Tadi excited nak menulis lepas tu lupa. LOL
(Post kali ini ditulis atas sebab tadi aku google, macam takde sangat info pasal fakulti aku ni so hari ni aku decide nak cerita sedikit sebanyak tentang fakulti Pengurusan Maklumat di UiTM Puncak Perdana, Jalan Pulau Indah AU10/A, Puncak Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor. Kira macam a glimpse of , gituu. Mana tahu kot ada yang ter-baca post ni , ter-minat nak apply degree, yang diterima untuk melanjutkan degree ke Puncak Perdana tapi tak tahu satu apa pun pasal fakulti ni dan juga Kolej Jasmine dalam post seterusnya...jeng jeng jeng )
Fakulti Pengurusan Maklumat
Fakulti Pengurusan Maklumat (FIM) di Kampus Puncak Perdana pada mulanya ada 4 kursus yang ditawarkan untuk Ijazah Sarjana Muda (Bachelor Degree) , masa aku masuk iaitu September 2015 (Semester 1) . Antara kursus yang ditawarkan adalah :
- IM244 -Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan
- IM245 -Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat
- IM246 -Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod
- IM247 -Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Pusat Sumber
Walaubagaimanapun, IM244 - Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) (Pengurusan Perpustakaan) telah dipindahkan ke Kampus Rembau bermula Mac 2017. Keempat-empat kursus ini menawarkan tempoh belajar selama 3 tahun setengah ( 7 semester, semester ke-7 latihan industri) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi manakala 2 tahun setengah ( 5 semester ) untuk pelajar lepasan Diploma Pengurusan Maklumat.
Oleh kerana aku ni lepasan Matrik ( PDT , KMNS batch 2013/2015, saja nak tulis, haha), so aku mulakan perjalanan degree selama 3 tahun setengah ni dengan Semester 1. (Kalau students dari Diploma, dorang start dengan Semester 3).
Semester 1 ni para pelajar diajar subjek-subjek asas yang merangkumi semua kursus. Students dari semua course IM akan dicampur gaul dan masa ni masih takde istilah budak library, budak resource, budak rekod, budak sistem. Istilah ni wujud masa sem 2 bila students dah mula dipecahkan kelas mengikut course masing-masing. Sem 2 ni , students masih diajar subjek-subjek basic tapi more specific kepada course yang mereka pilih.
Dan apabila dah sampai Semester 3 ,4, 5 dan 6, students wajib pilih kelas-kelas elektif dari fakulti IM sendiri sama ada dari IM244, IM245, IM246 , dan IM247. Bila dah masuk sem 3 , students juga wajib ambil subjek Bahasa ketiga . Antara bahasa ketiga yang ditawarkan di Kampus Puncak Perdana adalah :
- Japanese
- Mandarin
- Arabic
- French
- German / Russian ( tak sure ada lagi ke tak)
Aku ambik Japanese (sebab iKON asyik promote kat Jepun and the rest is history, haha ). Dan Alhamdullillah SURVIVED UNTUK 3 SEMESTER (got A- , tho..yokatta).
Dan memandangkan March 2018 ni aku akan memulakan semester 6 dan seterusnya semester 7 untuk latihan industri (insya Allah), students wajib ambil English Exit Test (EET) sebagai syarat untuk grad degree. (masuk kena ada MUET, nak grad kena ada EET, nasib laa labuu) dan menurut cerita-cerita dan pengalaman seniursss sekalian, EET ni tak ada kelas, cuma daftar untuk final exam. Lebih kurang MUET je katanyaa
dan untuk pengetahuan semua, FIM (UiTM) menggunakan medium bahasa Inggeris sebagai medium penghantar antara para pensyarah dan pelajar dalam nota-nota tapi ada juga yang guna bahasa Melayu. TAPI final exam wajib ENGLISH. translate la kau nota BM lecturers nanti. LOL
Akhir kata untuk part FIM, kalau result UPU keluar dan kau dapat fakulti ni, jangan kecewa, jangan rendah diri. Jangan anggap ni course lelong sebab bukan pilihan pertama kedua ketiga dan sebab kau tak pernah dengar pun pasal fakulti ni sebelum ni, main letak je sebab pilihan UPU ada 8,haha.
Aku tak main letak, ni pilihan pertama aku , IM247 Resource Center Management (Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) walaupun aku tak tahu 1 apa pun pasal fakulti dan courses dalam fakulti ni ( tujuan utama aku adalah untuk cari courses yang tak ada sains, matematik dan seangkatan dengannya.) Anggaplah ni takdir perjalanan hidup yang Tuhan dan tulis untuk kau SEBAB zindagi ek safar hai suhana , life is a beautiful journey!
dan kalau ada makcik-makcik kat kampung tanya,
" Nanti nak kerja apa dengan course macam ni? Ada masa depan ke nanti? Makcik suruh anak makcik pilih blablabla (insert some famous hot stuff courses here ,please )"
Kau steady je dan jawab ,
" Bumi Allah SWT tu luas, kerja yang sesuai dengan kelayakan tu ada kat mana-mana je dengan dunia tanpa sempadan sekadang ni dengan lambakan big data dan maklumat semua. Tanpa budak library, budak resource, budak rekod , budak sistem , the whole FIM students, tak kemana nya anak-anak makcik bakal graduan berjaya dengan courses kebanggaan orang kampung tu. "
haha, kalau berani , cakap. HAHA
and trust me, FIM is fun, degree life is fun ,once you get to know it (walaupun dengan Blood , Sweat AND Tears,haha).
.
.
.
Until next post (kalau aku rajin )