The story starts laying in
the dark with someone new
I’m feeling tired from all
the time I spent on you
But I know I’m strong from
all the trouble I’ve been through
The story starts where the
story falls apart with you
Headphone disarung ke kepala . iPod di dalam
poket jeans dikeluarkan . Jari mula menari di skrin iPod , mencari lagu yang
untuk jiwanya . I Need You- BTS .Jari terhenti di situ . Mata dipejam rapat .
Otak cuba memproses kejadian yang berlaku di kolej sebentar tadi .
Satu tumbukan padu dilayangkan ke perut Jackson . Jackson mengerang
kesakitan . Pelajar-pelajar lain mula berpusu-pusu ke arah mereka . Yoon Gi
tergamam seketika. Dia tak tahu mana silapnya hari ni . Jackson tak salah
apa-apa sebenarnya . Dia cuma lalu melintasi meja makan Yoon Gi dan Nam Joon.
Yoon Gi cuma tersedar bila Nam Joon menariknya dari terus menumbuk Jackson yang
dah terjelepok ke lantai kafe.
" Takkan sebab dia kawan dengan Young Ji , kau
nak tumbuk dia separuh nak mati, hah??"
Yoon Gi menunduk memandang lantai .
Dia tahu salah dia .
Namjoon menggeleng kepala dan berlalu meninggalkannya sendirian di
studio lukisan itu.
" And Young Ji used to be your girl . USED TO
BE, MIN YOON GI. "
Suara Nam Joon bergema memenuhi
segenap inci dalam kepala.
Don’t lie, bright eyes
Is it me that you see when
you fall asleep?
Cause I know it’s you I
dream about every night
Giving me a feeling like
Love in the summer
Way I’ve never felt with
another
Don’t lie, bright eyes
Is it me that you see?
Tell me I’m not dreaming
alone
Young Ji
berlari ke arah taman kolej di Fakulti Seni Binaan itu. Dari jauh dia dah
nampak Yoon Gi sedang menunggunya di kerusi batu . Dengan headphone di telinga
, dah sah-sah kalau sergah pun dia tak dengar . Buku nota yang berada di tangan
diletakkan di atas meja batu hadapan kerusi. XPERIA Z3 dikeluarkan dari poket
depan sling beg yang tersangkut di bahu kiri. Kamera 20.7 megapixels itu dihala
ke wajah yang sedang lena di kerusi.
Picture , save .
Segaris senyuman menapak di bibir Young Ji .
" Still not enough of me yet?"
Yoon Gi menghala sandar badan ke kerusi tempat dia berbaring tadi.
Kepala diteleng ke kanan dan kemudian ke kiri .
" Lama ke tunggu? Mianei.."
" Adalah dalam 5 jam..Sampai boleh tidur, jadi
model free untuk awak.."
Yoon Gi sengih yang nampak gigi . Matanya tutup rapat .Saja nak menyakat
Young Ji yang dah muncung di depannya.Young Ji menarik kedua-dua belah pipinya.
" Awak ni kan,orang tanya betul-betul, dia
main-main pulak."
" Heo Young Ji, sakitlah!"
" Serve you right, Min Yoon Gi.."
The story starts lying in
the dark broken and bruised
I count the scars left in my
heart from losing you
And I was wrong but let’s be
honest you were too
I miss the part where I was
falling hard for you
Anak mata Yoon Gi menyapu lantai
marmar di koridor bilik latihan fencing itu . Sesekali dia mengerling jam
tangan . Sepatutnya dorang dah habis latihan . Telapak tangan yang dah mula
berpeluh dikesat ke jeans. Risau juga dengan pandangan pelik budak-budak martial arts yang
lalu-lalang ni . Dah satu macam pandang dia tiap kali dorang melintas di
hadapannya . Ye lah, dah ni bangunan latihan untuk budak-budak martial arts
wakil universiti berlatih,pemandangan yang budak architecture macam dia berdiri
di depan bilik latihan fencing sekarang ni agak janggal pada pandangan mereka.
Karang tak pasal-pasal dia kena
balun dengan budak-budak ni . Dah lah kejadian dia bertumbuk dengan Jackson tu
baru minggu lepas. Sekali si Jackson bawak geng , ligan dia kat sini, tak ke
naya tu? Tak ke?
Bahu ditepuk dari belakang .
Kepala ditoleh .
" Kenapa kau
kat sini?"
Jackson . Sut fencing masih belum
ditanggalkan . Mata Yoon Gi menyapu sarung kepala di tangan kanan Jackson.
Nasib tak ada pedang sama .
" Aku nak
mintak maaf ."
Bergolek laju tin Iced Lemon Tea
sejuk itu ke dasar vending machine . Jackson menghulur kepada Yoon Gi.
Penutup tin dibuka.
" Thanks."
Jackson meneguk orange juice nya .
Belakang disandar ke sandar belakang kerusi panjang di sebelah vending machine
. Yoon Gi di sebelah dikerling sekilas.
" Kenapa
tiba-tiba?"
" Ntah. "
Mata menala ke lantai kosong .
" I know that I
should let her go, tapi .."
" Kau tak
boleh?"
Yoon Gi mengangguk perlahan . Iced
lemon tea dah tak ada rasa lemon . Dah hilang rasa teh. Rasa sejuk pun dah tak
ada .
" Then you
should never let her go at the first place. "
" Maksud
kau?"
" Ntah lah Yoon
Gi, aku bukan expert dalam soal hati dan perasaan ni . Aku pun tak faham bila
ada orang sanggup korbankan perasaan sendiri semata-mata tak nak orang yang dia
sayang bersedih ."
Tak semena Yoon Gi menoleh ke arah
Jackson yang dah berdiri di sebelah . Jackson campak tin kosong ke dalam tong
sampah gaya orang main bola keranjang .
" Kenapa aku
dah tak nampak Young Ji kat sini? Bukan dia fencing partner kau?"
" Dia dah lama
berhenti kelas fencing ."
So don’t lie, bright eyes
Is it me that you see when
you fall asleep?
Cause I know it’s you I
dream about every night
Giving me this feeling like
Love in the summer
Way I’ve never felt with
another
Don’t lie, bright eyes
Is it me that you see?
Tell me I’m not dreaming
alone
Young Ji mengerling jam tangan untuk ke sekian
kalinya . Tapi Yoon Gi tetap tak nampak bayang . Hari pun dah berganjak petang.
Sekali lagi dia menoleh ke belakang . Entah-entah Yoon Gi sengaja menyorok kat
belakang .
" Phone ada baik campak kat laut la ,Min Yoon
Gi.."
Young Ji mematikan XPERIA Z3 nya dan menyumbat rakus ke dasar sling bag
nya . Geram . Sakit hati .Tambah dengan sakit kepala yang dah makin
berdenyut Kalau setengah jam tak pe, dia
masih boleh consider tapi dah masuk 2 jam, nak tolak ansur apa bendanya?
Young Ji melangkah laju meninggalkan gelanggang bola keranjang yang mula
dipenuhi orang yang nak beriadah pada waktu petang.
" Heo Young Ji!"
Langkah terhenti . Jackson mengejar langkah dari belakang . Bola
keranjang masih di tangan kiri .
" Bukan awak balik awal ke tadi?"
" Ingat nak jumpa Yoon Gi tadi. Dia ada hal.
"
" Eh, saya nampak dia kat My Coffee Shop
tadi.."
" Oh ye ke . Thanks."
Young Ji berlalu tanpa menoleh ke belakang . Yoon Gi, that's it .
Young Ji berdiri di hadapan pintu kaca My Coffee Shop yang lengang itu .
Masih berkira-kira nak masuk ke tidak . Akal masih menimbang perkara yang bakal
dilakukannya . Dari luar, dia boleh nampak Yoon Gi tengah ketawa dengan Hani .
Entah apa yang melucukan sangat .
Lucu
sangat sampai lupa janji dengan aku hari ni? Penting sangatkah Hani daripada
dia? Remeh sangat kah hal yang aku nak bagi tahu ni sampai dia boleh duduk
berjam-jam minum kopi dengan Hani?
" Yoon Gi, can we talk?"
Yoon
Gi terkedu . Tawanya dengan Hani mati serta-merta . Lengan baju Yoon Gi diraih
dan Yoon Gi ditarik keluar dari My Coffee Shop meninggalkan Hani kaku di kerusi
.
"Penting sangat Hani dari saya yang tunggu awak
sampai 2 jam bawah panas ?"
Yoon
Gi memandang tepat pada Young Ji yang sedang berdiri bersilang tangan di
hadapannya .
" Listen, I'm sorry ,okay ? Saya lupa nak text
awak.."
" As easy as that ? Awak mintak maaf ?Awak spent
masa dengan perempuan tu lebih lama dari saya , siapa saya pada awak, Min Yoon
Gi?"
" Hani is just a friend. Tak payah nak besarkan
perkara ni lah, awak berkawan dengan Jackson , saya tak cakap apa-apa pun..dan
Heo Young Ji, you're worst than me . You had humiliated me in front of Hani .
You're the worst!"
Young Ji menunduk ke lantai.
" Enough, Yoon Gi. Enough ."
" Kenapa? Sebab apa yang saya cakap betul,
kan?"
Anak mata yang mula berkaca memandang tepat pada Yoon Gi . Yoon Gi
terkaku tak terkata apa-apa. Dia tak jangka yang Young Ji akan menangis . Sebab
Young Ji yang dia kenal jarang menangis . Hampir tak pernah sepanjang 2 tahun
mereka berkenalan .
" Let's .. Not meet again."
Antara dengar atau tidak,kata-kata itu meluncur keluar dari bibir Young
Ji . Dan dia melangkah pergi
meninggalkan Yoon Gi . Yoon Gi yang masih mencerna ayat yang baru didengarinya
. Yoon Gi yang akhirnya mula mengejar Young Ji yang dah menghilang dari
pandangan.
I can’t take back the things
I said
And I won’t say that I
regret
Any day that I was yours
Anak mata meliar memandang
pelajar-pelajar yang baru keluar dari dewan kuliah . Kepala sekadar menjenguk
kalau-kalau ada Young Ji . Tapi, tak ada . Walau dah 10 minit berlalu, Young Ji
tetap tak ada. Entah apa yang terjadi padanya sejak tiga hari lalu. Lepas dia
mintak maaf dengan Jackson , hatinya tergerak nak bertemu mata kembali dengan
Young Ji . Terfikir juga kalau-kalau boleh get back . Entah.
Dah 5 bulan .
Tapi kenapa baru hari ni ? Baru
sekarang ?
Dalam masa 5 bulan , tak ada satu pun
hari yang dia tak cuba untuk pujuk Young Ji balik. Dengan Hani pun, dia dah tak
lepak, macam dulu . Dia tak tahu yang Young Ji kecil hati dengannya selama ini
. Mungkin silapnya juga .
" Eh, kau
tunggu siapa,Yoon Gi?"
Taehyung. Kawan sekuliah Young Ji .
" Young Ji .
Kau ada nampak dia?"
" Young Ji dah
pindah uni lah."
Yoon Gi tergamam. Takkan tak nak
berjumpa dengannya , Young Ji sanggup pindah pergi tempat
Lain? Kenapa?
" Kau tak tahu
ke?"
Kepala digeleng menjawab soalan . Dah
2 bulan sejak kali terakhir dia menemui Young Ji .
" Sejak 2 bulan
lalu ."
" Ke
mana?"
" Entah .
"
Taehyung pamit untuk pergi. Entah
bila dia sampai ke taman , tempat Young Ji selalu menunggunya setiap petang .
Daun-daun yang mula kekuningan bertaburan di atas tanah . Beberapa helai daun
maple yang gugur di atas kerusi taman dikuis ke bawah . Punggung dihenyakkan ke
kerusi kayu itu . Satu keluhan kecil dilepas perlahan .
Seperti biasa, dia akan menunggu Young Ji keluar dari kelas tutorial .
Dan setiap kali itu juga Young Ji akan buat tak endah padanya . Peduli apa pada
cakap-cakap belakang orang yang mengatakan dia obses pada Young Ji . Macam tak
ada perempuan lain dalam universiti ni .
Kaki tetap mengekori Young Ji . Dan Young Ji berhenti . Memusingkan
badan ke arahnya.
" Jangan ekori saya lagi, Min Yoon Gi ."
Yoon
Gi kaku memandang wajah Young Ji yang makin cekung . Dah tak ada pipi chubbynya
. Tak makan kah dia?
Entah bila tapak tangannya gatal menjalar ke pipi Young Ji . Namun,
cepat-cepat ditepis Young Ji .
" Awak ni dah kenapa?"
" I know you miss me too!"
" Cut that crap, Yoon Gi . Stop hurting
yourself. You and me, It's over !"
" Jangan nak tipu lah , adik awak cakap awak
meracau panggil nama saya every time awak tidur ."
Young Ji menunduk memandang lain .
" Still , we will never, ever be together .
Again ."
Dan
dia berlalu meninggalkan Yoon Gi yang dah terucap sebarang kata-kata . Apa yang
membuatkan Young Ji begitu pasti tentang apa yang bakal berlaku?
Sejak dari tadi Yoon
Gi mundar-mandir di hadapan pagar rumah Young Ji. Nak bunyikan loceng, rasa
semacam pulak kalau mak dia yang keluar, kalau ayah dia yang keluar, lagi haru
. Apa yang nak dijawab nanti? Nak masuk macam dulu-dulu, dia bukan ada relationship
apa-apa pun lagi dengan Young Ji. Nanti apa pulak mak ayah dia sangka.
Sejak dari hari kau
break dengan Young Ji, kau mula nak fikir apa yang orang fikir? Mula nak
consider perasaan orang? Dulu buat melulu sesuka hati je kan? Tak fikir
langsung apa orang rasa.
" Yoon Gi
hyung."
Yoon Gi mendongak
kepala kepada orang yang memanggil namanya . Heo Jungkook . Adik Young Ji yang
baru pulang dari sekolah memandangnya yang sedang duduk mencangkung di tepi
pagar .
" Mari lah.
Masuk ."
Yoon Gi mengikut
seperti orang bodoh . Entah mengapa nada suara Jungkook yang senada itu terasa
amat asing. Melihat bahasa tubuh Jungkook dari belakang ,macam ada sesuatu yang
dia tak tahu .
" Omma dan appa
tak ada . Dorang keluar."
Jungkook memberitahu
tanpa dipinta . Beg galas yang nampak berat di bahu itu dihempas ke lantai
rumah . Yoon Gi masih memandangnya . Bingung . Tertunggu-tunggu juga bila Young
Ji akan muncul di hadapannya .
" Noona .. Tak
ada."
" Keluar pergi
mana?"
Soalannya dibiarkan
tak berjawab . Jungkook melangkah mendaki tangga naik ke tingkat atas.
" Jom lah ,
naik atas. Ada benda noona suruh bagi ."
Tombol pintu dipulas
perlahan . Pintu dikuak . Jongkook melangkah masuk . Yoon Gi mengikut tanpa
dipelawa .
Bilik Young Ji kemas
tersusun . Seperti tak pernah disentuh orang walau tak berdebu . Amat
kemas seperti tak pernah ada Young Ji
walau buku-buku dan segala perhiasan miliknya masih di situ . Frame-frame
gambar dia dan Young Ji masih bergantungan di dinding bilik . Seperti mereka
tak pernha berpisah . Semua kenangannya ada di situ .
" Mana Young
Ji,Jungkook?"
Jungkook membuka
laci kedua di meja belajar Young Ji . Kotak yang berwarna putih dan diikat
dengan riben hitam itu dikeluarkan dan dihulurkan kepada Yoon Gi .
Untuk Min
Yoon Gi..
Jongkook menepuk
bahu Yoon Gi yang sedang keliru dan melangkah keluar dari bilik . Pintu bilik
dibiarkan terbuka . Kaki mula mencari-cari anak tangga untuk didaki turun .
" Jongkook, bagi pada Yoon Gi nanti."
Tangan Jongkook digengam perlahan . Jari jemari yang
sejuk menyentuh telapak tangan Jongkook . Jongkook hanya mengangguk tanpa kata.
Tanpa memandangnya.
" Adik yang paling noona sayang . Heo Jongkook
."
Segaris senyuman terukir di bibir Young Ji yang pucat
. Kanser darah yang makin merebak.
Don’t lie, bright eyes
I know it’s me that you see
when you fall asleep
And you know it’s you I
dream about every night
Giving me this feeling like
Love in the summer
Way I’ve never felt with any
other
Don’t lie, bright eyes
It’ll always be you and me,
so why are we dreaming alone?
It’ll always be you and me,
so why are we dreaming alone?
Sampul surat yang
berwarna putih itu dibuka . Tangan yang mula terketar-ketar itu dah tak dapat
nak disembunyikan lagi.
Hi, Yoon Gi..
How are you? I hope you're doing fine . Just because
I am no longer being around you to ask you this and that . ^u^
I really don’t want to say things such as ‘I want to
go back as how things were before.’ I recognize how I am right now, and I will
continue to live on. Even without you to be around me. The reality of today is
too cruel, too severe, and doesn't even offer me a dream, imagining the future,
to be with you .
And I am very sorry because I couldn't tell you the
truth when you asked me the reason of our break up . I just can't hurt you .
But I can't find any other reason to leave you . With this cruel reality . A
reality that I am sick . And I am going to leave you for forever.
For all this two years, You’ve always encouraged me.
You’ve listened to everything I couldn’t tell anyone else. When I was down, you
made me laugh. You were always near me. Whenever I was in pain, you were always
with me.
But this time around, this kind of pain, I won't let
you know . Because it will hurt me much more. I don’t want you to cry over me .
If you are reading this letter now, I know that you
still can't get over me yet but still, I would like you to fulfil my very last
requests,
Promise me that you will continue on living .
Remember me only in your past memories . And don't make me as your reason for
not giving any love to some other girl in your future .
Live on , Yoon
Gi-ah. Some people are going to leave but that's not the end of your story.
That's the end of their part in your story.
Thanks for everything . You are a great guy I have
ever met . And I am very lucky to meet you.
Heo Young Ji
Beanie yang benang
kait yang berwarna hitam putih itu didakap erat . Badan rebah ke lantai kayu . Pipi terasa
panas dengan air mata dan pandangan mulai kelam .
No comments:
Post a Comment