu.my/index.php/programme/undergraduate-degree?id=192

      Delete
  34. Assalamualaikum
    Diploma pengurusan perpustakaan uitm hanya di mana sahaja? Ada di rembau ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear, I student IM Rembau , I xsure kat mne mybe kt Johor ade tp dkt rembau just Dip in Information Management

      Delete
  35. Susah tak kos IM ni? memandangkan ade tgk yg kos ni banyak assignment dan banyak kene baca dan hafal

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://im246-pengurusanrekod.blogspot.com/2021/07/Info-IM110-PengurusanMaklumat-Sebenar.html

      Delete
    2. Hi dear, I tlg jwb for me klu xminat akan rse susah, mcm I first2 dpt kos ni terkejut jugk and byk jugak menangis sbb xredho (pilihan my mom) jdi I cube Berta ham and enjoy so far ade certain sub I minat and enjoy and ade certain I bljr gitu2 tp for me klu I minat inshaallah boleh score😘

      Delete
  36. Hye sis..sye nak tanye ...Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat. ....cara bljr mcm mne....kene struggle bnyak ke klau saye pljr lepasan STAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear, sy tlg jwb ye. Tp ni basic knowledge yg sy Thu ye nk lebih lanjut kene byk survey lagi, sy student dip IM sem akhir and ade bljr sikit kos di atas , for me nk bljr kene ade minat yg mendalam, Cnth mcm sistem maklumat dia more dgn komputer (website/html/alat2 komputer/windows and so on mostly bahan yg kite gune dlm menghasilkan komputer smpi komputer boleh hidup) klu xminat dgn semua ni mybe susah sikit nk mendalami tp klu minat senang je🥰 struggle tu just struggle dlm memahami and mendalami sub Awk bljr je tp klu enjoy course IM ni fun je🥰😘

      Delete
  37. Sis course smuaa yg dibincang kt ats ni ..mmng wajib kene bljr acc ke wktu sek mengh...sbb saye x de sijil acc pappe pon😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear, course IM for me xpernh ade math pun klu takat no Tu normal tp untuk kire2 jarang jumpe melainkan ade subject tambahan mcm ent (ni sub bisnes) so ade kira2 sikit

      Delete
  38. Yang tak fasih english, study kos pengurusan perpustakaan..susah tak? Saya minat tapi satu apa pun saya tak tahu dengan kos ni sebab dari STPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sy tlg jawab ye, for me Klu Awk lulus muet and lps band yg IM ni target kan Awk dah kire okey untuk bwk course ni, sbb sy pun tak pndai english and ayat terabur buat assignment pun bantuan google translate so don’t worry okey, just believe your self🥰

      Delete
  39. hye there! my 1st degree class will be starting on Oct 11 & honestly i'm quite scared, nervous yet excited at the same time, i've done a lot of research about this course before & honestly out of all of the things that i'm scared the most is english idk i just so bad at it? literally have no confidence in it, i stutter a lot when presenting (writing is not really a problem here but speaking it is) i'd be glad if you have any words of encouragement for me, thank you for the nice sharing btw <33

    ReplyDelete
  40. salam nk tanya sis kos ape ye

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum kak saya nk Tanya kalau study dlm degree IML ni... guna laptop biasa Tau graphics? This my first time 😊

    ReplyDelete